Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sekali tuh hendak ke Ipoh kerana ada urusan.

Udah keluar rumah terlambat bagai, maka tergedik-gedik la semuanya kelaparan.

Jadinya sebelum ada yang migraine, perut masuk angin bagai makanya marilah kita makan je dekat kedai terawal yang kita terjumpa begitu.

 

Masa tengah berhenti di lampu isyarat merah, ternampak kedai makan Sekethol.

Macam eh comel je nama kedai😅

Makanya moh la kita makan di sini.

Menu terpampang dekat pintu kaca kedai

Nampak je menu lempeng dan ubi rebus kira terus jatuh suka la😅

Tekak orang tua macam tuh la.

 

Kedai Cozy, Selesa dan Bersih

Masuk je kedai dia rasa wow comel sungguh.

Very girlie begitu🥰

Dengan kombinasi warna ungu dan merah jambu.

Ada pembahagi ruang makan berkerawang. 

Kami makan di sini

Suka sebab ada privacy bila dibahagikan ruang macam ni.

Tidak la segan kalau anak-anak den bergelinjangan😂

Tempatnya santai je.

 

Pelbagai Makanan Ada Rasa

Banyak pilihan menu.

Bisa rambang mata hendak memilihnya.

Ada makanan tradisional.

Ada hidangan nasi.

Ada makanan barat. 

Aneka pilihan mee, wantan, dimsum, roti, etc

Ikutkan hati hendak rasa macam-macam menu.

Tapi itu la kan perut kita ni selapar mana pun tak akan bisa makan banyak.

Kome tengok pilihan menu yang ada ye. 

Nih den ambil gambar menu sekupang dua je.

Untuk menu penuh, boleh tengok dekat FB dan Tik Tok deme ye.

 

Apa Kami Makan

Moh den kongsikan apa yang kitaorang makan hari tuh ye.

Tapi disebabkan semua orang kelaparan macam nak pengsan.

Makanya tidak sempat la menunggu semua makanan sampai untuk diambil gambarnya😂

Asal makanan sampai je terus makan begitu konsepnya.

Begitulah kalau berjalan dengan anak-anak ni.

Deme tidak akan faham kenapa perlu tunggu semua makanan sampai baru boleh makan😂

Jadinya gambar makanannya semua ala-ala Salman Khan di majlis kahwin anak Mukesh Ambani iaitu solo trang tang tang😂

Usah pernah berangan hendak buat food transition video ke apa ye. 

Dapat ambil gambar sekupang dua udah mujur benar😂.

 

Lempeng dengan sambal.

Ini memang menu den la ni😂

Lempengnya lembut ala-ala cair dalam mulut.

Sambalnya sedang elok pedasnya.

 

Ubi kayu rebus + kelapa + gula perang

Menu den juga ni😋😋😋

Ubi kayu lembut tidak begitu banyak serat.

Memang ngam habis cicah dengan kelapa dan gula perang.

 

Cucur Udang Kuah Kacang

Ala-ala cucur udang Padang Kota.

Eceh😅

Kuah kacang sedang elok pekatnya.

Cucur udang tidak makan minyak.

Ngam👌

 

Chicken Spaghetti Bolognese

Ini makanan kegemaran budak-budak.

Sedang elok rasanya cuma kuahnya sedikit manis.

Nasi Lemak Ayam Goreng Kruk Kruk

Kebanyakan orang Malaysia kalau tidak makan nasi sehari memang boleh pitam.

Ayam gorengnya macam mak-mak masak. 

Kena dengan tekak kami

 

Set Nasi Ikan Kembung Goreng

Asalnya hendak ambil nasi gulai ikan kembung tapi udah habis pula.

Makanya ambil la set ini.

Ikan gorengnya extra garing.

Budak-budak tidak minat ikan macam ni.

Den la makan.

Lepas tuh musykil kenapa semakin membulat.

 

Aiskrim Goreng

Dessert seketul yang dikongsi berempat😂

Jarang aiskrim tidak sedap kan.

So aiskrim ini pun sedap.

 

Semua makanannya ada rasa.

Kena dengan tekak kami anak beranak.

 

Waktu Operasi dan Lokasi

Harga in sya Allah mampu milik.

Waktu operasi setiap hari 8.30 am - 6 pm.

Lokasi

 

Facebook: https://www.facebook.com/people/Sekethol/100088577832969/?_rdr

Tik Tok: https://www.tiktok.com/@sekethol_sq

Moh kome singgah ke Sekethol ye.

 

0 Comments