Tempat Makan Perak 2024 Teratak Suak Saudagar Expresso, Lenggong
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Anak-anak udah kembali ke sekolah ye.
Jalan raya kembali sesak begitu.
Bertabahlah kita semua ye.
Ayuh sambung sesi JJCM di Perak.
Den suka road trip ikut jalan kampung sebab suka pemandangan menghijau.
Nampak view macam ni pun den udah happy |
Kami singgah makan di Teratak Suak Saudagar Expresso, Lenggong.
Rasanya ini pertama kali den menjejak kaki ke Lenggong.
Panas lit lit noh Lenggong ni.
Terkedip-kedip mata menahan panas sinar Mentari.
Aneka Kopi Hipster
Teratak Suak Saudagar Expresso ini fokus lebih banyak kepada kopi hipsternya.
Tengok pada nama kedai pun dah boleh agak speciality tempat ni adalah kopinya.
Ada aneka jenis kopi hipster.
Pilih la kome apa jenis kopi yang berkenan di hati ye.
Den ni sebenarnya suka minum kopi o kampung dan teh o je.
Tidak begitu boleh minum kopi hipster sebab sokmo je la migraine nya.
Tapi bila datang ke kedai macam ni kita cuba la kopi hipster yang ada ye.
Kami pesan satu je kopi hipsternya iaitu Suak Signature Latte.
Disebabkan kami jarang minum kopi hipster, jadinya kami rasa lebih kurang aje la rasa kopi hipster ni di mana-mana😅.
Ini review tekak kopi o kampung macam den ni je tau.
Den memang tak pandai nak rasa kopi dari bijian yang baru dibakar ke, arabica ke apa, sumpah den tak reti.
Jadinya bagi peminat kopi tegar, kome toksah la terasa hati dengan apa-apa cakap den pasal kopi hipster ye😅.
Apa Kami Makan
Kami makan laksa, mee kari dan roti bakar.
Ada rasa makanan dia.
Sedang elok pekat memikat kuah laksa dan mee kari.
Makan-makan with a view begitu |
The View
Yang mahal sebenarnya di sini adalah pemandangan, rumah tradisional dan barangan ala-ala tahun 70an dan 80an begitu.
Budak-budak ni jakun la tengok barang-barang ni semua.
Paling deme terkesima adalah apabila den tunjukkan telefon lama yang kena pusing-pusing nombornya tu😅.
Beriya apaknya menerangkan tentang binaan rumah tradisional |
Terkesima anak-anak generasi AI ni tengok barang-barang old school |
Generasi X macam den ni sebenarnya experince the best of both worlds seperti lagu Hannah Montana.
Kita sempat rasa zaman old school dan zaman berteknologi tinggi macam sekarang.
Den menaip blogpost yang satu ini sambil dengar lagu 80an dan 90an.
Orang old school begitulah ye😅.
Walaupun berpeluh-peluh makan di sini, tetap la lama juga kami melepak agak lama sebab suka tengok pemandangan menghijau.
Paling suka sebab ada hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.
Paling best bila bersantai di hammock yang ada dekat situ.
Sakan ye anak beranak berebut hendak duduk di hammock tuh😅.
Lokasi dan Waktu Operasi
Kedai beroperasi setiap hari dari 10 pagi - 7 malam.
Cuma hari Jumaat tuh deme tutup sekejap dari 12.30 tengahari sampai 2.30 petang.
Kalau kome ada ke Lenggong singgah la ke sini ye.
In sya Allah molek pemandangannya.
Lepas tuh jangan kome terlena pula dekat hammock nya ye😅.
Bagi peluang pada orang lain sama untuk lepak sini ye.
0 Comments