Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Marilah kita sambung cerita sesi jalan-jalan cari makan Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 ye.

Eceh tu😅.

 

Dia kan kalau tempat tuh beroperasi separuh hari je memang la memerlukan kepada tahap kesabaran yang tinggi untuk macam-macam perkara.

Kalau kedai itu viral memang la lagi mengundang😅.

Bersabar mencari tempat letak kereta yang kosong.

Bersabar beratur menunggu ada meja dan kerusi kosong.

Bersabar menunggu pekerja terperasan kita melambai untuk memesan makanan.

Bersabar menunggu ketibaan makanan.

 

Lagi-lagi kalau datang masa hari minggu.

Kena bersabar kuasa dua begitu.

Tidak sesuai kalau kita tergedik-gedik kelaparan dan perlu makan dalam kadar segera sebelum kita bertukar menjadi hulk 😅.

Begitulah kalau kome datang ke Salmah Kopitiam Ipoh nih ye.

Kami pula pergi hari Ahad.

Memang perlukan kesabaran sehingga tujuh petala langit (kalau dalam komik karya Tony Wong biasa guna perkataan ni).

Memang penuh berenyut manusia ye

Menunya memang kepelbagaian biodiversiti😅.

Tetapi den tidak sempat hendak mengambil gambar menu sebab kekalutan kerana ramai orang.

Jadinya kome kena tengok sosial media deme ye.

 

Apa Kami Makan

Disebabkan semua orang kelaparan, makanya gambar makanan yang sempat diambil memang la tidak semenggah ye.

Biasa dah kome dengan konsep den asal ada gambar begitu kan😅.

Bagi kami yang jenis tidak memilih dan tidak banyak cerita, rasa makanannya sedap aje.

Mee goreng apa ni den sudah lupa nama diberi😅

Dia ala-ala macam char ketiaw tetapi mee yang digunakan lain sedikit.

Ini den paling suka.

Udang segar, rencah apa semua ngam.

Tidak pedas budak-budak pun boleh makan.

Rasanya kalau sanggup datang ke sini lagi, in sya Allah den akan makan ni lagi.

Gambar berduet dengan mee je yang ada

Nasi lemak telur mata

Ini menu untuk anak-anak den yang hendak disuruh makan pun jenuh.

Nasi lemak yang rasanya standard boleh dijumpai di kebanyakan kedai nasi lemak.

Lempeng biasa + gulai ikan kembung dan lempeng kelapa.

Ini seperti biasa menu den.

Disebabkan den memang peminat lempeng, makanya den rasa semua lempeng sedap😅.

Asal lembut, ada rasa dan kuah pula ngam, den memang gembira.

Kacang pool dan roti

Rasanya macam kacang pool yang den pernah makan di Johor.

Sedang elok untuk tekak den, tidak terlalu muak.

Cumanya lain kali tidak boleh pesan ini kerana anak-anak den tidak lalu kuah ada kacang lembik-lembik macam ni.

Udah den kena habiskan semua.

Memang selamat tinggal Romeo kepada BMI yang sesuai.

Sandwiches

Anak kedua den tuh memang ala-ala lidah omputih padahal orang Jawa je pun.

Sandwiches macam itu la rasanya.

Boleh makan ada rasa.

Teh berbuih-buih manis leting mungkin kena potong kaki ni bukan kami pesan.

Pekerja hantar air kopi o dan teh o kami di dalam dulang yang sama.

Den tumpang ambil gambar je.

Ini katanya wajib minum kalau datang makan di sini tapi itu la den tidak lalu kalau manis-manis benor ni.

 

Waktu Operasi dan Lokasi

Kedai dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 8 pagi - 12.30 tengahari.

Lokasi

 

Makanan in sya Allah ada rasa.

Harga standard kopitiam

Cuma bab kesabaran tuh perlu tinggi ye.

Moh la kome jalan-jalan cari makan di Ipoh, Perak.


 

 

0 Comments