Buku yang pada pendapat den perlu dibaca oleh pencinta buku.

Tajuk: The Cat Who Saved Books

Pengarang: Sosuke Natsukawa

Mukasurat: 136

Rintari Natsuki, seorang remaja lelaki hikikomori (seorang introvert yang duduk dalam dunia tersendiri, mengasingkan diri daripada dunia luar) menghabiskan lebih banyak masa dari kebiasaan di kedai buku second hand atoknya, Natsuki Books apabila atoknya meninggal dunia.

Kehadiran seekor kucing, Tiger the tabby yang boleh bercakap memaksa Rintari keluar dari kepompong kebiasaannya dengan 4 misi penting bagi menyelamatkan buku-buku:

Labyrinth 1: The Imprisoner of Books - seorang pencinta buku yang sibuk menghitung berapa banyak buku yang telah beliau baca sampai terlupa untuk menghayati kehidupan sebenar seperti kesedapan secawan teh panas sambil menghayati keindahan bunga di dalam taman.

It's all very well to read a book, but when you've finished, it's time to set foot in the world.

Labyrinth 2: The Mutilator of Books - seorang pencinta buku yang meringkaskan sinopsis buku seringkas-ringkasnya menjadi 2 patah perkataan kerana semakin ramai orang tidak mempunyai masa untuk membaca buku.

Beliau akhirnya sedar buku perlu dibaca pada pace yang tersendiri sama seolah seperti melodi muzik yang perlu dibiarkan dimainkan selayaknya tanpa fast forward.

Reading a book is a lot like climbing a mountain.

Sometimes you need to examine the same lines deeply, reads the same sentences over again.

Sometimes you sit there, head in hands, only progressing at a painstakingly slow pace.

And the result of all this hard work and careful study is that suddenly you're there and your field of vision expands.

It's like finding a great view at the end of a long climbing trail.

Labyrinth 3: The Seller of Books - seorang pencinta buku yang menjual buku mengikut kehendak pasaran bagi menjana pendapatan bukannya buku yang memberi pengetahuan, manfaat, memerlukan perbincangan, penerangan, etc.

Ia seolah-olah kita jual buku-buku genre ala-ala soft porn yang menjadi isu di Pesta Buku Selangor 2023 dan PBAKL 2024 yang lepas sebab itu yang ramai generasi BBNU dahagakan.

Keperluan untuk menghasilkan buku yang berkualiti dan memberi nilai tambah kepada pembaca.

The Final Labyrinth - jiwa buku yang patah hati kerana tidak dihargai dan dimanfaatkan seperti dahulu.

Books teach us how to care about others.

Books are filled with human thoughts and feelings.

Thanks to books, its possible to learn not only about people around us every day, but people living in totally different worlds.

Books have the power - empathy.

 

Ada beberapa tajuk buku yang lagenda disebut di dalam buku ini termasuk karya Proust.

Tidak tahu bila den mampu hendak baca buku-buku yang dinyatakan dalam buku ini huhuhuhu.

Den baru perasan yang pengarang Jepun ni bisa mengolah mundane or normal topic of everyday life to a very mesmerizing and interesting read.

Buku wajib baca kalau tanya den.


0 Comments