Serendipity September
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Alhamdulillah kita semua berjaya memasuki suku terakhir tahun 2024.
Sekejap sahaja kan?
Jadinya bagaimana 8 bulan yang telah berlalu di tahun 2024?
Kadang-kadang den terfikir jenuh la juga hustle untuk kehidupan kan?
Tapi hendak diapakan iya tak?
Dalam banyak ketidakpastian di dalam hidup dan yang sudah pastinya adalah kematian tetap juga kita harus bergelinjangan berjuang hidup ye.
Kita jalan terus begitu ye walaupun terkadang kala perlu menyeret kaki😅.
Baru-baru ini di dalam Whatsapp tentang sumber air, ada seorang ahli memaklumkan beliau perlu mengundur diri daripada kumpulan tersebut kerana akan bersara awal pilihan.
Selepas itu tengok ada satu reel di Facebook.
Tentang seorang wanita dalam 30an mengenang nasib bagaimana hendak terus bekerja sehingga umur 60 tahun.
Sedangkan setiap hari beliau terfikir hendak berhenti kerja.
Den faham perasaan itu😅.
Kadang-kadang teringat kepada keluarga dan kenalan yang meninggal dunia sebelum sempat bersara.
Tidak sempat merasa pencen.
Tidak sempat merasa duit KWSP.
Faham dan jelas tentang ajal dan maut telah tertulis di Luh Mahfuz.
Tetapi sebagai orang yang biasa-biasa sekali sekala terasa sedih bila terkenang.
Terfikir juga eh sempat ke tidak diri hendak merasa pencen atau termasuk dalam golongan yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan.
Teringat satu pernyataan “ala-ala di persimpangan dilemma samada hendak berjimbaan sekarang atau berjimat cermat untuk kelangsungan di hari tua”.
Ada yang tanya sempat ke tua nanti?
Ada pula yang kata kalau tua lepas itu tidak cukup duit hendak survive macam mana?
Begitulah😅.
Hampir 2 bulan den berhenti daripada memohon untuk buat review produk, makan-makan, dsb.
2 bulan juga tidak update semua media sosial.
Macam ada harapan terbengkalai terus semua media sosial tuh😅.
Malas ada.
Terpelot pun ada.
Macam-macam perasaan begitu😅.
Kecewa tiada KDrama yang menggoda untuk den tengok setakat ini.
Kadang-kadang cerita yang viral dan dikhabarkan tersohor tidak kena dengan jiwa.
Dokumentari banyak yang menarik tetapi itu la kadang-kadang otak tidak mampu hadam kisah benar yang berat😅.
Banyak sangat cekadak kan den ni😅.
Kadang-kadang memilih cerita yang hendak ditengok di Neflix sampai 1 jam.
Udahnya tiada cerita yang berkenan di hati lalu moh la kita tidur je la😅.
View dari bilik den di pejabat apabila Bas Selangor S03 6.38 pagi, S01 6.50 pagi dan den punch in 7 pagi😅. |
Kelas mengaji hanya tinggal 4 orang sahaja bermula September ini.
Seorang ahli telah berpindah ke Johor.
Harapnya ustazah masih sudi mengajar kami.
Walaupun setiap kali hari Selasa malam den selalu terasa malas kelas mengaji macam hendak pengsan😅.
Harap den dapat berusaha untuk hadir kelas mengaji ni.
Belajar mengaji adalah antara perkara yang den perlu bersyukur sangat.
Biarpun akan selalu ditegur oleh ustazah seawal membaca Bismillah😅.
In sya Allah cuti sekolah akan berlangsung selama 9 hari di pertengahan September ini.
Jujurnya tidak merancang hendak ke mana-mana.
Tidak mahu terjebak dengan kesesakan yang pastinya akan ada di mana-mana.
Tetapi tidak tahu la nanti kalau tiba-tiba ‘moh la kita berjimbaan sebab bosan melemau di rumah😅.’
Kome tangguhkan dulu ye healing di sungai dan air terjun di musim hujan.
Banyak kejadian kepala air yang dilaporkan.
Kalau hendak mudah kita healing tema cuci mata dekat shopping mall je la ye😅.
In sya Allah boleh dapat beribu-ribu langkah begitu.
Cuma poket la tidak selamat😅.
Den dan kiddos jarang banget ke shopping mall.
Rimas sebab ramai orang.
Apa yang pasti den ada 30 hari di bulan September ini den kena pulun baca buku.
Perlu menghabiskan 6 buah buku yang dipinjam dari PPAS Shah Alam.
Harus berusaha juga membaca 5 buah buku yang dipinjam dari Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
Berjaya atau tidak kita nantikan ye😅.
Buku dari PPAS Shah Alam Buku dari Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Kalau diikutkan ada program pada penghujung bulan September ini.
Tidak pasti lagi hendak sertai ke tidak.
Program pada akhir Oktober den telah batalkan.
Fasa malas hendak menguit ke mana-mana sekarang ni.
Tengok la tahap kerajinan nanti macam mana ye.
Sayang pula hendak batalkan program September tu tapi malas hendak pergi.
Acaner tuh kan😅?
Semoga September 2024 menjadi September yang terbaik untuk kita semua ye.
Take care semua.
0 Comments