Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali kita ke segmen marilah kita makan secara berleluasa sambil memejam mata terhadap tahap kolesterol dan gula yang semakin mendebarkan😅.

Kali ini kita ke episod kedai makan awesome di Batu Gajah, Perak.

Eceh😅.

Kami terjumpa kedai makan Cinta Alam Seri Jaya secara tidak sengaja semasa sesi merayap-rayap di sana sini sempena Visit Perak 2024😅.

Kepelbagaian menu yang ada rasa kena dengan tekak kami.

Makanya kami telah menjamu selera di sini sebanyak 2 kali pada tahun 2024 setakat sehingga Ogos 2024 ini.

 

Menu

Konsep kedai makan Cinta Alam Seri Jaya ini adalah ala-ala medan selera.

Sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai pengusaha gerai makan yang menawarkan pilihan menu makanan yang berbeza.

Eh ayat gomen sudah keluar 😅.

Ada pelbagai menu masakan tempatan dan barat di sini.

Sakan berjalan dari satu gerai untuk pilih menu yang berkenan di hati.

Rambang mata pun iya juga.

Ada lebih kurang 12 gerai di sini.

Ada gerai air, nasi arab, makanan laut bakar, shell out, goreng-goreng, nasi arab, makanan barat, yong tau fu, roti john, kuih tradisional (cucur udang, lempeng, dsb) dan macam-macam lagi.

Macam-macam ada kan?

Jadinya den sarankan bagi kome yang pertama kali datang ke sini sila ronda-ronda ke semua gerai sebelum pilih hendak makan apa ye.

 

Apa Kami Makan

Den kumpulkan semua menu yang kami makan setakat 2 kali kami berkunjung di sini.

Seperti biasa gambar makanan kami majoritinya adalah dalam bentuk individu😅.

Gambar pun asal ada begitulah.

Itu pun sebab hendak dimasukkan ke dalam blog.

Kalau kami makan di tempat yang memang den tidak rasa hendak dikongsikan di dalam blog, memang kami makan terus tanpa mengambil sekupang gambar pun😅.

Makanan tempatan yang kami makan adalah nasi putih + roti + sup kambing, cucur udang, lempeng pisang, nasi goreng ayam dan kerang bakar.

Makanan barat pula adalah kentang goreng dan popcorn ayam.

Semua makanannya secukup rasa dan sedap pada tekak kami.

Makanya in sya Allah kami akan ulang makan di sini buat sekian kalinya nanti😅.

Banyak lagi menunya yang kami belum cuba.

Tetapi menu yang paling den berkenaan dooh sampai den makan 2 kali di sini adalah sup kambing dia.

Makan dengan nasi pun enak.

Cicah dengan roti pun sedap.

Penuh lemak, likat memikat.

Ini memang ubat terbaik untuk kolesterol😅.

 

Persekitaran Tradisional dan Santai

Persekitaran kedai makan Cinta Alam Seri Jaya memang ala-ala berada di perkampungan tradisi Melayu begitu.

Dengan semua binaan tempat makan dan gerai daripada kayu.

Binaan surau pun daripada kayu dan papan.

Siap tingkap dengan langsir versi 80an yang berenda-renda begitu.

Ada hiasan basikal lama dan tempayan.

Memang molek banget untuk bergambar berOOTD di sana sini.

Tetapi begitulah…..

Mana maunya deme ni hendak melayan den bergambar biar sekupang pun.

Pasrah aje la ye.

 

Lokasi dan Waktu Operasi

Cinta Alam Seri Jaya ni terletak di betul-betul tepi jalan besar.

Tempat letak kereta pun banyak.

 

Waktu operasi adalah Selasa - Ahad.

Isnin tutup ye.

Dia buka 6 petang - 11.30 malam.

Datang lepas Maghrib sedang elok sebab semua gerai sakan beroperasi masa tuh.

 

In sya Allah kami akan datang lagi makan ke sini suatu hari nanti apabila di Batu Gajah.

Kome jangan lupa datang makan di Cinta Alam Seri Jaya ni kalau kome ke Batu Gajah ye.

In sya Allah berbaloi-baloi.

Selamat makan sedap di Batu Gajah ye.

Take care semua.

 

0 Comments