Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Sekejap sahaja kita sudah masuk bulan Jun ye.

Macam dok kalut macam-macam eh udah Jun ye.

Ada banyak senarai perkara yang perlu diselesaikan sebelum masuk pertengahan tahun masih tertangguh.

Haish.

 

Bulan Jun ini istimewa sebab in sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji.

Den tumpang gembira tengok sanak saudara, kawan-kawan dan kenalan yang dikurniakan rezeki untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.

Den doakan deme semua dipermudahkan urusan, selamat semuanya dan memperoleh Haji yang mabrur.

In sya Allah semoga satu hari nanti ada rezeki kita untuk menyahut panggilan Haji ye.

 

Den ada terbaca berita dan tengok video yang dikongsikan oleh mereka yang berada di tanah suci Mekah.

Kerajaan Arab Saudi sedang gerak gempur menangkap mereka yang menunaikan Haji pada tahun ini tanpa visa haji yang sah.

Kebanyakan mereka masuk menunaikan Haji menggunakan visa pelancong.

Hukuman kalau disabit kesalahan ini adalah denda 10,000 riyal, dihantar terus pulang ke negara masing-masing dan tidak dibenarkan masuk ke Arab Saudi untuk tempoh 10 tahun.

Semoga yang molek-molek untuk jemaah Haji dari Malaysia ye.

 

Minggu pertama bulan Jun sudah awesome sebab 3 Jun (Isnin) cuti umum birthday Agong.

Den kalau bab cuti memang bahagia sungguh.

Tidak ada rancangan ke mana-mana pun.

Asalkan cuti hanya bergelimpangan di rumah tengok Neflix sambil makan jajan pun udah cukup bahagia untuk den.

 

Selagi namanya bekerja memang ada sahaja yang perlu diselesaikan.

Ada satu mesyuarat besar sebelum Aidiladha.

Pasukan den jadi urusetia.

Kita tengok nanti ada drama sinetron ke idok hehehehehe.

In sya Allah den akan kehilangan seorang anak buah yang mendapat jawatan tetap di sebuah jabatan yang lebih mantap.

Baru 1 tahun 4 bulan anak buah seorang bersama pasukan den.

Den tumpang happy dia dapat peluang kerjaya yang lebih baik.

Kena la buat agenda makan-makan bagi meraikan kejayaan dia ye tak?

Bida dan makan-makan berpisah tiada kan😅?

 

Ada beberapa lawatan tapak yang sedang dicongak tarikhnya.

Bila kita pergi tapak ni bukan sahaja kita boleh dapat maklumat yang lebih terperinci tentang sesuatu perkara tetapi ada banyak ilmu yang kadang-kadang dikongsikan.

Den suka pergi lawatan tapak sebab boleh singgah makan di tempat yang best 😅.

Dasar belalang kunyit begitulah.

Ini bukan sedang berjimba tau. Ini dalam bot untuk melihat kawasan penternakan tiram Selasa lepas. Tiada life jacket ye. Udah macam PATI ye teman ni.
Penternakan tiram ini terkesan selepas gempa bumi di Indonesia tahun lepas yang mengubah pasang surut laut di kawasan ini.

Ada beberapa buku di dalam senarai untuk dibaca pada bulan Jun ini.

Harap dapat baca lebih banyak buku selepas terhenti sejenak sejak telefon rosak hari tuh.

Apa kaitan membaca buku dan telefon?

Bila membaca den suka catit nota dan drafkan resensi bagi buku tersebut.

Ini semua den catat pada nota dalam telefon.

Jadi bila telefon rosak, semua nota yang den tidak sempat email turut terhapus jejak tanpa bisa ditemui semula.

Patah hati sebentar begitu.

In sya Allah semoga Jun ini den dapat bangun semula daripada kisah sedih itu.

 

Den juga berangan hendak menghabiskan coretan solo travel ke Singapura tahun 2023 pada bulan Jun ini😅.

In sya Allah ada lagi 4 posts yang den hendak kongsikan.

Kome doakan la den berjaya ye.

Ramai orang kata blog udah tidak relevan.

Semua orang guna Tik Tok sekarang.

Tetapi in sya Allah setakat ini den masih ingin mencoret sekupang dua di blog ini untuk kenangan den juga.

 

Semakin banyak berita kematian diterima akhir-akhir ni.

Sanak saudara, sahabat dan kenalan.

Kadang-kadang baca tentang kematian orang tidak dikenali di sosial media.

Kata ustaz berita kematian sebenarnya adalah peringatan kepada kita yang masih hidup agar sentiasa memperbaiki diri kerana mati itu adalah pasti.

Setiap hari kita semakin dekat dengan lubang kubur.

In sya Allah kita sama-sama usaha untuk menjadi umat Islam yang sentiasa berusaha untuk kembali ye.

 

Dalam masa yang sama kita usahakan menghargai kehidupan yang ada.

Because life is too short.

Kalau rasa hendak makan apa, kita makan je.

Tapi tuh la tapi karang udah kencing manis, darah tinggi bagai plak ye umur udah setengah abad ni😅.

Kalau ikutkan hati hendak je travel the world tapi itu la ye hutang bertingket-tingket, kena la keroje sampai pencen.

Kalau tidak bisa lagi travel the world, jalan-jalan cari makan di Sekinchan pun kira boleh la ye.

Kita buat perkara yang bisa bikin hati kita happy ye.

Semoga bulan Jun ini memang bulan Jun yang terbaik untuk kita semua.

Jaga diri.

 

 

0 Comments