MacRitchie Reservoir Park - MacRitchie Nature Trail - MacRitchie Tree Top Walk - Sustainable Walk by SingapoRewards (Capital Spring + Marina Barrage + Garden By The Bay) - Changi Airport

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Masih di dalam sesi menambah berat badan sebab sakan menyantuni jemputan rumah terbuka kah?

Minggu ni sampai hari terakhir Syawal masih ada ye jemputan rumah terbuka.

Malaysia dan makan-makan memang tidak dapat dipisahkan.

 

Hawa kemalasan untuk mengupdate blog telah mula melanda.

Haish.

Sebelum terjebak dengan blog update slump, marilah kita sambung siri sinetron Bida Travel Sorang Singapura ye😅.

 

Sesi berjimbaan hari kedua di Singapura bermula dengan den check out dari Capsule@Aljunied pukul 7 pagi.

Den tinggalkan beg di ruang depan kaunter pendaftaran.

Gigih ye bila berjalan sakan boleh bangun awal ye.

Cuba hari bekerja.

Sampai 3,4 kali loceng berbunyi baru terpisat-pisat bangun😅.

Begitulah ye.

 

Den cuma bawa beg sandang kecil yang den isikan dengan air botol, tisu kering dan tisu basah.

Den terus je sarapan pagi capati dan teh o panas dekat kedai mamak dekat dengan Stesen MRT AlJunied.

 

Sayugia dimaklumkan sebelum ke Singapura, den sudah cuba buat persiapan sedaya Upaya.

Den udah cuba study route MRT dan bas di Singapura ke tempat yang den hendak pergi.

Siap baca beberapa blog bagai dengan bersungguh sampai pening kepala😅.

Tetapi disebabkan sesat barat merupakan antara salah satu keistimewaan den, maka sakan la den hendak tersesat walaupun ada Google Map ye😅.

 

Den naik MRTdari Stesen Al-Junied terus je ke Stesen MRT Caldecott.

Lupa dah den ada tukar MRT ke apa untuk sampai ke sini.

Cerita satu tahun lepas, nota pula tidak dicatat, inilah jadinya ye😅.

 

Keluar je dari Stesen MRT Caldecott, den udah blur-blur ayam😅.

Setelah sesat sekupang dua dan bertanya arah jalan daripada 2 orang pejalan kaki yang den bertembung, akhirnya den sampai di MacRitchie Reservoir Park.

Den berjalan dan berehat dekat sini dalam 2 jam juganya.

Ramai orang berjogging dan morning walk di sini.

Comelnya je empangan dia.

Tenang je bersantai di sini.

Dari MacRitchie Reservoir Park, den terus berjalan ke MacRitchie Nature Trail.

Kena melalukan sini untuk menyampaikan ke MacRitchie Tree Top Walk.

Hendak menyampaikan ke jalan masuk ke denai MacRitchie Nature Trail ni pun den sesat juga😅.

Patut belok kiri den pergi belok kanan bagai padahal ada dah papan tanda.

Alhamdulillah akhirnya den berjaya menemui denainya.

Perjalanan untuk menyampaikan ke MacRitchie Tree Top Walk boleh tahan jauh.

4.5 kilometer.

Memang minta nyawa ye😅

Mula perjalanan eceh boleh ambil gambar bagai lagi
Sampai je check point sini penyesalan mula terasa. Kenapa la den buat itinerari ni macam tuh

MacRitchie Tree Top Walk ni sepanjang 250 meter je.

Tetapi tetap juga gayat sementara hendak menyampaikan menyeberanginya.

Sampai je dekat titik mula tree top walk ni udah tak larat nak senyum
Demi sekeping gambar tajuknya

Masa dalam perjalanan ke pintu masuk Venus Drive Car Park, hujan selebat-lebatnya.

Telefon pun dah sama weng macam tuannya yang kepenatan. Gambar dekat sini banyak yang gelap gelita
Masa dok menapak dekat denai ni, hujan selebat-lebatnya

Sementara hendak menyampaikan ke bangunan untuk berteduh, memang basah kuyup.

Solat jamak dan qasar di ruang macam dewan terbuka.

Sementara tunggu hujan seriyat, sempat sembang sekupang dua dengan pekerja landskap di situ pasal kehidupan di Singapura, covid19, kehidupan secara umum, etc.

Dia bagitau naik bas lagi mudah untuk ke Stesen MRT Upper Thomson.

 

Den menapak sekupang dua ke stesen bas.

Dari situ den naik bas ke MRT Upper Thomson.

Naik MRT ke Stesen MRT Raffles.

Gambar ni je mampu ambil sebab memang tak larat nak pengsan dah

Den sempat tapau keledek kukus untuk makan tengahari sementara tunggu program Sustainable Walk by SingapoRewards.

Program ni percuma je.

In sya Allah nanti den cerita lanjut dalam post akan datang ye.

 

Den sebenarnya pilih pakej lain tapi di saat akhir deme minta tukar pakej lain sebab pakej yang den pilih tuh penuh.

Jadinya pakej yang tersedia pada tarikh dan masa yang den boleh sertai adalah Sustainable Walk walaupun tempat-tempat tuh den udah pergi😅.

Disebabkan den seketul Melayu di situ, terpaksa la tour guide cakap omputih. Kalau idok, dia boleh cakap Mandarin sebab 4 orang yang lain tuh semua dari Tanah Besar China

Travel ni begitulah ye.

Kadang-kadang kita tidak dapat buat semua perkara yang dirancang.

Kita follow the flow begitu konsepnya.

Berjimbaan ni tak mau stress dan pening ye.

Kita layankan aje.

 

Lokasi terakhir di dalam Sustainable Walk by SingapoRewards adalah Garden By The Bay yang den telah pergi di hari pertama😅.

Boleh aje hendak tengok lighting show sekali lagi tetapi den mengejar masa hendak mencari tempat penginapan pada malam ini.

Makanya den terus gerak dari Garden by The Bay dalam 7 malam ke CapsulePod@AlJunied untuk ambil beg den.

Den mandi solat apa semua dulu di CapsulePod@Aljunied.

Den terus je dinner capati dan teh o panas dekat kedai mamak dekat dengan Stesen MRT AlJunied

Lepas tuh terus gerak ke Changi Airport.

 

Den sampai Changi Airport dalam 9 malam.

Masa lepak di Changi Airport, den dok cari penginapan yang mampu milik sebab sekejap je pun kan tapi tiada yang murah.

Ada banyak tempat untuk berehat (snooze lounge) di Changi Airport macam Butterfly Garden, Cactus Garden, etc tetapi itu semua untuk transit.

Tempat yang menarik untuk melelapkan mata di kawasan awam macam Arrival Garden penuh dengan orang tidur yang siap hampar selimut bagai.

Disebabkan udah tidak larat menyeret kaki dan beg, makanya den melepak dekat kerusi di Terminal 2.

 

Ramai juga ye orang yang tidur di situ.

Ada yang hampar selimut tidur atas lantai.

Disebabkan den tiba-tiba udah tidak boleh solat, makanya kena duduk molek supaya tidak bocor bagai.

Den lepak di kerusi caj handphone dan powerbank sambil melunjurkan kaki.

Tengah malam baru den tertidur.

Den nih mujur rezekinya boleh je tidur di mana-mana, den terlena sakan juga semasa duduk siap mimpi bagai😅.

Sepanjang den tidur duduk di kerusi, asal je den terbuka mata, mesti nampak polis bantuan meronda.

Tiada gambar diambil semasa di Changi Airport ni sebab flat teruk rasa nak mengesut😅

Langkah 31,578.

Jarak 22.07 km.

Kalori dibakar 1089.

Macam tak betul je jam den ni kan yang bahagian kalori tu😅.

Begitulah kisah hari kedua den di Singapura yang penuh adegan sesat barat merata.

Den dan drama berpisah tiada.

In sya Allah den sambung cerita di post akan datang ye.

Jaga diri semua.

 

 

0 Comments