Tempat Makan Sedap Melaka 2024 Nasi Lemak Ujong Pasir 2 Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada satu kedai nasi lemak yang penuh sangat mendebarkan untuk dikunjungi apabila hari cuti sebab ramai orang😅.
Kami terjumpa kedai ni selepas kedai yang asalnya kami hendak makan telah habis makanannya padahal baru 8.30 pagi.
Kome tengok la penangan Melaka di hari minggu.
Memang berenyut manusia sampai baru 8.30 pagi makanan sarapan pagi telah habis😅.
Menu
Ada macam-macam menu sebenarnya di Kedai Nasi Lemak Ujong Pasir 2.
Ada lontong, soto, mee bandung apa semua la.
Kuih muih ketupat rendang pun ada.
Tetapi disebabkan pertama kali datang ke sini kita makan la nasi lemaknya dulu ye.
Lauk Pauk Nasi Lemak
Yang istimewanya nasi lemak ni adalah pilihan lauk yang beraneka.
Sotong, udang, ayam, daging, begedil, telur dadar apa semua ada la.
Macam-macam ada sampai rambang mata.
Mujur perut ni setakat mana la kan yang boleh makan.
Den pilih lauk sambal sotong dan hati ayam.
Tak sempat nak ambil gambar makanan konco-konco blogger ni sebab semua udah kelaparan |
Kawasan kedai boleh tahan besar.
Boleh memuatkan dalam 40 - 50 orang dalam satu-satu masa.
Tapi itu la sebab hari Ahad makanya agak jenuh hendak cari tempat duduk.
Rezeki kami dapat tempat duduk cepat.
Lokasi dan Waktu Operasi
Perlu bertabah mencari tempat meletak kereta ye.
Waktu operasinya ada dua masa.
7.15 pagi -3.30 petang dan 6.15 petang -10 malam.
Mohon singgah di sini kalau kome ke Melaka ye.
In sya Allah hendak datang lagi ke sini sebab ada banyak lauk yang belum dicuba😅.
0 Comments