Sepetang Bersama Seorang Sunbae Yang Menjengkelkan 😅
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada seorang sunbae satu pejabat dengan den yang selalu bikin jantung orang tercopot dengan sergahannya.
Dulu memang rasa hendak katok je dia ni bila dia sergah den dengan soalan ‘tahu tak makna syahadah yang sebenar?’
Udah la den sedang asyik masyuk mengunyah nasi lemak masa tu.
Soalan pula soalan versi KBAT.
Memang la terkebil-kebil den dekat situ.
Lepas tuh dia akan membebel dekat den pasal kenapa dah tua bangka masih tidak tahu makna syahadah bagai.
Banyak kali den mengelak daripada bertembung dengan dia😅.
Tapi itu la bila hendak ke tandas kena melalukan tempat duduk dia.
Den pula jenis membesiaq (asyik hendak terkucil).
Makanya selalu la jalan ala-ala ketam bagi mengelakkan kami bertentang mata apabila den hendak ke tandas agar tidak ditanya soalan-soalan KBAT😅.
Tapi itu la kadang-kadang dia muncul je dekat depan meja den😅.
Macam Jumaat lepas.
Mulanya dia bertanya khabar bagai dan berkongsi maklumat tentang situasi terkini pejabat.
Tiba-tiba mulut den yang tiada insurans ni gatal tengkuk pergi tanya ‘cuba bagitau in layman term apa syiah ni sebenarnya’.
Memang mengundang kena smash la jadinya😅.
Padan la muka den😅.
Sunbae: Ha sebelum saya jawab soalan ni baca dulu Rukun Iman.
Den: Kepercayaan kepada Tuhan.
(Masa cakap ni terdetik dekat hati eh kenapa pelik pula rasanya ni😅).
Sunbae: Woi….itu Rukun Negara la.
Den: La patut la rasa macam pelik hahahahhahaha.
Lepas tuh den bagitau la pasal Rukun Iman.
Sunbae: Rukun Iman ada berapa?
Den: 6
Sunbae: Rukun Islam ada berapa?
Den: 5
Sunbae: Rukun Ihsan ada berapa?
Den: Eh apa Rukun Ihsan ke?
Sunbae: Ish ish engkau ni. Engkau google sekarang.
Makanya den pun google.
Den: Ooooo Rukun Ihsan ada tiga iaitu taqwa, tawakal dan ikhlas.
Sunbae: Apa makna taqwa, tawakal dan ikhlas?
Makanya den pun google la lagi😅.
Untuk maklumat lanjut tentang Rukun Ihsan, boleh baca di sini ye https://jijan9.tripod.com/iman.htm
Lepas tuh sembang pasal buku-buku ilmiah yang den sempat baca tahun ni macam buku Muhammad, Saidina Abu Bakar dan Imam Maliki.
Sunbae: Apa nama sebenar Imam Syafi’i?
Den: Eh itu bukan nama sebenar dia ke?
Sunbae: Ha itu la engkau. Nama artis semua engkau hafal. Nama orang agama engkau tak tau.
Den: So apa nama sebenar Imam Syafi’i?
Sunbae: Muhammad. Nanti saya bagi buku pasal Imam Syafi’i. Baca buku tuh nanti. Nih asyik baca buku Harry Potter je kerojenya.
Begitu la bebelnya😅.
Sunbae: Pernah baca buku Sejarah Umat Islam oleh Hamka?
Den: Oooo ada ye buku tu?
Mamat: Ish ish ish sambil geleng kepala😅.
Lepas udah penat menadah telinga mendengar bebelan pasal macam-macam termasuklah Salman al-Farisi, pejuang Patani dan sebagainya baru la masuk bab Syiah sekupang dua.
Dulu den memang selalu rasa hendak sekeh je dia dengan soalan-soalan KBAT nya.
Tetapi bila sudah semakin tua ni, den cuba belajar berlapang dada dan cuba menerima orang seadanya.
Sama la macam sunbae ni.
Walaupun dia selalu terjah den dengan soalan-soalan KBAT dia.
Yang kadang kala bukan kita tak tau jawapan tetapi otak ambil masa yang agak lama untuk hadam.
Dia selalu mengata den penyokong Bang Non😅.
Selalu bebel pasal kekurangan bab agama den.
Tetapi dia juga la antara rakan sepejabat satu batch yang tinggal sekupang dua je.
Yang lain telah meninggal dunia.
Ada juga yang telah berpindah dan bersara.
Jadinya den cuba menghargai siapa yang masih tinggal di sini.
Yang sekali sekala bersembang mengimbau kenangan zaman kami bersusah payah di tapak siap kena kejar anjing bagai😅.
Konco kongsi video lagu-lagu evergreen.
Partner in crime makan cakoi.
Jadinya selagi masih ada hayat, den cuba menghargai apa yang ada.
Hasil daripada perbincangan ilmiah tersebut atau lebih kepada den mendengar bebelan dia, sunbae memberikan den buku Rihlah Ilmu Imam Asy-Syafi’I untuk bacaan den😅.
Doakan den dapat membaca bukunya ye😅.
Sempat den tersiasat tentang buku Sejarah Umat Islam oleh Hamka.
938 mukasurat ye bukunya.
Langsung terkesima sebentar😅.
Kadang kala den rasa sunbae seorang ni menjengkelkan😅.
Tapi pada masa yang sama bebelan dia ada yang buat den dapat ilmu baru.
Semoga Allah merahmati persahabatan 23 tahun ini.
In sya Allah.
0 Comments