Resensi Buku Sepetang di Jakarta oleh Ahmad bin Abdul
Saya sakit kepala kerana kepala terhantuk di palang pondok pengawal.
Nasib baik kepala saya tidak benjol, cuma ada konkusi, keretakan tengkorak dan hampir-hampir hilang ingatan.
Tajuk: Buku Sepetang di Jakarta
Pengarang: Ahmad bin Abdul
Mukasurat: 142
Sumber: Pinjaman dari PPAS Shah Alam
Kisah penulis bersama dua orang rakannya, Farid dan Haji berjalan di Jakarta Selatan selama 4 hari 3 malam asbab 2 orang sahabatnya itu hendak melihat persembahan kumpulan idol JKT48 (Jakarta 48).
JKT48 ini merupakan cawangan idol paling terkenal di Jepun iaitu AKB48 (Akihabara 48).
Sesi berjimbaan deme bertiga ini disantuni oleh 2 orang kawan penulis, rakyat tempatan Jakarta.
Ini buku bacaan santai yang buat den tersenyum dan tergelak.
Udah la baca dalam ETS yang berenyut manusia tu😅.
Sejenis buku boleh baca sekali hadap.
Dia jadi kelakar sebab macam-macam deme lalui sepanjang di Jakarta daripada jalan macet banget, mencari tempat makan yang semua orang setuju (bukan warung tepi jalan tetapi tak nak mahal sangat), seorang kena sakit gout, etc.
Sejenis bacaan yang tidak perlu fikir apa, buat kita tersenyum dan boleh dihabiskan dalam tempoh tidak sampai 2-3 jam ini sesuai untuk mereka yang di fasa reading slump macam den ni ha.
Selepas membaca buku Sepetang di Jakarta ini, den sambung baca 3 buah buku lagi karya penulis ini iaitu Sepetang di Busan, Sepetang di Haeundae dan Sepetang di Tokyo.
Tinggal hendak mencari buku Sepetang di Kyoto dan Sepetang di Gwangju.
2 Comments
mee udang banjir kat Kuala Sepetang pon sedapp jugak 😜😜
ReplyDeleteItu memang tempat wajib singgah😋
Delete