Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Semenjak dua kala ini rajin pula den berjimbaan di Perak.

Ini adalah bagi menyahut promosi Tahun Melawat Perak 2024.

Eceh😅.

Biasanya den ada urusan di Perak.

Apabila berkesempatan den selitkan sesi berjimbaan begitu.

 

Den udah lama kepingin hendak menjejakkan kaki di Hutan Paya Laut Matang atau turut dikenali sebagai Matang Mangrove Forest Reserve (MMFR).

Kalau hendak diikutkan den udah makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang sepelaung dari MMFR lebih daripada 5 kali.

Tetapi asyik tidak berkesempatan ke MMFR kerana mengejar masa, hujan lebat dan MMFR ditutup untuk kerja-kerja penaiktarafan.

Alhamdulillah akhirnya ada rezeki hendak berjalan di sini.

Kalau hendak diikutkan ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini.

Tetapi mungkin sebab kami datang seusai hujan baru berhenti dan udah petang banget, makanya kami dapat masuk percuma.

 

Latarbelakang

Kalau ikut maklumat di laman sesawang Jabatan Perhutanan, MMFR ini terletak di dalam Hutan Simpan Jebong.

MMFR merupakan hutan simpan bakau terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih 40,000 hektar.

 

Aktiviti Boleh Dibuat di MMFR

Tempat macam ni memang temanya alam sekitar ye.

Bersantai-santai berjalan di atas titian laluan berkayu atau boardwalk.

Sambil berjalan ni dapat tengok pelbagai spesies pokok bakau yang ada di sini.

Bird watching pun boleh.

Ada pelbagai fauna juga macam ikan belacak, ketam nipah, biawak, burung, monyet di sini.

Terdapat sebuah pusat penerangan tetapi masa kami pergi ianya tutup.

Pusat penerangan yang tutup masa kami pergi

Kalau diikutkan pada peta lakar kawasan ini, ada tapak perkhemahan.

Ada lebih kurang 4,5 buah chalets di sini.

Ada sebuah dewan terbuka juga di sini.

Tetapi den tidak menyiasat untuk sewaan berapa bagai.

Meniti Laluan Berkayu

Den dan anak-anak den berjalan santai melenggang bak itik pulang petang di sepanjang laluan kayu yang tersedia di situ.

Den memang suka aktiviti berjalan-jalan menghirup udara segar.

Masa kami berjalan di sini hanya ada keluarga 4 beranak yang turut sama menghayati keindahan pokok bakau di sini.

Ayat gomen poyo nak mati tak tau kenapa😅.

Maklumat Flora dan Fauna

Papan maklumat tentang paya bakau, flora dan fauna ada disediakan.

Cuma itu la ada yang udah terpleot jatuh dan ada yang telah pudar.

Ini perkara biasa bila terdedah kepada panas dan hujan secara berterusan.

Bukan di MMFR sahaja perkara ini berlaku, ada beberapa tempat lain yang den pernah pergi pun sama.

Tidak pasti tiada ke inovasi papan maklumat yang boleh bertahan lama kalis panas dan hujan.

Mungkin ada gamaknya ye cuma mungkin kosnya agak tinggi sampai langit ketujuh.

Walaupun ada papan maklumat yang terpleot, maklumat yang dipaparkan masih dapat dibaca.

Den tak tau orang lain berjalan di sini berapa lama.

Kami menghabiskan masa dalam hampir 1 jam 15 minit rasanya sebab anak-anak den membaca semua maklumat yang depa temui.

Sampai melutut membaca maklumat sebab papan maklumat udah jatuh dari tempat pemegang
Bersedialah dengan soalan-soalan KBAT nya selepas ini ye

Sementara mereka hendak berjalan dengan kita dan membaca maklumat ilmiah, kita layankan aje la ye walaupun sebenarnya dalam hati den terkinja-kinja hendak bertanya ‘apa yang kome baca lama sangat ni’😅.

Anak den yang bongsu tuh sejenis spesies lepas membaca sesuatu maklumat, dia akan hadam dalam kepala dan akan tanya soalan berkaitan apa yang dibaca.

Soalan-soalannya itu kadang-kadang macam tahap KBAT😅.

Dia lupa gamaknya mama dia banyak sudah sel-sel yang tidak terhubung😅.

 

Flora dan Fauna

Pokok-pokok bakau ada ditandakan namanya.

Cantik tempatnya kalau hendak bergambar sakan sebab kombinasi warna hijau dan coklat.

Cumanya bila berjalan budak-budak ni memang gambarnya sekupang dua sahaja.

Kata deme ‘sudah la mama ambil gambar’😅.

Begitulah bila anak-anaknya superheroes😅.

Kami ternampak ikan belacak yang besar.

Den rasa ini ikan belacak paling besar den pernah tengok setakat ini.

Tengok ikan belacak ini pun ambil masa 10 minit ye.

Bila ikan belacak tu bergerak seinci pun deme punya teruja tuh gegak gempita sungguh😅.

Den layankan aje la.

Tengok ketam nipah pun deme teruja.

Rezeki ada banyak ketam nipah di sana sini walaupun saiznya comel-comel aje.

Kami sempat nampak monyet, burung dan biawak.

Sepanjang berada di sini memang boleh dengar bunyi burung berkicau.

 

Chalets, Dewan dan Kemudahan Lain

Ada dalam 4,5 buah chalets di MMFR ni.

Cantik chalets kayu berbentuk A ni.

Untuk pencinta alam semulajadi boleh la menginap di chalets ini ye.

Cumanya kalau kita je satu keluarga menginap di sini macam mencabar juga la ye di waktu malam😅.

Chalets ini terletak betul-betul di tepi Sungai Sepetang.

Ternampak kelibat bot dan sampan di sungai masa kami di sini.

Den tidak menyiasat pakej penginapan chalets di sini samada ada disediakan pakej aktiviti sekali ke macam mana.

Tersedia juga sebuah dewan terbuka.

Dewan terbuka yang boleh tahan besar

Ada tandas disediakan di MMFR ni.

Cumanya den tidak masuk menggunakannya sebab masa sampai kawasan chalets itu udah hampir pukul 6 petang.

Tiba-tiba aje macam terasa seram sejuk pula.

Makanya mari la kita mencari jalan keluar begitu.

Bila udah tua ni memang cepat benar kecut perut walaupun tiada apa pun.

Lepas tuh lagi berangan hendak solo travel merayap merata ye😅.

Masa kami berjalan 1 jam lebih di sini, tidak pula kami digigit nyamuk atau agas walau sekalipun.

Padahal tidak pakai insect repellant ke apa.

Alhamdulillah rezeki.

 

Lokasi, Waktu Operasi dan Harga Tiket

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi - 6 petang)

Harga Tiket:

Kanak-kanak bawah 6 tahun - percuma

Kanak-kanak 6 -18 tahun - RM2

Dewasa RM5

Warga emas dan OKU - percuma

Tempat letak kenderaan seluas mata memandang begitu.

Air naik sedikit dekat tempat letak kereta sebab baru lepas hujan

Den dan anak-anak den suka berjalan di sini.

Santai melenggang kangkung begitu.

So kome jangan lupa singgah ke sini bila datang ke Kuala Sepetang ye.

Den bila pergi ke kawasan pokok bakau di mana-mana pun kadang-kadang terkenang zaman belajar di UKM.

Ada satu subjek tuh nama dia Ekosistem Terrestrial.

Memang satu semester tuh belajar pasal pokok bakau je.

Siap buat kajian di tapak di Pulau Sibu, Mersing.

Jadinya den dengan pokok bakau ni sudah berkenalan sejak 26 tahun lepas.

 

Kombinasi Tempat Lawatan di Kuala Sepetang

Sebenarnya bila datang ke Kuala Sepetang ni, boleh buat pelbagai aktiviti dalam 1 hari.

Makan di Restoran Mee Udang Mak Jah.

Beriadah di Hutan Paya Laut Matang MMFR.

Melawat Kilang Arang Kuala Sepetang.

Menyusuri Sungai Sepetang untuk melihat kelip-kelip Kuala Sepetang.

Papan Tanda Stesen Keretapi Port Weld.

Jambatan Port Weld.

Perkampung nelayan Kuala Sepetang.

 

In sya Allah den memang akan datang lagi ke Kuala Sepetang sebab sampai sekarang masih belum ada rezeki hendak makan mee udang di Kedai Mee Udang Warisan.

Papan Tanda Stesen Keretapi Port Weld, Jambatan Port Weld dan Perkampung nelayan Kuala Sepetang pun den belum jejak lagi.

 

Tahun Melawat Perak 2024

Perak ni ada banyak sangat tempat menarik untuk kita kunjungi.

Taiping sahaja ada banyak tempat lagi yang den belum jejaki.

In sya Allah den udah ada bucketlist tempat-tempat di Perak yang den ingin pergi.

Cumanya kena mengumpul duit dengan jayanya sekarang😅.

Tahun 2024 ini walaupun baru bulan Julai, cuti rehat den udah tinggal sedikit😅.

 

So moh kome kita ke Perak ye.

Hutan Paya Laut Matang MMFR ini paling kurang perlu lawat sekali dalam hidup ye.

In sya Allah awesome.



0 Comments