Chalet Menarik Kuala Kangsar 2024 Pengalaman Menginap 2 Hari 1 Malam di Kabin DuKati, Kuala Kangsar, Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat ye.
Kita sambung cerita berjimbaan di Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 ye😅.
Kali ini den hendak berkongsi cerita pengalaman den sekeluarga menginap selama 2 hari 1 malam di Kabin Dukati, Kuala Kangsar, Perak.
Letak la gambar tuan tanah kedaung ye |
Tidak rancang pun hendak ke sini.
Alih-alih masa tengok media sosial ternampak Kabin Dukati ni.
Eh macam comel.
Ada anak sungai belakang chalet.
Harga macam okay.
Maka moh la kita.
Begitulah gaya hidup den….asal boleh begitu😅.
Kabin Du’Kati
Ada 3 chalet berbentuk A di Kabin Dukati.
Ada juga sebuah rumah Hobbit di sini.
Vibes English country side begitu❤.
Nama chalet kami Qhaleeq.
Den suka banget chalet ni.
Bersih, kemas dan semua kelengkapan asas ada tersedia.
Yang istimewanya chalet ni ada tingkat atas.
Budak-budak tidur dekat atas ni walaupun den dok risau depa takut deme jatuh tergolek ke bawah sebab masing-masing tidur lasak😅.
Barang-barang dalam chalet termasuk hiasan memang English vibes.
Di tingkat bawah ada katil saiz Queen.
Di tingkat atas atas 2 tilam single.
Tersedia sofa, peti ais mini, kettle, pinggan mangkuk sudu semua ada.
Bilik air pun bersih siap ada pemanas air.
Ada biskut dan air mineral.
Semua enjoy lepak dekat chalet ni.
Hendak pergi Netherlands entah bila kan.
So dapat berehat di chalet vibes Eropah di Kuala Kangsar pun udah cukup bersyukur begitu.
Persekitaran Kawasan
Cafe Dukati comel yang ada di sini beroperasi setiap hari kecuali Isnin.
Masa kami menginap di sini cafe ini tidak sempat makan di sini sebab kami check in Ahad petang dan check out Isnin pagi.
Tempat ni awesome sebab pemandangannya, kawasan hijau, banyak pokok bunga, ada anak sungai kecil dan tenang persekitarannya.
Memang sesuai untuk bersantai dan healing.
Hendak OOTD pun bisa cuma itu la macam den ni tiada siapa hendak layan bergambar😅.
Kelihatan rumah Hobbit di hujung sebelah kiri |
Pemandangan depan chalet |
Sekupang dua gambar yang sempat diambil |
Anak Sungai Kecil di Belakang Chalet
Anak sungai kecil di belakang chalet merupakan USP chalet ini.
Walaupun anak sungainya cetek paras betis tapi anak-anak den gembira dah dapat bergelinjang mandi di sini.
Sampai kecut-kecut badan deme mandi.
Tipu betul kamera ni. Nampak flawless muka den😅. Mujur bawa topi ye sebab panas lit lit. |
Penunggu setia tepi sungai sambil membaca buku |
Sakan deme menyelam bagai. |
Buku yang berjaya dihabiskan dalam masa 3 jam sebab menunggu deme mandi sungai |
Sakan deme mandi di sini dari lepas kami check in sampai 6.30 petang.
Esoknya lepas breakfast sambung mandi lagi sampai check out.
Isunya den la yang kena teman deme mandi.
Bertunggu tangga la den di tebing sungai tuh ha.
Den membaca buku sambil merendamkan kaki dalam anak sungai.
Lepas tuh melayan kiddos kutip batu sungai bagai.
Begitulah tugasan emak-emak ye😅.
Lokasi dan Harga
Lokasi Kabin Dukati ini ke dalam sedikit.
Kalau hendak membeli makanan memang kena keluar naik kereta.
Chalet yang kami duduk tuh RM150/malam.
Kome kena tempah awal untuk menginap di sini ye sebab penuh sokmo dia.
Untuk maklumat lanjut tentang Kabin Dukati, kome boleh layari:
Facebook: https://www.facebook.com/kabindukati/
Instagram: https://www.instagram.com/kabin_dukati/
Tik Tok: https://www.tiktok.com/kabindukati/
In sya Allah mungkin satu hari kami akan kembali ke sini sebab tidak sempat breakfast di sini hari tu😅.
4 Comments
Tempat yang menarik dan cukup unik...memang layan bawa ahli keluarga terutama anak-anak yang suka bermain air
ReplyDeleteBudak-budak yang gembira pegi berjalan-jalan tempat macam ni
Deletemenarik kabinnya dan kawasan sekitar. Boleh la masuk list untuk tahun tak tahu bila lagi...hehehe
ReplyDeleteHa kita sediakan list kot2 ada rezeki untuk pergi tempat2 yang kita berkenan kan
Delete