Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isnin baru-baru ini den sekeluarga berpeluang menginap di Jonker Boutique Hotel Melaka.

Semasa menyertai Program Explorace Melaka pada akhir Julai lepas, den dapat cabutan bertuah voucher penginapan satu malam di Jonker Boutique Hotel.

Julung-julung kali den dapat cabutan bertuah ni.

Den biasanya tiada luck bab cabutan bertuah ni.

Alhamdulillah rezeki den pada program tersebut.

 

Dia bila voucher ni memang ada beberapa syarat.

Kena tebus voucher dalam tempoh tiga bulan dari tarikh voucher.

Boleh menginap selain daripada cuti umum, hari minggu, cuti sekolah bagai.

Makanya terpaksa la den pontengkan anak-anak den demi menebus voucher ini.

Eceh😅.

 

Molek la pun datang Melaka bukan hari cuti.

Kurang sikit kesesakan jalan raya dan tempat-tempat menariknya😅.

Jom den ceritakan tentang pengalaman den menginap 2 hari 1 malam di hotel ini.


Hotel di Lokasi Strategik

Ini den rasa unique selling point utama untuk Jonker Boutique Hotel ni.

Lokasinya betul-betul di kawasan Jonker Street/Jonker Walk.

Buka je pintu lobi, terus nampak deretan pelbagai kedai.

Ada kedai makan, kedai pakaian, kedai cenderahati, café dan sebagainya.

Kita sedia maklum Jonker Street adalah kawasan yang wajib datang kalau ke Melaka ni.

Disebabkan bukan hari minggu, den tidak sempat merasai kemeriahan Jonker Street Night Market yang selalu digembar gemburkan.

Cumanya siang dan hari biasa pun menarik juga.

Ada banyak kedai di sekitar Jonker Street ni.

Mamee Jonker House pun ada di sini.

 

Maknanya bila kita menginap di sini, kita boleh berjalan kaki sakan menjelajah setiap pelusuk Jonker Street/Jonker Walk.

Kome tidak perlu risau hendak mencari tempat letak kereta bagai.

Sebab Jonker Boutique Hotel mempunyai tempat letak keretanya sendiri.

Cuma sediakan payung, topi dan sunscreen sebab panas lit-lit ye Melaka ni😅.

 

Disebabkan den datang dengan keluarga den yang ala-ala putera lilin semuanya, idok la den dapat merayap di kawasan ini😅.

Kalau ikut den yang kalau boleh hendak singgah di setiap kedai yang den terjumpa, mau paling kurang setengah hari je habis di Jonker Street ni.

Kena datang Melaka dengan kawan-kawan nampaknya nanti ni.

In sya Allah kita cuba usahakan nanti.

 

Bilik Bersih, Kemas dan Selesa

Tiga perkara ni memang penting untuk den.

Bila kita tidur di hotel udah tentu kita hendak bilik yang molek serba-serbi.

Sebab kita hendak bersantai dan berehat.

Den bagai 5 bintang pada Jonker Boutique Hotel Melaka untuk bab bilik yang bersih, kemas dan selesa ni.

Bilik Grand Family Room yang kami dapat ni besar banget ye.

Terlebih muat untuk kami 4 beranak.

Kalau bawa toto boleh hampar depan katil, tidur lambak-lambak 6 orang pun mua😅t.

Dua katil Queen dengan setiap katil ada 3 biji bantal.

Suka ada bantal banyak-banyak ni😅.

Rupanya ada 2 bantal lagi dalam laci.

Udah hendak check out baru perasan ni.

Kecil hati rasanya😅.

Tidur memang lena sakan sebab tilam dan bantal empuk.

Pendingin hawa pula sedang elok.

Memang lena sampai ke pagi begitu konsepnya.

Bilik air ada bathtub.

Memang menggelinjang la anak den yang kecil tuh berendam dalam bathtub.

Sanggup ye dia seusai Subuh berendam dalam tu sebab den cakap hendak check out awal.

Cuma hendak melangkah ke bathtub tuh tinggi ye.

Kena berhati-hati supaya tidak tersalah langkah atau tergolek akibat licin.

 

Kemudahan Yang Disediakan

Ada meja makan versi Baba Nyonya.

Suka sebab selama ni jarang sangat tempah bilik besar.

Bila ada meja makan memang rasa best sebab senang hendak letak segala mak nenek dodol, kuih karas, dsb yang dibeli semasa singgah di gerai dekat kedai makan asam pedas begitu.

Siaran televisyen mantap tidak tersangkut ke apa.

Tapi bila namanya udah datang dengan budak-budak memang kena layan cerita kartun aje lah ye.

WiFi yang disediakan bagus capaiannya.

Sempat den simpan mochee sejuk beku yang den beli dalam peti sejuk yang ada dalam bilik ni.

Air mineral, uncang teh, kopi 3 dalam 1, cerek, pengering rambut, toiletries, selipar hotel semua ada.

Den tidak perasan pula ada seterika ke idok dalam bilik.

Comel je tuala dilipat macam ni

Ruang Lobi dan Tempat Meletak Kereta

Den suka lobinya.

Cozy dan welcoming begitu.

Ada tempat untuk bersantai.

Disediakan risalah tempat menarik di Melaka.

Den berkenan dekat maklumat tempat menarik, kedai makan dan sesetengah tempat yang boleh berjalan kaki dari hotel yang disediakan.

Senang untuk kita pertimbangkan hendak ke mana dan makan apa kalau udah termalas hendak google sebab kemalasan dan kepenatan.

 

Dari tempat meletak kereta kita akan lalu pintu belakang untuk ke lobi.

Hotel ini tiada lif ye.

Jadi perlu kuatkan kekuda kaki untuk naik turun tangga.

Ruang dari pintu belakang ke lobi pun molek sangat.

Ada tempat untuk berehat dan ditemai juraian money plant.

Tempat meletak kereta agak luas.

Kita akan dibekalkan dengan remote untuk autogate.

Sekiranya kita merayap sampai melebihi pukul 12 tengah malam, kita kena tap keychain comel pada keypad untuk buka grill bahagian belakang hotel.

 

Banyak Tempat OOTD

Rekabentuk hotel dan barang-barang dalam hotel adalah bertema Baba Nyonya dan klasik.

Makanya banyak tempat boleh OOTD.

Cuma itulah tiada siapa sudi melayan den bergambar sangat.

Ada la seketul dua buat kenangan begitu😅.

Pemandangan belakang hotel dari tempat meletak kereta

Kakitangan semasa kami check in dan check out pun mesra.

Ada welcoming drink lagi.

Boleh dipertimbangkan untuk menginap lagi di sini bersama kawan-kawan sebab lokasi yang mantap strategik.

Kalau kome datang ke Melaka, boleh menginap di Jonker Boutique Hotel ye.

 

0 Comments