Pengalaman Menyertai Program Percuma SingapoRewards Sustainable Walk by SingapoRewards (CapitaSpring + Marina Barrage + Garden By The Bay)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar semua?
In sya Allah tidak sampai 1 minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.
Semoga Aidiladha pada tahun ini memberikan ruang untuk kita muhasabah diri dan terus memperbaiki diri bagi menjadi umat Islam yang terbaik.
Selagi ada nyawa in sya Allah masih ada ruang untuk kembali ke pangkal jalan.
Walaupun den udah termalas sebenarnya untuk bercerita tentang sesi berjimbaan den di Selangor, tetapi moh la kita usahakan juga😅.
Sesi berjimbaan pada hari kedua di Singapura secara solo diakhiri dengan menyertai Program Percuma SingapoRewards Sustainable Walk by SingapoRewards.
Bila den tengok website https://www.visitsingapore.com masa den hendak menulis tentang pengalaman den menyertai program SingapoRewards ni, dinyatakan di website tersebut yang program ini telah ditamatkan pada 31 Disember 2023.
Lorrrrr…..
Sumpah menarik program ni sebenarnya sebab kita dapat lawatan dengan pemandu pelancong secara percuma ke tempat yang kadang-kadang kita tidak terfikir hendak pergi.
Orang yang layak sertai Program SingapoRewards adalah mereka yang datang ke Singapura dengan kapal terbang, pelawat jangka masa pendek dan tidak pernah redeem lagi mana-mana pakej SingapoRewards.
Semoga Singapura akan terbuka hati untuk melaksanakan semula program SingapoRewards di masa hadapan ye.
Ada 40 pilihan pakej dalam SingapoRewards ni untuk kita pilih.
Ada program berbasikal, bengkel buat minyak wangi, pengalaman tai chi, sarapan pagi di zoo, jejak warisan di Kampung Gelam, pelbagai jenis walking tour, sesi mengenali Changi Airport, akuarium, hiking dan lain-lain.
Setiap pakej ada tarikh dan masa tertentu serta bilangan minimum peserta yang diperlukan bagi menjayakan pakej tersebut.
Sebenarnya den pilih pakej Pearl of the Peranakan Orient: Neighbourhood Walking Tour tetapi di saat akhir pihak pengurusan SingapoRewards minta den tukar ke pakej lain sebab pakej yang den pilih itu penuh.
Jadinya pakej yang tersedia pada tarikh dan masa yang den boleh sertai adalah Sustainable Walk walaupun tempat-tempat tuh den udah pergi sendiri😅.
Dalam pakej Sustainable Walk ni dia ada tiga tempat yang kita akan pergi iaitu CapitaSpring Sky Garden + Marina Barrage + Garden By The Bay,
Den cuma tidak pernah sampai di CapitaSpring Sky Garden sahaja.
Tapi tidak mengapa sebab dalam hidup ni kita tidak dapat buat semua perkara yang dirancang.
Eceh😅.
Kita follow the flow begitu konsepnya.
Berjimbaan ni tak mau stress dan pening ye.
Kita layankan aje.
CapitaSpring Sky Garden
Lokasi pertama untuk pakej Sustainable Walk ini adalah CapitaSpring Sky Garden.
Kalau ikut mereka yang mendaftar untuk pakej Sustainable Walk ini ada 10 orang.
Tempat pertemuan adalah di depan pintu masuk Stesen MRT Raffles Place.
Tetapi selepas menunggu lebih 15 minit dari masa yang ditetapkan iaitu 3 petang, hanya 5 orang peserta yang tiba.
Jadinya moh la kita memulakan aktiviti kita sebelum cuaca berubah begitu.
Bangunannya yang kami naik ke tingkat 51 |
Dari Stesen MRT Raffles Place, kami berjalan dalam 15 minit untuk ke CapitaSpring.
CapitaSpring ini merupakan bangunan perniagaan setinggi 51 tingkat.
Terdapat 2 kawasan di sini yang dibuka kepada orang awam pada masa tertentu.
Percuma ye.
Green Oasis (Tingkat 17 - 20) dan Arden Sky Garden (Tingkat 51).
Waktu Operasi untuk akses ke kedua kawasan ini adalah:
Isnin hingga Jumaat
8.30 - 10.30 pagi dan 2.30 - 6 petang
Tidak perlu tempahan untuk datang ke sini.
Hanya perlu bertabah hati untuk beratur sahaja😅.
Disebabkan kami mengejar masa dan cuaca nampak macam ala-ala macam hendak hujan, makanya kami hanya sempat berpeleseran di Arden Sky Garden yang berada di puncak tertinggi bangunan iaitu di tingkat 51.
Maknanya kena datang lagi la ye satu hari nanti untuk ke Green Oasis pula😅.
Apa yang unik di Arden Sky Garden adalah kebun menghijau dan pemandangan bandar Singapura dari puncak begitu.
Cantik untuk OOTD.
Memang awesome bila ada angin sepoi-sepoi bahasa masa kita melepak di sini.
Ada pelbagai jenis tanaman yang boleh dimakan di sini.
Di sini juga ada café bagai tapi memang den tidak pasti la berapa harga secawan kopi O sebab tidak singgah pun ke café nya.
Yang pasti udah tentu harganya hipster kan😅?
Peserta pakej Sustainable Walk ni terdiri daripada den dan 4 orang warganegara China.
Pemandu pelancong yang mengetuai kami adalah seorang Cina Singapura.
Kalau tidak kerana den seorang Melayu di situ, bolehlah lawatan itu dilaksanakan dalam Bahasa Mandarin.
Tetapi kerana den dok tercokoh di situ, makanya lawatan ini dibuat dalam Bahasa Inggeris.
Dari kiri Makwe PhD saraf otak, den, pempengaruh, tour guide dan 2 jejak robotik
4 orang warganegara China yang menyertai pakej ini terdiri daripada:
✅Seorang pemegang PhD dalam bidang saraf otak yang datang Singapura kerana ada persidangan tentang kajian otak.
Umurnya baru 32 tahun.
Daebak kan? Umur 32 tahun udah ada PhD.
Den sakan menyembang dengan dia tanya pasal negara China, etc.
✅Dua orang jejaka berumur akhir 20an yang bekerja dalam bidang robotik.
Datang ke Singapura kerana ada kursus robotik.
Sopan naw budak-budaknya bila bercakap.
Yang seorang tuh langsung tidak berkutik.
✅Seorang gadis manis yang merupakan seorang pempengaruh.
Rasanya dalam 20an budaknya.
Tidak sempat bersembang dengan dia sebab dia sangat sibuk dengan gajet untuk mengambil gambar dan video.
Marina Barrage
Dari CapitaSpring kami berjalan semula ke Stesen MRT Raffles Place dan menaiki MRT untuk ke Marina Barrage.
Marina Barrage adalah empangan yang menjadi tempat wajib datang apabila kita ke Singapura ye.
Terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengurusan sumber air dan bekalan air apabila mereka ke Singapura.
Den telah datang ke sini 2 kali dalam lawatan teknikal rasmi pengurusan sumber air.
Orang awam boleh datang di sini dan beriadah di kawasan lapang yang terdapat di sini.
Masa kami datang ke sini, ada orang ramai sedang berkelah.
Ada yang sedang bermain layang-layang.
Ada yang sedang mengambil gambar graduasi.
Ada yang mengambil gambar pre-wedding.
Ada juga yang sedang berjogging.
Ada yang sedang bersantai melayani hembusan angin bayu.
Ramai orang sedang berOOTD.
Memang kawasan ini merupakan tempat yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Dari kawasan lapang ini, kita boleh tengok pemandangan takungan empangan.
Memang tenang dan tempat yang sesuai untuk healing.
Ada banyak aktiviti boleh buat di sini.
Garden By The Bay
Lokasi terakhir di dalam Sustainable Walk by SingapoRewards adalah Garden By The Bay yang den telah pergi di hari pertama😅.
Memang sepelaung je tempat ni dari Marina Barrage.
Jadinya kami menapak ke Garden By The Bay sambil melihat keindahan alam sepanjang perjalanan.
Pemandu pelancong memberikan penerangan tentang sejarah dan kawasan menarik di Garden By The Bay ini.
Program Sustainable Walk ini tamat dalam pukul 6 petang.
Boleh aje hendak tengok lighting show sekali lagi tetapi den mengejar masa hendak mencari tempat penginapan pada malam ini.
Makanya den terus gerak dari Garden by The Bay dalam 7 malam ke CapsulePod@AlJunied untuk ambil beg den.
Sayang pula rasanya Singapura menamatkan Program SingapoRewards ni sebab ada banyak perkara yang kita boleh belajar dan explore.
Ketiga-tiga tempat yang den pergi dalam pakej Sustainable Walk (CapitaSpring + Marina Barrage + Garden By The Bay) adalah percuma dan kita boleh pergi sendiri pun.
Boleh susun itinerari untuk ketiga-tiga tempat ini nanti ye.
Alhamdulillah tamat sudah cerita sesi berjimbaan den di hari kedua di Singapura.
In sya Allah den sambung cerita hari ketiga di dalam post akan datang ye.
Jaga diri semua.
0 Comments