Tak Melayu Hilang Di Dunia,

Selagi Melayu berpegang kepada agama,

Itulah bicara Hang Tuah Laksamana Melaka,

Pemilik Taming Sari keris lagenda.

 

Jasa baktinya tidak terbilang.

Tersemat di hati sentiasa dikenang.

Hang Tuah pahlawan laksamana gemilang.

Kekal bersejarah tidak akan pernah hilang.

Kalau korang ke Tanjung Keling, Melaka mohon singgah di makam bersejarah laksamana tersohor dalam sejarah tamadun dunia nusantara.

Banyak hikayat tentang Laksamana Hang Tuah ni.

Pahlawan lagenda yang menabur khidmat bersama-sama 4 orang sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Membantu kemakmuran dan kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan yang digelar the venice of the east.

Den berpeluang menziarah makan Hang Tuah pada Julai 2024 lepas semasa program explorace oleh Tourism Melaka.

Makam Hang Tuah ini sangat panjang daripada ukuran kubur biasa.

Kalau dibaca di Wikipedia katanya sepanjang tinggi pokok kelapa kuburnya ini.

Ada diletakkan tugu penceritaan hikayat hidup Hang Tuah.

Diletakkan juga poster-poster kisah Hang Tuah termasuk pertempuran epik beliau bersama Hang Jebat.

Di sekitar tanah perkuburan yang menempatkan makam Hang Tuah, terdapat juga kubur-kubur lain.

Lokasi

Kalau kome menjejakkan kaki ke bandaraya Melaka, boleh masukkan dalam agenda menziarahi makam Hang Tuah ye.

Al-Fatihah kepada pahlawan Melaka ini.

 

 

0 Comments