Resensi Buku Sweet Bean Paste by Durian Sukegawa
Buku ini antara buku yang viral dan hype pada tahun 2023.
Tajuk: Sweet Bean Paste
Pengarang: Durian Sukegawa
Mukasurat: 153
Sumber: Pinjaman dari perpustakaan mana den lupa
Kisah persahabatan Sentaro (bekas banduan yang bekerja sebagai pembuat doriyaki), Tokue (bekas pesakit kusta yang membuat inti kacang merah paling sedap) dan Wakana (pelajar sekolah menengah yang kesunyian selepas ibu bapanya bercerai).
Den tak jumpa gambar buku ni yang den ambil. So den pinjam gambar daripada GoodReads
Buku ini mengisahkan tentang stigma masyarakat terhadap bekas pesakit kusta walaupun mereka telah sembuh dan dibenarkan keluar dari pusat rawatan kusta.
Masyarakat tidak bersedia menerima mereka kembali termasuk keluarga.
Mereka tersisih dari dunia luar walaupun mereka teringin hendak menjalani hidup yang normal.
Mereka terpaksa hidup di dalam persekitaran pusat rawatan dan bertahan hidup sendiri termasuk terpaksa mewujudkan matawang sendiri untuk kelangsungan hidup.
Tokue bercerita tentang kisah hidupnya kepada Sentaro dan Wakana supaya jangan pernah berputus asa di dalam kehidupan tidak kira apa pun berlaku dan sentiasa berlapang dada menerima setiap perjalanan kehidupan kita kerana apa yang berlaku sebenarnya akan membentuk kehidupan kita yang mendatang agar sentiasa memberi manfaat kepada semua.
Bila den baca buku ni den teringat pada Pusat Rawatan Kusta Sungai Buloh.
Kalau tak silap den pernah baca mereka terpaksa bergantung kepada sistem barter untuk kelangsungan hidup.
Seperti biasa, buku daripada pengarang Jepun selalu menyentuh hati.
Mula baca buku ni semasa dalam perjalanan dari Kampung Warna Warni Arau ke Wang Kelian View Point.
Habis baca buku ni selepas lunch di Anjung Keli, Kangar.
0 Comments