Tempat Menarik Perak 2024 Pasar Karat Ipoh Setiap Hari Ahad
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada satu tempat di Ipoh yang kome kena singgah paling kurang sekali begitu.
Sebab apa kena singgah?
Macam-macam jualan ada.
Kalau tidak mahu membeli apa-apa pun, boleh je jalan-jalan mencuci mata sambil melihat kemeriahan suasana begitu.
Pasar Karat Ipoh atau Pasar Loken Ipoh ni memang awesome ye.
Suasana meriah setiap hari Ahad |
Apa Ada di Pasar Karat Ipoh?
Kita letak la gambar tuan tanah kedaung yang masih setia pakai mask |
Antik, Unik dan Klasik tertera di pintu gerbang masuk ke Pasar Karat ni.
Betul la sebagaimana yang dikata, memang banyak barang klasik, antik dan unik yang boleh ditemui di sini.
Yang buat jantung tercopot sebentar pun ada😅.
Kita cerita kemudian ye pasal ni.
Macam-macam ada dari barangan antik, barangan elektrik, barang preloved, makanan, buku, pokok dan macam-macam lagi la.
Kalau kome memang peminat barang antik, memang kena singgah sini.
Kalau kome rancang hendak buka café tema klasik boleh juga jengah di sini.
Geram tengok barang-barang tema klasik dia.
Pelbagai jenis sungguh.
Emak-emak kalau dibawa ke sini takut-takut deme tidak berganjak dari kiosk pinggan mangkuk, barangan tembaga, alatan dapur dan lain-lain.
Bisa rambang mata begitu.
Tapi ada je barangan biasa yang dijual di sini macam ubat penghapus serangga perosak, barangan rumah, pokok, mainan, makanan.
Bagi pengumpul atau collector, ada duit lama, setem dan macam-macam lagi la.
Barang preloved agak menarik sebenarnya lagi-lagi tas tangan.
Ada jenama Coach, LV, dan sebagainya.
Gred AA ke asli ke apa den tidak pasti sebab tidak menyiasat.
Ada kasut dan pakaian juga.
Berjalan-jalan di Pasar Karat Ipoh ni buat mengundang terkenang zaman-zaman muda sebab ada kaset dan CD dijual di sini.
Salah seorang 4 heavenly kings - Leon Lai |
Tempua bersarang rendah begitu |
Siapa yang suka berkonvoi tuh boleh la tengok kot ada helmet yang berkenan |
Murah kan pokoknya harga RM5 |
Macam lawa pula coraknya ye |
Tongkat-tongkat zaman dulu |
Rajin tak rajin je kome hendak duduk mencangkung memilih buku terpakai yang berkenan di hati |
Banyak buku-buku unik dan langka di sini |
Pakcik ni memang popular dengan sifir matematiknya |
Yang buat jantung den tercopot sebentar adalah bila sampai ke reruai menjual ubat-ubatan tradisional.
Terkejut sebab ada kepala kambing gurun tercokoh dekat depan reruai tuh.
Anak den udah terpana bila nampak haiwan-haiwan yang diawet dalam balang.
Depa geli geleman😅.
Dekat sini ada macam-macam ubatan yang pelik-pelik.
Pendek kata kome kena datang sendiri tengok keunikan barangan yang dijual dan kemeriahan orang yang menjual dan berkunjung di sini.
Jangan lupa makan sengkuang calit ye.
Sengkuang calit dia memang daebak |
Lokasi dan Waktu Operasi
Pasar Karat ni betul-betul dekat bandar Ipoh.
Hendak cari tempat meletak kenderaan agak mencabar ye😅.
Biasanya suami den drop kami anak beranak tepi pintu masuk.
Den berjalan-jalan di sini dengan budak-budak je.
Lepas siap berjimbaan dia akan ambil semula kami di tepi jalan.
Sini tau pintu masuknya |
Pasar Karat hanya beroperasi setiap hari Ahad 7 pagi - 12 tengahari.
Kalau kome datang 12.30 tengahari memang udah tiada ye pasar ni.
Den sudah datang sini 3 kali tahun 2024 ni.
Setiap kali singgah ke sini beli madu dan bulu tangkis.
Idok la den tahu madunya asli ke idok tapi macam unik sebab madu batu.
Walaupun bulu tangkisnya adalah bulu tangkis terpakai tetapi boleh je budak-budak ni guna masa main badminton dekat rumah.
Den pernah beli pokok, buku dan topi di sini.
Kadang-kadang ada Bumblebee dan Optimus Prime. Masukkan RM1 dalam kotak tuh untuk bergambar ye. Kita sama-sama berbahagi rezeki begitu. |
Baru pergi 3 kali pun udah macam-macam belinya ye.
Kalau pergi lagi buat sekian kalinya kebarangkalian membeli tuh mesti ada😅.
Selamat berjalan-jalan
di Pasar Karat Ipoh ye kome.
0 Comments