Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den hendak kongsikan resensi buku yang berkenan dooh bagai nak pengsan begitu.

Buku ni bukan sahaja awesome teruk tetapi menyebabkan den rasa hendak cari restoran Jepun sekarang juga macam tuh.

Tajuk: Resensi Buku The Kamogawa Food Detectives

Pengarang: Hishashi Kashiwai

Mukasurat: 125

Sumber: Beli di MPH NU Sentral

Restoran Kamagowa Diner ini diusahakan oleh seorang bekas detektif, Nagare dan anak perempuannya, Koishi.

Restoran ini tiada menu, bergantung kepada apa yang Nagare hendak masak pada hari itu.

Yang istimewanya restoran ini juga adalah agensi detektif mencari makanan yang orang teringin hendak makan.

 

Terdapat 6 cerita tentang penyiasatan makanan di dalam buku ini yang mana setiap satunya mempunyai kisah tersendiri.

Nabeyaki-Udon - seorang lelaki 60 tahun yang menemui cinta baru setelah isterinya meninggal dunia lebih 15 tahun tetapi kekasihnya yang pandai memasak tidak dapat memasak Nabeyaki-Udon sebagaimana rasa arwah isterinya masak.

Beef Stew - seorang wanita teringat kepada beef stew yang dia makan bersama seorang lelaki 55 tahun lepas. Kisah cinta yang tidak kesampaian.

Mackerel Sushi - seorang lelaki yang sangat sibuk teringat kepada jasa bakti pemilik ryokan yang selalu beri dia makanan bila dia kesunyian akibat keluarga yang terlalu sibuk.

Tonkatsu - seorang wanita guru piano kelas atasan hendak makan tonkatsu seperti yang dimasak oleh bekas suaminya yang diceraikan 20 tahun lepas. Ini memang heartbreaking.

Napolitan Spaghetti - gadis 19 tahun mencari pasta yang dimakan bersama datuknya semasa dia berumur 5 tahun selepas satu lawatan menaiki feri. Datuknya telah mengalami dementia sejak 3 tahun lepas.

Nikujaga - seorang CEO yang ingin merasa Nikujaga seperti arwah ibunya masak. Ini pun heartbreaking kerana salah sangka membawa kepada putusnya silaturahim.

Setiap orang yang mohon penyiasatan makanan ni biasanya dijamu set makanan terlebih dahulu.

Setiap orang akan makan set makanan berbeza.

Ada sehingga 12 set makanan yang berbeza bagi setiap 6 cerita.

 

Cerita 1 - Okara croquettes.

Cerita 2 - Seared Miyajima conger eel served with pickled cucumber and myoga ginger.

Cerita 3 - Fried tofu and mizuna leaves braised in soy sauce.

Cerita 4 - Vinegered Wakasa mackerel wrapped in pickled Shogoin turnip.

Cerita 5 - Abalone pickled in Kyoto-styled sweet white miso and then grilled.

Cerita 6 - Masu salmon in a miso marinade, together with some simmered young bamboo.

 

Ini baru 5% jenis makanan bagi setiap hidangan dalam setiap cerita.
Tidak ke mengundang rasa hendak google semua jenis makanan yang dihidangkan tuh huhuhuhu.

Cara dia ceritakan resepi, ingredients, kaedah memasak, rasa setiap makanan, etc memang mengundang ngences melampau ye.

Utensils termasuklah pinggan dan chopstick buat lagi mengundang kelaparan sebab berseni dan cantik plating nya.

Antara buku den jatuh cinta teruk pada tahun ni.

In sya Allah akan diulang baca.

0 Comments