Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat.

 

Lama betul den tidak update blog ini😅

Hampir sebulan.

Dia punya malas tuh tidak boleh dibawa berbincang.

Jenis malas terlungkup terlentang bagai.

Sibuk keroje tuh memang satu hal.

Terpesona dengan KDrama dengan sakannya pun iya.

Malas dok terklik pok klik pok pun iya.

Pendek kata serba serbi terpleot la😅

Its time to say goodbye

Macam mana minggu pertama Julai kome setakat ini?

Minggu pertama den setakat ini dipenuhi dengan agenda lawatan tapak kerja.

Rasanya setiap hari den pergi lawatan tapak.

Den suka turun ke tapak sebab banyak benda den belajar.

Paling suka tengok mereka yang terlibat dengan perkara berkaitan keterjaminan makanan (food security).

Ayat gomen habis ni😅

 

Ada yang menternak udang.

Ada yang mengusahakan tanaman kontan.

Sambil den menyiasat perkara-perkara rasmi, mereka juga berkongsi tentang isu semasa tentang kesukaran menggajikan pekerja tempatan sebab banyak cekadak.

Isu yang paling hangat sudah tentu kenaikan kos akibat peningkatan harga diesel.

Udah kenapa ayat-ayat den ilmiah benar ye😅

 

Walaupun den selalu rasa hendak bersara awal.

Tetapi terpaksa ditangguhkan kerana hutang bertingket-tingket😅

Kebanyakan masa den suka dengan kerja den.

Masa den praktikal circa tahun 2000 dan duduk di dalam makmal selama 3 bulan, den sedar yang den tidak sesuai kerja rutin sebegitu.

Jadinya den patut bersyukur sangat den dapat keroje yang boleh pergi ke tapak bagai ni.

Dapat tengok sungai yang molek-molek.

Sungai Inki semasa siasatan binaan tanpa kebenaran di atas rizab sungai

Ada rezeki berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Eceh macam YB pula ye😅

Den kena selalu ingatkan diri tentang ayat dalam surah Ar-Rahman.

Ayat yang diulang sebanyak 31 kali iaitu “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Kena banyak-banyak bersyukur den ni.

 

Yang paling awesome bila pergi lawatan tapak adalah singgah makan.

Kelmarin sempat singgah di Pantai Remis seusai tamat lawatan tapak akuakultur. 

Minum air kelapa sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa. 

Suka kelapa muda yang isinya lembut tak terpatahkan sudu untuk makannya

Eceh😅

Sepinggan kerang bakar RM17 ye sekarang.

Pengsan.

Lepas makan sambung mesyuarat di sebuah kilang berdekatan situ.

Jadinya kalau kome ternampak kenderaan rasmi jabatan di kedai makan, janganlah tuduh semberono kami mengular dan mencuri tulang ye😅

Kebiasaannya kami ada lawatan tapak, mesyuarat, dsb.

Udah buat keroje minum atau makan la sekejap begitu.

 

Sejak pertengahan bulan Jun sakan den dok terpesona dengan KDrama.

Ini sebenarnya satu kejenuhan juga sebab bila terjebak dengan fasa demam KDrama, banyak juga perkara terbengkalai terutamanya sesi membaca buku.

Tapi itu la ada 2 KDrama yang den dok berkenan sekarang ni😅

Lama tak tengok Choi Jin-hyuk dan Rain berlakon.

Choi Jin-hyuk ni dia ala-ala underdog oppa.

KDrama dia yang korang wajib tengok adalah Zombie Detective

Sejenis mamat cool suara macho tenang sokmo.

Dia dalam kategori sama dengan Jang Hyuk, Lee Min Ki dan Namkoong Min.

Asal ada nama-nama ni, den biasanya jatuh berkenaan dooh.

KDrama Rain yang terbaru ni vibes dia ala-ala Ninja Assasin sangat.

Kome kena tengok movie Ninja Assasin

Its good to see him back in action.

Lama dia terbelenggu dengan kes cukai dan saman.

 

Bulan Julai ni harapnya den dapat mula membaca buku yang berenyut-renyut itu.

Ada 6 buah buku dari Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Ada 3 buah buku dari PPAS Shah Alam.

Ada 5 buah buku yang dipinjamkan daripada jiran den.

Belum kira buku-buku den sendiri yang ada di rak buku, dalam almari, atas rak televisyen, dalam kotak, etc.

Sesi mengemas buku pun belum dimulakan lagi.

 

Hari pertama di bulan Julai den tengok movie Ultraman Rising dekat Neflix.

Melayankan anak den yang bongsu tuh la.

Masa den ternampak poster movie nih mula-mula, den dok musykil kenapa la Ultraman moden ni kurus nak mati.

Rupanya dia ikut bentuk badan hero yang memang sakan siap berpinggang ramping bak kerengga😅

Jalan cerita sempoi tetapi tetap menarik.             

Pakai kebaya pun molek ni ramping sangat pinggang

Haruskah dipertimbangkan untuk tengok Ultraman Blazar The Movie: Tokyo Kaiju Showdown di pawagam?

Ultraman ni padahal jalan ceritanya sama je la kan sejak 40 tahun lepas pun.

Ada raksasa/kaiju bermaharajalela memusnahkan bandar.

Ultraman berlawan dengan raksasa.

Ultraman menang.

Tetapi kenapa masih ada peminatnya yang tersendiri cerita Ultraman ni kan😅

 

Kelmarin jumpa seorang kawan lama untuk cop pengesahan borang anaknya.

Dia cakap makcik dia yang memang den kenal pernah makan sama bagai sedang tunggu viva thesis PhD dia dalam linguistik dan Bahasa Arab macam tuh la.

Yang buat den terkesima adalah umur Mak Anjang ni 85 tahun ye.

Macam inspiring gila.

Den ni hendak update blog pun malas.

Apa nak jadi la kan😅

Haish.

 

Macam penuh jadual den di bulan Julai ni.

Kadang-kadang elok juga bila sibuk.

Kurang sedikit ruang untuk overthinking bagai.

Bila penat letak kepala terus pengsan.

Biasa den sebelum 9.30 malam udah tidur😅

Tetapi kadang-kadang mendambakan hidup yang santai-santai.

Ala-ala a slow life.

Macam-macam la kan😅

Sementara tunggu member sampai untuk bergossip, kita buat keroje dulu

Harapnya den sihat walafiat hendak melalukan macam-macam perkara ni.

Semoga den rajin juga hendak update blog yang satu ini.

Semoga Julai 2024 kita awesome teruk ye.

 

 

0 Comments