Resensi Buku The Goodbye Cat by Hiro Arikawa
Penulis Jepun banyak betul buat cerita tentang kucing.
Adakah ramai orang Jepun pencinta kucing?
Tajuk: The Goodbye Cat
Pengarang: Hiro Arikawa
Mukasurat: 203
Buku ini mengandungi 7 buah cerpen yang berkisar tentang hubungan manusia dan kucing.
Kehadiran kucing yang menjadi keluarga, menceriakan suasana, peneman di kala suka duka, pencetus semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan, etc.
Kisah pentingnya mengucapkan selamat tinggal di dalam kehidupan.
Dia kan kalau buku daripada penulis Jepun setakat dua tiga kupang yang den berkesempatan untuk baca ni selalu tau buat den dalam situasi yang ganjal ke janggal hehehehhe.
Ada bahagian-bahagian di dalam buku ini yang mengundang drama air mata.
Masalahnya dalam keadaan yang kurang sesuai macam semasa di dalam komuter, ETS atau kedai makan yang tengah sesak ramai orang😅.
Mungkin den sudah tua cepat tersentuh hati.
Ayat ringkas dan mudah difahami, hubungan manusia yang pelbagai diterjemahkan dalam cara yang kita boleh relatekan dengan kehidupan kita, kehidupan rakyat marhaein, menyentuh hati ke lubuk paling dalam, etc.
Begitulah buku kebanyakan penulis Jepun.
Mereka bisa mengolah topik harian menjadi sesuatu yang asyik untuk dibaca.
Itu istimewanya buku mereka bagi den.
Mula baca semasa dalam komuter dari Shah Alam ke KL Sentral.
Habis baca masa dalam ETS sebelum Stesen Kampar.
0 Comments