Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini semua disebabkan pengaruh KDrama.

Tengok makanan deme macam sedap-sedap jadinya teruja hendak cuba.

Ternampak ada orang kongsi pasal makanan Korea di Kor.B ni.

Yang buat den tertarik adalah sebab setiap makanan di dalam mangkuk yang kecil.

Jadinya boleh la cuba makan banyak jenis makanan Korea sekali hadap begitu.

Harga semangkuk kalau tidak silap den bermula dari RM2.90.

Real Korean food in mini bowls katanya.

Konsep ala-ala Boat Noodle begitu.

Tapi den belum pernah la makan Boat Noodle😅.

Bila konsepnya macam ni kita boleh rasa pelbagai menu pada satu-satu masa.

Kalau hendak makan seorang pun boleh aje.

 

Pilihan Menu

Apa pelbagai jenis pilihan menu.

Ada Tteokbbokki, Kimchi Fried Rice, Fried Chicken, Boneless Chicken, Ramen, Onion Pancake, Bimbimbap dan macam-macam lagi la.

Bisa rambang mata ye sebab macam-macam ada.

Setakat yang menu yang den pernah makan kena la dekat tekak den.

 

Kami Makan Apa

Den telah datang makan di sini sebanyak 3 kali pada tahun 2024 ni.

Kalau den datang banyak kali tuh maknanya memang berkenan dooh la kisahnya.

Pertama kali den datang makan dengan 2 orang ex-anak buah yang meninggalkan ofis setelah mendapat peluang peningkatan kerjaya.

Eceh ayat gomen sudah keluar😅.

Kome nengok la sakan kami makan ye.

Macam-macam menu kami cuba.

Snow ice cream ke apa namanya ni memang kome kena makan sebab sedap teruk
Jajangmyeon - ini selalu ada dalam KDrama. Makan dengan lobak jeruk kuning memang mengancam
Telur gulung
Gimbap
Bibimbap daging

Kemudiannya bulan depannya den bawa anak-anak pula makan di sini.

Den lupa nama apa ni Bulgogi ke apa tak ingat

Kali terakhir den makan di sini adalah pada akhir Julai lepas.

Masa tuh den ada mesyuarat 1 hari suntuk di Cyberjaya.

Dapat je surat arahan kena pergi mesyuarat terus je den rancang hendak makan di sini.

Orang patutnya hadam la pasal intipati mesyuarat kan😅.

Sanggup ye den naik grab dari tempat mesyuarat untuk luncheon sorang-sorang di sini.

Makan seorang pun boleh tahan menu yang den pesan.

Makan seorang dan habis semuanya lepas tuh terpana kenapa semakin membulat

Itu pun sebab mengejar masa hendak kembali ke mesyuarat.

Kalau santai-santai je mau den makan banyak lagi ni😅.

 

Kebanyakan makanan bermula dari RM2.90 semangkuk.

Snow ice cream tuh kalau tak silap den dalam RM6.90 ke RM8.90 lupa sudah.

Cuma harga air dia memang akan mendebarkan.

 

Persekitaran dan Vibes Restoran

Restorannya memang vibes Korea la ye udah restoran Korea.

Kita menjamu selera tuh sambil ditemani oleh alunan lagu-lagu KPop.

Gambar-gambar kumpulan KPop macam BTS dan Black Pink menghiasi dinding restoran.

Tak tau la ye Suga akan tarik diri atau dibuang dari BTS pasal kes dia naik skuter eletrik lepas mabuk

Restoran bersih dan kemas.

Tidak lama menunggu makanannya.

Dalam 10 - 15 minit biasanya semua makanan yang dipesan sampai di meja.

Restoran molek sesuai untuk sesi lepak bersama keluarga dan teman-teman.

 

Lokasi dan Waktu Operasi

Restorannya terletak di Shaftsbury Square.

Banyak kedai menarik di sini sebenarnya.

Tapi den belum sempat merayap di sini.

Setakat tiga kali den makan di Kor.B ni memang tidak singgah ke mana.

Mungkin lain kali bila makan di sini den boleh merayap di sini.

Restoran beroperasi setiap hari 11 pagi - 10 malam.

 

Kalau kome tersinggah di Cyberjaya bolehlah cuba menjamu selera di sini.

Cuma restoran ini belum mendapat sijil Halal ye.

Ianya muslim-friendly dan semua pembekal bahan mentahnya ada sijil Halal.

So terpulang pada kome sesuai ke idok makan di sini ye.

 




0 Comments