Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir Batin.

 

Pasti ramai yang masih berada di kampung halaman berhari raya kan?

Den udah masuk keroje hari ni.

Den tidak ambil cuti raya pun pada minggu pertama Syawal ni.

Tiada hendak ke mana pun makanya moh la kita acah-acah buat kerja sambil mendengar lagu raya.

Terlupa pula hendak rembat sebalang dua kuih raya yang ada dekat rumah tuh.

Kalau tidak pasti lagi meriah membuat keroje sambil makan kuih raya kan?

 

Macam mana sambutan Aidilfitri kome?

Alhamdulillah sambutan Aidilfitri keluarga kecil den sederhana sahaja.

Ketupat rendang apa semua den tempah serba sedikit.

Lepas tuh kawan-kawan yang tau den nih terlebih rajin kalau cerita bab memasak ni, bagi ketupat rendang semangkuk dua.

Terlebih-lebih untuk kami makan 4 beranak.

Dalam freezer masih ada rendang ayam, rendang daging dan daging hitam.

Nanti-nanti la kita makan ye.

 

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, den sekeluarga tidak ke mana-mana sangat pun.

Bila tidak sihat ni memang tak lalu ke mana sangat ye.

Setakat ini memang tidak ada rancangan menziarahi sesiapa pun sebab pilot nya tidak sihat.

Konsep raya hari pertama adalah berehat sampai lebam di rumah begitu.

Sambil like gambar raya kawan dan kenalan di media sosial.

Sambil membaca buku-buku yang sempat dipinjam di PPAS Shah Alam sebelum cuti Aidilfitri.

Sambil tengok KDrama GyeongSeong Creature.

Sakit jiwa tengok KDrama yang satu ni.

Masa raksasa dok mengganas sempat pula hero dan heroin pandang memandang sampai 10 minit.

Haish.

Breakfast semalam sebab semua udah tidak lalu makan rendang dan ketupat. Bihun goreng + cucur udang hampir hangus + cucur bawang

Hari raya kedua semalam melayan kiddos yang dok meratib hendak tengok movie Godzilla x Kong: The New Empire.

Parenting begitulah ye.

Berlapang dada tengok movie yang kome udah tahu jalan ceritanya macam mana.

King Kong katok Godzilla.

Godzilla tabrakan King Kong.

Tapi udah cerita sebegini yang anak-anak minat.

Makanya den pasrah aje la melayan movie ni sambil makan popcorn yang bapak mahal nak mati sekarang ni.

Ini semua salah Kerajaan Madani..eh😊

 

Seperti biasa baju raya tahun ni kita memegang kepada konsep asal setiap kali raya iaitu asal berbaju sudah😊

Hasrat di hati hendak sedondon warna tema black pink in the area.

Tetapi itulah kita hanya merancang begitu.

Den sorang aje la yang berbaju hitam dan bertudung sedikit merah jambu.

Bapaknya ambil je baju apa yang ada dalam almari begitu.

Anak-anak den pilih warna kegemaran masing-masing.

Yang sulung warna biru.

Yang bongsu warna merah.

Macam itu la kisah keluarga kecil den.

Tema baju raya sokmo la asal berbaju begitu.

 

Kami masih mendengar lagu-lagu raya yang didownload dalam 2 CD 4,5 tahun lepas.

Itulah yang kami dok ulang dengar sampai lebam hehehehe.

 

Den mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Mohon maaf zahir batin sekiranya sepanjang den menulis di blog ini ada kata-kata yang mengguris hati, menyentuh rasa, etc sesiapa yang pernah singgah membaca cerita den di blog ini. 

Salam Aidilfitri.

 

0 Comments