More than 30 spectacular journeys through Cambodia, China, India, Indonesia, Japan, Malaysia, Myanmar, Pakistan, South Korea, Sri Lanka, Thailand and Vietnam.

Tajuk: Great Railway Journeys in Asia

Pengarang: David Bowen

Mukasurat: 155

Sumber: PPAS Bangi

Perjalananan dengan keretapi ini kebiasaannya adalah menghargai perjalanan itu sendiri, tidak sesuai untuk mereka yang hendak sampai ke destinasi dengan cepat.

Ianya ala-ala it’s about the journey not the destination begitu.

30 perjalanan keretapi merentasi 12 negara di Asia ini disertakan dengan peta jaringan landasan keretapi, beberapa stesen yang keretapi berhenti di antara perjalanan, cara menempah tiket keretapi, kemudahan yang tersedia di dalam keretapi, pemandangan unik sepanjang perjalanan, tempoh perjalanan, cadangan untuk memaksimakan pengalaman sepanjang perjalanan dan lain-lain.

Sejenis buku yang buat den terfikir adakah harus den jual buah pinggang untuk pergi beberapa trip naik keretapi yang ada dalam buku ni😅

Den yang jiwa old school lebih minat kepada keretapi yang lalu merentasi kawasan pedalaman macam tuh.

 

Antara keretapi yang den udah berangan lama hendak naik adalah dari Tanjung Aru ke Tenom, Sabah.

Menurut penulis, ini adalah perjalanan keretapi value for money.

Perjalanan keretapi ke Dabong pun nampak memanggil-manggil.

Lagi satu yang den teringin hendak naik adalah Reunification Express, Vietnam.

Kalau hendak diikutkan semua perjalanan keretapi dalam buku semuanya mengujakan.

Haish.

Perjalanan keretapi terpendek adalah Penang Funicular.

Luxury trains macam Palace on Wheels dan Deccan Odyssey (India) mempunyai mini perpustakaan di dalam gerabaknya.

 

Den baru tahu ada landasan keretapi yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO:

1. Mountain Railways of India (Darjeeling Himalayan Railway), 1999

2. Mountain Railways of India (Kalka-Shimla Railway), 2008.

3. Semmering Railway, Austria

4. Ombilin Coal Mining Heritage of Sawahlunto, Padang, Indonesia

5. Rhaetian Railway, Rhätische Bahn, Albuna/Bernina Landscape, Italy/Switzerland.

 

Ada banyak maklumat sejarah, perancangan masa depan dan sebagainya dinyatakan di dalam buku ini.

Matura Express (Colombo To Matara) terlibat dalam worst rail disaster apabila tsunami pada 26 Disember 2004 yang menghanyutkan keretapi 591 Manitoba di laluan Peraliya dan menyebabkan 1,700 orang mati lemas.

Buitzenzorg (Bogor) dihubungkan ke Surabaya pada 1894.

 

China' Belt and Road Initiative melibatkan cadangan keretapi laju, dual-track lines di Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar dan Cambodia.

Jaringan keretapi laju Jakarta - Bandung adalah salah satu projek China' Belt and Road Initiative.

Cadangan train route yang menarik tapi tidak tahu bila hendak dilaksanakan adalah Istanbul - Tehran - Islamad (ITI) sejauh 6,500 km merentasi 3 negara dari Pakistan ke Turkiye merentasi Iran.

 

Serius rasa macam nak jual apa yang boleh dijual dan pergi merayap naik keretapi ni huhuhuhu.

Kalau baca buku-buku tentang perjalanan keretapi, pastinya akan ada disebut tentang buku-buku karya Paul Theroux macam The Great Train Bazaar (1975), Riding The Iron Rooster (1988) dan Ghost Train to The Eastern Star (2008).

Hendak kena cari buku-buku ni nampaknya.

Sekejap je den baca buku Great Railway Journeys ni sebab menarik sangat.

Sakan pulun baca.

 

 

0 Comments