Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den dan games berpisah tiada begitu.

Sejak dari dulu sampai la sekarang ni.

Den ada je games kegemaran tapi sekali sekala den cuba games baru.

 

Sejak awal tahun 2024 di mana bermula era kegemilangan pergi dan balik kerja naik bas Selangorku, kadar den bermain games juga meningkat😅.

Bila tunggu bas dan dalam bas, kadang-kadang den main games.

Bila tunggu giliran untuk naik atau turun lif memang den akan main games.

Sementara tunggu mesyuarat bermula, den main games juga.

Kadang-kadang masa tengok Neflix pun den main games😅.

 

Jadinya games memang penting bagi mengisi masa terluang den.

Di samping mengurangkan tekanan, games juga mengurangkan kemungkinan orang yang tidak dikenali berbual dengan kita😅.

 

Den ada jumpa satu website yang menawarkan pelbagai online games menarik yang kome boleh cuba.

Macam-macam games ye ada dalam culinaryschools.org

Rambang mata hendak cuba yang mana satu dulu pun iya juga😅.

Terdapat 4 kategori games yang terdapat di SINI iaitu permainan Food Education Games, Serving Eaters, Other Fun Food-themed Games dan Brain Games.

Dalam setiap kategori games ada pecahan games yang lain.

Yang menariknya walaupun ianya adalah games, setiap games diterangkan tentang apa yang perlu dibuat.

Ada maklumat yang den tidak pernah tahu.

Sebahagian maklumat ini kita boleh guna di dalam hidup sebenar kita.

Games that are not only interesting but also informative.

Menarik banget kan?

Sekarang ni kadang-kadang den main games dengan anak-anak den.

Mereka lagi cekap daripada den bab main games nih ha.

Walaupun games ini sesuai untuk anak-anak tetapi orang dewasa pun boleh main juga.

Mencabar juga tau games yang den udah cuba.

 

Den paling suka permainan Word Search.

Nampak macam mudah.

Permainan budak-budak je pun tapi itu la.

Jari jemari dan mata perlu cekap ye.

Berpinar-pinar mata den hendak cari perkataan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Banyak kali gagal ye😅.

Padahal games budak-budak je pun.

Den dari dulu merupakan peminat tegar permainan mahjong.

Makanya haruslah den main permainan Mahjong Solitare.

Ini memang jarang kalah sebab dia tiada limit masa😅.

Games ini memang antara kegemaran den.

Choco Blocks adalah tetris games.

Senang banget tetapi tetap kalah sebab mata dan jari udah tidak cekap.

Bila coklatnya turun menderu, memang tak sempat hendak fikir😅.

Makanya sakan la coklatnya tertindan-tindan.

Eh kita nih main games hendak release tension kan?

Udah kenapa boleh jadi makin tension ni hehehehehehe.

Den asyik betul main Watermelon Games ni.

Dia ala-ala tetris juga.

Cumanya bila buah yang sama spesies tersentuh, deme akan menjadi buah lain yang lebih besar dan ceria.

Ini yang buat den terpesona.

Biasa la den, benda simple macam ni pun buat den gembira.

Cukup la kot den cerita pasal 4 games yang den sempat main setakat ni.

Nanti bila den cuba games baru, den cerita lagi ye.

In sya Allah.

 

Apa yang best tentang games dalam culinaryschools.org ni?

🌸Online games. Tidak perlu download bagai.

🌸Pilihan lebih kurang 55 jenis games. Banyak gila kan😅.

🌸Tidak akan kacau/penuhkan storage laptop atau handphone.

🌸Tiada iklan. Jadinya boleh main tanpa gangguan.

🌸Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga.

🌸Interesting and informative games.

 

Ada banyak sangat pilihan permainan di laman sesawang ini.

Tidak perlu nak mendaftar ke muat turun aplikasi ke apa.

Masuk laman sesawang, pilih permainan apa yang kita berkenan, terus main.

Macam tuh je.

Senang sangat.

Setakat yang den dah main beberapa permainan ni, tiada yang kena bayar untuk upgrade ke apa.

 

Pendek kata macam-macam permainan tersedia di culinaryschools.org

Cuma hendak mencari masa je hendak bermain begitu😅.

Selain daripada pelbagai jenis online games yang kome boleh main, Culinary Schools juga ada menyediakan beberapa perkara lain yang boleh diakses secara mudah dengan klik link di bawah:

https://www.culinaryschools.org/blog/weight-loss/

https://www.culinaryschools.org/blog/body-fat-calculator/

https://www.culinaryschools.org/blog/workout-calories/

https://www.culinaryschools.org/career-info/conversion/

https://www.culinaryschools.org/tip-calculator/

 

Jadinya kome boleh juga tengok apa yang ditawarkan di pautan di atas ye.

 

Ada banyak lagi permainan yang menarik yang kome boleh cuba di culinaryschools.org

Kalau tidak kerana ada banyak kerja yang menanti, mau sakan den cuba semua permainan yang ada ni😅.

Apa yang pasti senarai permainan yang den akan ulang main nanti akan bertambah seiring masa.

 

Den cadangkan untuk kome cuba main permainan yang ditawarkan di culinaryschools.org

Sekali sekala kita perlukan benda yang santai supaya boleh mengurangkan tekanan selepas bergelumang dengan kehidupan harian yang sememangnya ada pelbagai cerita.

 

 

0 Comments