Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sekali tuh den terkinja-kinja hendak makan apom atau apam lenggang.

Ternampak ada orang kongsikan dalam media sosial dia makan apom di Medan Selera Dataran Dato Sagor, Ipoh.

Makanya moh la kita ke sana.

Rupanya ada 3 tempat menarik yang berada di dalam lokasi yang sama.

Sepelaung je di antara satu sama lain.

Menara Jam Tugu Peringatan Birch, Medan Selera Dataran Dato Sagor dan Masjid Negeri.

Bila den sedang makan apom di Medan Selera Dataran Dato Sagor, den boleh nampak Menara Jam Tugu Peringatan Birch dan Masjid Negeri dari medan selera tu.

 

Menara Jam Tugu Peringatan Birch (Birch Memorial Clock Tower)

Tugu Peringatan Birch dibina oleh British dibuka pada 1909.

Tugu adalah memperingati JWW Birch, Residen British pertama di Perak.

Beliau mati dibunuh pada 2 November 1875 di Pasar Salak di dalam penentangan pemerintahan British (pemungutan cukai, dsb) oleh pembesar-pembesar Melayu yang diketuai oleh Dato Maharajalela Lela.

Sir Ernest Woodford Birch yang merupakan anak sulung JWW Birch merasmikan pembukaan tugu peringatan ini.

Menara Jam Tugu Peringatan Birch merupakan salah satu Jejak Warisan Perak.

Menara ini mempunyai 1 jam besar dilengkapkan dengan sistem bunyi sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.

Masa den tengah melepak makan apom di sini, sempat den dengar bunyi jam ini berdenting.

Terdapat 44 orang tokoh utama yang melakar sejarah tamadun dunia di 4 bahagian tugu ini berdasarkan 4 prinsip pentadbiran British.

Antara tokoh ketamadunan peradaban manuasia yang diabadikan di menara ini adalah Julius Caesar, Galileo Galilei, Christopher Columbus, Buddha, dsb.

Den tidak jumpa pula senarai penuh 44 tokoh yang ada di menara ini.

Kesetiaan - lukisan tokoh memegang pedang dan perisai 

Keadilan - lukisan figura buta yang memegang neraca

Ketabahan - lukisan tokoh dengan riak muka tenang dan memegang tombak

Kesabaran - lukisan tokoh yang tiada senjata

Imej Rasulullah SAW yang telah dipudarkan (2 dari kiri)

Salah satu figura yang terdapat di menara ini adalah imej Nabi Muhammad SAW.

Imej ini telah dipudarkan dengan cat putih pada tahun 1990an selepas sekian lama mendapat bantahan daripada umat Islam Ipoh dan Malaysia kerana Nabi Muhammad SAW tidak boleh digambarkan dalam bentuk lukisan, gambar, patung, dsb.

Dikatakan perkara ini diusahakan oleh Mufti Perak pada ketika itu iaitu Arwah Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.

Terima kasih di atas jasa beliau.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.

Medan Selera Dataran Dato Sagor

Ada pelbagai gerai makanan yang ada di Medan Selera Dataran Dato Sagor.

Rambang mata hendak pilih nak makan apa.

Nasi lemak, mee kicap, mee rebus, roti canai ada belaka semua.

Tapi tidak la pula den ambil gambar ye sebab kelaparan.

Den makan apom yang memang merupakan tujuan asal den datang ke sini.

Walaupun apom dia tidak boleh menandingi apom di Pasar Awam Seberang Jaya.

Tetapi kalau tiba-tiba datang Perak dan terasa hendak makan apom boleh la singgah sini.

Apom aka apam lenggang yang diperkatakan

Ada kawasan lapang depan Medan Selera Dataran Dato Sagor dan Menara Jam Tugu Peringatan Birch.

Menarik juga kalau hendak bersantai berehat-rehat dengan keluarga.

Tapi pastikan datang waktu pagi atau petang.

Den datang waktu matahari udah tinggi, memang berpinar-pinar pandangan lagi-lagi masa mendongak hendak tengok gambar tokoh-tokoh pada menara tuh.

 

Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II)

Ini den cuba tengok dari kejauhan je.

Kena datang lagi kawasan ini kerana tidak berkesempatan hendak solat di Masjid Negeri ini.

Masjid Negeri ini terletak di seberang jalan, sepelaung dari Medan Selera Dataran Dato Sagor dan Menara Jam Tugu Peringatan Birch.

Lokasi

 

 

Jadinya kalau kome datang ke Ipoh, mohon singgah di 3 tempat yang sangat berdekatan ini.

Kawasan ini juga sebenarnya berdekatan dengan Stesen Keretapi Ipoh yang merupakan salah satu bangunan warisan juga di Perak.

Kalau naik kereta dan berjalan kaki dalam 5 minit sampai.

Cumanya kena melintas jalan besar yang sentiasa sibuk.

Jadinya kome moh la kita ke Ipoh ye.


 

 

0 Comments