Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Hawa-hawa kemalasan untuk update blog telah mula melanda.

Kalau tiba-tiba den tidak update blog tuh maknanya den telah terjebak di dalam fasa terpleot ye.

 

Pada 20 Julai 2024 lepas, den bersama dua orang konco blogger den menyertai Explore Race dan Media FamTrip anjuran Tourism Malaysia Wilayah Selatan-Melaka.

Balai Cerap Al-Khawarizmi, Masjid Tanah merupakan tempat pendaftaran dan check point pertama untuk program ini.

Balai Cerap Al-Khawarizmi merupakan salah satu dari 29 lokasi balai cerap di Malaysia.

Pusat pelancongan Islam dan sains astronomi ini adalah di bahawa pengurusan wakil Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Melaka.

Apa Itu Ilmu Falak atau Astronomi?

Menurut maklumat oleh Bahagian Falak Syarie dalam website Jabatan Mufti Melaka, ilmu falak atau astronomi adalah merupakan suatu ilmu yang mengkaji mengenai asal usul, pergerakan saling tindak dan sifat-sifat objek samawi dan alam semester.

Ilmu falak syarie mengkaji dalam ruang lingkup yang sama tetapi mempunyai matlamat yang akhirnya mentauhidkan pencipta alam ini, ALLAH S.W.T.

 

Apa Ada di Balai Cerap Al-Khawarizmi?

Balai Cerap Al-Khawarizmi ini merangkumi 3 bahagian utama planetarium, balai cerap dan galeri pameran.

Fungsi utama Balai Cerap adalah tempat memerhati atau mencerap bulan berdasarkan bulan Islam iaitu Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

Kalau datang ke sini pastikan 3 checklist ini selesai ye:

Planetarium

Balai cerap - pelantar cerapan, anjung tinjau dan kubah cerapan

Galeri Pameran - maklumat tokoh ilmu falak Islam, teleskop, buruj, etc

 

Galeri Pameran

Den rasa budak-budak memang akan teruja bila berada di galeri pameran ni.

Mereka boleh tengok peralatan tradisional falak.

Ada galeri permainan interaktif.

Galeri penerokaan angkasa lepas dan bintang-bintang bisa mengundang kita berlama-lamaan di sini.

Ada ramai tokoh ilmuan Islam yang merupakan pakar astronomi.

Antara tokoh ulung ilmu falak Islam adalah Al-Khawarizmi yang menyumbang kepada jam matahari dan astrolab.

Apa Aktiviti Boleh Buat Di Sini?

Ada aktiviti malam dan aktiviti siang yang boleh dibuat di sini.

Aktiviti Siang

Lawatan Galeri Balai Cerap

Lawatan Galeri Interaktif

Tayangan Planetarium

Tayangan 3D

 

Aktiviti Malam

Lawatan Galeri Balai Cerap

Lawatan Galeri Interaktif

Cerapan Langit Malam

 

Sempat den berlama-lamaan tengok nelayan menangkap ikan guna alat cerapan ni.

Disebabkan datangnya waktu siang, makanya memang nampak pemandangan je la.

Kalau hendak tengok bintang berkilauan buruj bagai, kena la datang waktu malam.

Tetapi aktiviti waktu malam ni kena berhubung dengan Balai Cerap untuk dapatkan maklumat lanjut.

Memang awesome pusat pelancongan islam dan sains astronomi ni.

Macam-macam ada.

Den tak tau pun kita orang awam boleh masuk dalam Balai Cerap Al-Khawarizmi.

 

Waktu Operasi, Harga Tiket dan Lokasi

Waktu Operasi adalah Isnin hingga Sabtu (9.30 pagi - 4.30 petang).

Ahad ditutup.

💰Harga tiket in sya Allah harga mampu milik untuk seisi keluarga.

💰Aktiviti Siang: Dewasa RM7 Kanak-Kanak RM2

💰Aktiviti Malam: Dewasa RM7 Kanak-Kanak RM2

💰Treasure Hunt: Dewasa RM2 Kanak-Kanak RM2

 

Lokasi

 

Kome yang boleh juga minta Bahagian Falak Syarie untuk membuat semakan, penentuan dan pengesahan arah kiblat di rumah atau premis awam (RM100) dan premis swasta (RM200).

Untuk maklumat lanjut, kome boleh layari media sosial berikut:

Website: www.muftimelaka.gov.my

Telefon: 06-3842148 (Balai Cerap)

 

Jom kome datang ke Balai Cerap Al-Khawarizmi Melaka di Masjid Tanah.

In sya Allah den hendak bawa anak-anak den datang ke sini satu hari nanti.

 

 

0 Comments