Janji Tinggal Janji
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post terakhir di bulan Ogos 2024 ini diakhir dengan kisah janji tinggal janji.
Cerita den dan buku.
Kisah yang tidak akan pernah berakhir.
Chewah😅.
Sebenarnya den berhasrat untuk berhenti seketika dari meminjam buku dari perpustakaan.
Sebab vibes akan berlakunya reading slump semakin kuat rasanya.
Ada 4 buah buku yang den pinjam daripada jiran si konco ulat buku yang masih tidak terbaca.
Ada tersusun berjujuk buku di rak yang den berhasrat dapat dibaca pada tahun 2024 ini.
Ada buku di dalam kotak yang masih den belum berkesempatan hendak buka.
Jadinya den berjanji dengan diri sendiri untuk membaca semua buku di atas sebelum meminjam semula buku di perpustakaan.
Tetapi itu la kalau cerita buku ni biasanya janji tinggal janji.
Janji hendak tengok-tengok je buku di pesta buku tetapi akhirnya terbeli.
Janji hendak browse je website BookXcess tetapi terbeli jua akhirnya.
Janji hendak singgah tengok je kedai buku yang kebetulan dekat je dengan kedai makan, alih-alih eh terbeli.
Janji hendak teman kawan je beli buku tapi terjebak juga.
PPAS Shah Alam
Sama la macam kes Jumaat lepas.
Semasa waktu rehat konco si ulat buku ajak temankan dia pulangkan buku di PPAS Shah Alam.
Udah tersampai di PPAS makanya kita tengok-tengok la buku.
Eh terjumpa pula sebuah buku yang selama ini den berangan hendak baca.
Lepas tuh terfikir eh tak kan la hendak pinjam sebuah buku je kan?
Sayang la pula datang ke PPAS hendak pulangkan sebuah buku sahaja nanti.
Sudahnya berakhir dengan pinjaman 6 buah buku 😅.
Haish.
Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Sabtunya den teman konco si ulat buku yang sama ke Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
Masalahnya di sini adalah pilihan bukunya banyak gila kalah pilihan buku di PPAS Shah Alam.
Konco si ulat buku yang rambang mata tengok buku di library PJ ni
Serious awesome perpustakaan ni.
Dah la ada pokok saga di luarnya.
Sempat kutip biji saga. Lama tak jumpa biji saga ni.
In sya Allah den ceritakan dalam post yang akan datang ye.
Terjumpa pula buku yang den dalam wishlist untuk dibaca di sini.
Makanya terjebak la terpinjam 5 buah buku di sini pula😅.
Buku yang dipinjam bersama biji saga yang dikutip😅
Bibliophile Bookstore
Eh kisah janji tinggal janji ni masih belum berakhir😅.
Selepas sakan rambang memilih buku untuk dipinjam udah kelaparan pula.
Konco si ulat buku teringin hendak makan ayam gepuk.
Makanya pergi la makan Ayam Gepuk Pak Gembus Petaling Jaya.
Sekali eh lepas makan bila google tengok Bibliophile Bookstore 2.5 km je dari kedai makan.
Makanya ayuh la kita ke sana kerana konco si ulat buku memang ada hendak beli buku Andai Kucing Hilang di Dunia.
Udah sampai tak kan la hendak duduk sahaja kan.
Makanya dalam pada dok tengok buku-buku terpakai yang turut dijual di situ, eh terpaut hati pula pada sebuah buku.
Harga pula RM8.
Makanya terlerai lagi janji tidak mahu beli apa-apa.
Jadi begitulah ceritanya janji tinggal janji.
Dalam masa 2 hari, den telah pinjam 11 buah buku dari 2 buah perpustakaan dan membeli sebuah buku terpakai dari kedai buku.
Semoga den dapat baca kesemua 11 buah buku ini dalam tempoh 45 hari yang mendatang😅.
4 Comments
mujurlah saya pemalas... sebiji buku ambil masa 3 minggu untuk habis. jadi memang suami tetapkan undang undang habis baca baru beli lagi... Kalau tak memang melonggok la buku tak berbaca kat setiap penjuru rumah..
ReplyDeleteHehehehehhr memang dok menahan diri sebenarnya dari membeli buku😅
DeleteOrang yang rajin membca buku semakin kurang di dunia ini...semoga mereka yang rajin membaca buku terus diberi limpahan ilmu agar menjadi oenerang kehidupon
ReplyDeleteAminnnn. Semoga semua yang suka membaca dikekalkan semangat membacanya
Delete