Raja Adil Raja Disembah

Raja Zalim Raja Disanggah

Kalau disebut tentang Hang Tuah, tidak lengkap kalau tidak dibicarakan tentang pertarungan epik beliau bersama Hang Jebat yang disangkakan menderhaka kepada Sultan.

Makam Hang Jebat terletak di Jalan Kampung Kuli berdekatan dengan Jonker Street. 

Rekabentuk Acheh kubur tersebut menunjukkan bahawa Hang Jebat diberikan pengebumian seorang pahlawan.

Boleh ye den tidak tersimpan gambar Makam Hang Jebat.

Haish.

Makanya den google je la.  

Sumber Tripadvisor
Sumber Melaka Negeriku

Ada disediakan hikayat Hang Jebat di perkarangan makam ini.

Den berpeluang menziarah makan Hang Jebat pada Julai 2024 lepas semasa program explorace oleh Tourism Melaka.

In sya Allah kome boleh ziarah Makam Hang Jebat di masa akan datang jika melawat Melaka ye.

Al Fatihah.

Lorong Seni

Berhadapan dengan makam Hang Jebat terdapat lorong seni yang dihiasi dengan pelbagai lukisan mural.

Ada café yang korang boleh lepak sambil tengok warna-warni mural di sini.

Kome kena singgah sini juga ye sebab cantik untuk berOOTD.

Memang lawa-lawa muralnya.

Kawan blogger yang seorang ni kan semangat sangat dengan kehidupan. Happy go lucky.

Tugasan kami di sini termasuklah membaca sajak Pertarungan.

Sajak Pertarungan

Mata bertentang mata

Langkah dibuka

Tari pencak mencari lawannya

 

Maaf

Bukan ini yang aku pinta

Buatmu saudara

Seperti adik beradik berhujah kata

Tika tergigit lidah sama sakitnya

Dicubit peha kiri peha kanan kan terasa

 

Langkah itu berhati-hati

Keris juga seperti terluka

Tidak mahu mengena seolah-olah terasa

Bagai ada yang tidak kena

Antara dua bersaudara

 

Langkah terakhir Jebat pun rebah

Ditikam Hang Tuah sekali sudah

Walau Hang Jebat berkali mengacah

Ingatkan saudara berpaling tadah

Tersalah sangka Jebat derhaka

Berpaling Tuah dari mukanya.

Dalam perjalanan mencari Makam Hang Jebat, ternampak penunjuk arah Makam Hang Kasturi di Jalan Hang Jebat, Persiaran Jonker.

In sya Allah kita cuba ziarah di masa hadapan.

 

 

0 Comments