Kalau tanya den, memang den sarankan kome baca buku yang pada den awesome teruk.

Penulisan yang begitu terperinci dan santai membuatkan perjalanan di antara negeri di sebelah utara Semenanjung Malaysia ini terasa begitu asyik maksyuk begitu.

Tajuk: My Journey by Bus

Pengarang: Lam Ching Fu

Mukasurat: 281

Sumber: Pinjaman dari PPAS Shah Alam

Penulis backpacking menaiki bas tempatan dari Kuala Lumpur - Perak - Pulau Pinang - Kedah - Perlis selama 2 bulan dari Disember 2015 hingga Februari 2016.

 

Setiap perjalanan beliau akan catatkan jenis bas (samada ada pendingin hawa atau tidak), harga tiket dan masa perjalanan diambil serta the dos and don’ts di sesuatu tempat.

Den paling suka quotes atau pertanyaan di setiap hentian/tempat persinggahan beliau.

Penulis mengembara ke kawasan roads less travel dengan menaiki bas, berjalan kaki, menaiki basikal dan menaiki motorsikal.

 

Beliau juga beramah mesra dengan penduduk tempatan, first-hand experience keramahan penduduk kampung, melihat keindahan alam, menghargai keunikan binaan bangunan bersejarah, mencuba makanan tempatan, singgah ke perpustakaan tempatan, menginap di rumah tumpangan dan hostel, merakamkan gambar kenangan, menziarah sahabat dan keluarga mereka, berkenalan dengan Orang Asli, reminiscing the good old days, etc.

Beliau juga melahirkan kerisauan pembangunan yang pesat akhirnya akan memberi kesan kepada bangunan lama, penduduk tempatan, etc yang bisa menyebabkan perkara-perkara ini tidak dapat dirasai oleh generasi akan datang.

 

Lepas baca buku udah den rasa hendak mengembara naik bas pula.

Haish😅😅😅

 

Buku travelog yang satu ini sweet sangat sebab ianya membawa kita mengimbau kenangan masa silam terutamanya bagi mereka yang lahir circa 70 an sehingga akhir 80 an.

Ini adalah perjalanan yang boleh dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia tanpa perlu mengeluarkan kos yang terlalu tinggi.

Perjalanan menaiki bas juga merupakan satu nostalgia awesome untuk den kerana den memang travelling dengan bas pada zaman den kecil sampai la den mula bekerja.

Sekarang pun sekali sekala den naik bas kalau ada program blogger yang jauh.

Sekarang ni bus journey den berkisar dari perjalanan pergi dan balik kerja menaiki Bas Selangorku😅

Mula baca buku ni semasa tunggu Bas Selangorku S03 dari rumah ke Stesen Komuter Shah Alam
Di dalam bas S03
Semasa menunggu bas S01 dari Stesen Komuter Shah Alam ke pejabat

Macam kena beli je buku ni nanti.

Harganya agak keras sedikit.

RM80 bagi sebuah buku.

Kalau den makan maggi seminggu ni in sya Allah boleh beli buku ni nanti😅.

 

Antara buku yang best den baca pada tahun 2024 ini.

 

2 Comments

  1. Best nyer buku ni.. dari bacaan di sini mmg agak details semua tentang perjalanan.. Nak beli jugak lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang berbaloi kalau dibeli bukunya. Dah ada keluar buku part 2 perjalanan di belah Timur - Pahang, Kelantan dan Terengganu. Nih saya belum baca lagi

      Delete