Tempat Makan Sedap Perak 2024 The Salmah by Salmah Kopitiam, Ipoh, Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Kita telah memasuki separuh bulan Ogos 2024.
Semoga yang molek-molek untuk kita semua ye.
Marilah sambung cerita tentang tempat makan sedap di Perak sempena Visit Perak 2024.
Eceh😅.
Den ternampak ada orang kongsi tentang makan-makan di The Salmah by Salmah Kopitiam, Ipoh ni.
Biasalah den asal dengar tempat makan sedap terkinja-kinja hendak pergi.
Walaupun paras kolesterol tidak mengizinkan sebenarnya.
Tetapi tetap la tidak sedarkan diri ye.
Disebabkan sesi berjimbaan ke Ipoh kebiasaannya berlaku pada hari minggu, makanya perlu bertabah untuk makan di tempat viral.
Rezeki kami masa sampai ada tempat duduk kosong.
Cumanya tidak dapat duduk di kawasan lapang.
Yang penting kita dapat duduk dengan cepat kan?
Menu
Ada aneka menu masakan tempatan dan barat di sini.
Memang agak rambang mata sebab semua menu menggiurkan.
Memandangkan perut manusia ni setakat mana je la pun boleh makan, makanya kenalah sedar diri ye.
Kami pesan 7 menu makanan.
Kami ambil air free flow (kopi, teh, kordial oren dan strawberry ke jambu ye lupa dah😅 dan air kosong).
RM3 seorang untuk air free flow ni.
Memang berbaloi la untuk kitaorang yang sakan minum air ni.
Ada je air kopi hipster yang kome boleh pesan.
Apa Kami Makan
Seperti biasa kami tidak bisa menunggu semua makanan yang dipesan sampai untuk diambil gambar berkumpulan😅.
Konsep kami kebiasaannya adalah kita makan dulu apa makanan apa yang sampai.
Jadinya gambar makanan adalah secara individu ye.
Makanan tempatan yang kami makan adalah laksa Johor, cekodok dan lempeng.
Makanan barat pula adalah big breakfast, French toast, meatball dan scone.
Semua makanannya secukup rasa dan sedap pada tekak kami.
Setiap makanan diberi markah oleh anak-anak den.
Dalam 7 - 9 dari 10 markah untuk setiap satu makanan deme bagi.
Laksa Johor
Kuah pekat ada rasa ikan, lengkap semua sayur dan rencahnya.
Tidak begitu pedas jadinya budak-budak macam anak den yang tidak makan pedas pun boleh makan.
Cekodok
Pasti kome pelik kenapa la pesan cekodok kan sebab boleh buat sendiri kot dekat rumah😅.
Begitulah kami.
Cekodok garing di luar, lembut di dalam.
Boleh rasa pisangnya banyak.
Tidak makan minyak.
Lempeng
Keluarga den musykil kenapa pergi ke mana-mana den suka betul makan lempeng😅.
Den sedang di dalam fasa hendak cuba semua lempeng yang den jumpa.
Lempeng biasa cicah sambal di sini bagi den sedap untuk tekak den.
Biasa la orang tua😅.
Big Breakfast
Di samping hantu lempeng, den juga peminat tegar big breakfast😅.
Lengkap ada omellete, sosej, baked bean, kentang, salad dan roti.
Kalau tanya den, antara 7 menu yang kami makan, big breakfast ini adalah chef’s kiss.
Ini untuk den la tau.
Meatball
Surprisingly den rasa meatball di sini lebih sedap dari meatball IKEA.
Meatball nya kurang urat yang boleh terlekat-lekat di celah gigi.
Untuk orang tua macam den yang gigi pun udah semakin kurang kekuatan, penting untuk makanan tidak selalu terlekat di antara gigi.
Kentang putarnya pun molek untuk tekak kami.
French toast
Ini makanan yang mula-mula sampai di meja kami.
Sakan anak den mengutip makan strawberry tidak sempat den rasa barang seketul pun.
Potongan buah-buahan segar dengan roti telur dibakar molek memang ngam sebagai pembuka selera.
Scone
Den juga sedang di dalam fasa mesti hendak cuba makan scone kalau ternampak ada di dalam menu😅.
Sedap aje scone di sini dan tidak pecah bila dipotong tetapi masih belum boleh menandingi scone di Cameron Highland.
Mungkin sebab persekitaran sejuk kot ye di Cameron tuh.
Secara kesimpulannya, memang mantap berbaloi ada rasa makanannya mampu milik begitu di The Salmah by Salmah Kopitiam, Ipoh ini.
Suami den cakap ‘nanti kita boleh datang makan di sini lagi’.
Siap cakap nanti boleh bagitau konco-konco di Selangor singgah makan sini kalau berjalan-jalan ke Ipoh.
Ini maknanya makanan di sini memang awesome sebab jarang-jarang benar dia hendak cakap macam tuh.
Lokasi dan Waktu Operasi
The Salmah by Salmah Kopitiam ni terletak di kawasan perumahan lama.
Kedainya merupakan rumah banglo.
In sya Allah ada ruang di tepi jalan untuk meletakkan kereta.
Kawasan di sini adalah English vibes dengan menunya, kerusi mejanya, hiasannya, dsb.
Memang santai aje makan di sini ye.
Waktu operasi adalah Selasa - Ahad.
Isnin tutup ye.
Ada 2 waktu operasi ye.
Brunch 8 pagi - 12.00 tengahari.
Makan malam 6 petang - 10 malam.
Boleh tengok media sosial mereka untuk maklumat lanjut ye.
Instagram: https://www.instagram.com/the_salmahcafe
In sya Allah kami akan datang lagi makan ke sini suatu hari nanti apabila ke Ipoh.
Kome jangan lupa datang makan di The Salmah by Salmah Kopitiam ni kalau kome ke Ipoh ye.
In sya Allah berbaloi-baloi.
Selamat makan sedap di Ipoh ye.
Take care semua.
4 Comments
Saya nak masuk group orang tua. Nak makan lempeng heheee.
ReplyDeleteHehhehehe dia tuh muda lagi tapi lempeng memang sedap😋
DeleteWaalaikumsalam... Khabar baik aja di sini :D
ReplyDeleteSaya kalau bawa anak2 mmg akan pilih air flow tu jugak.. sbb budak2 mmg banyak minum hahahaa.. senang dan murah hahah.. btw best tgk suasana the salmah by salmah kopitiam
Kan kalau bawa budak-budak yang kerojenya minum air berkoyan-koyan maka molek la kita ambil yang free flow tu
Delete