Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Eh sudah masuk 2 minggu terakhir bulan September ye?

Apa ye den dah buat sepanjang 19 hari di bulan September.

Seingatnya seawal minggu pertama udah 2 hari cuti sakit.

Lepas tuh banyak terkelepet sebab tidak sihat.

Setiap hari bangun tidur dok terfikir-fikir bila hendak menang loteri supaya dapat berhenti kerja😅.

Begitulah kehidupan.

 

Ayuh kita sambung cerita jalan-jalan cari makan di Perak.

Kami cuba sarapan pagi di Breakfast by The River Kati, Kuala Kangsar.

Kami antara orang terawal sampai.

Ada lebih kurang 4 keluarga masa kami sampai di kedainya.

Persekitaran memang santai dan memang molek untuk healing.

Betul-betul sebelah Sungai Perak.

Ala-ala breakfast with a view begitu.

 

Ada pelbagai jenis menu di sini sebenarnya termasuklah makanan barat, makanan barat, kudapan dan sebagainya.

Terlupa sudah kenapa den ambil gambar muka hadapan menu sahaja😅.

 

Kami makan nasi lemak, roti arab, roti bakar, garlic bread serta sup cendawan dan chicken chop.

Kalau tanya kami, rasa makanan boleh tahan molek.

Boleh juga didapati di banyak kedai lain begitu.

Mungkin ada menu yang wow di sini yang den tidak sempat cuba lagi.

Adakah petanda kena ulang makan di sini😅?

 

Yang mahal dan uniknya adalah asbab kita makan di tepi Sungai Perak.

Memang mengundang masa yang agak lama untuk menghabiskan makanan sebab ralit ye tengok air Sungai Perak ni.

Terberangan pun iya😅.

Di perkarangan tempat meletak kereta luas juga disediakan kawasan aktiviti memanah.

Disebabkan kami datang awal benar, aktiviti memanah belum bermula.

Kalau tidak pastinya kami kena bertunggu tangga budak-budak memanah sambil menghirup kopi menlihat aliran air Sungai Perak.

Eceh😅.

Masa kami hendak balik dalam pukul 9.30 pagi, udah ramai orang.

Hampir penuh tempat duduknya.

Disebabkan budak-budak terkinja-kinja hendak sambung mandi sungai di belakang Kabin Dukati, makanya tidak dapat la kami hendak berlama-lamaan di sini.

 

Lokasi dan Waktu Operasi

Kedai beroperasi setiap hari kecuali hari Khamis ye.

8 pagi - 2 petang.

Dari Kabin Dukati ke Breakfast by The River Kati, Kuala Kangsar ni tidak sampai 10 minit naik kereta.

Boleh pertimbangkan untuk sarapan di sini apabila kome ke Kuala Kangsar ye.

 

0 Comments