Pengalaman Menginap 2 Hari 1 Malam Capsule@Aljunied, Geylang, Singapura
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Moh la kita sambung semula cerita tentang sesi berjimbaan di Singapura sementara masih rajin nih ye.
Kalau tengok harga hotel di Singapura di Agoda ke Booking ke memang rasa hendak menangis sebab hotelnya harga tidak mampu milik untuk rakyat marhaein macam den ni.
Semuanya atas RM250/malam.
Dah tau marhaein hendak berjimba dekat negara yang kadar tukaran wangnya tinggi pula ye.
Patutnya duduk aje diam-diam kat rumah kan?
Dasar belalang kunyit tidak sedar diri begitulah ye😅.
Kalau solo traveller yang hanya sekadar perlukan tempat untuk mandi, melelapkan mata dan merehatkan badan, memang biasanya akan pilih hostel.
Disebabkan ini kali pertama den berjimba seorang diri, memang sengal-sengal ubi begitu.
Pertama kali den hendak menginap di asrama/hostel, makanya debarannya bukan kepalang.
Jenuh la den menyiasat mana penginapan yang dekat dengan stesen MRT, harga tidak begitu mengerikan dan selamat.
Den terjumpa beberapa hostel kapsul yang harganya di bawah RM200/malam.
Akhirnya setelah buka tutup Agoda, Booking, etc berpuluh-puluh kali, den pilih untuk menginap di Capsule@ Aljunied pada harga RM125/malam.
Hostel paling murah pada tarikh yang den hendak menginap.
Den suka banget dengan tidur satu malam di sini |
Semasa den booking tidak perasan pula ianya mix dormitory room.
Udah bayar bagai baru sedar.
Lepas tuh baca pula ada beberapa kawasan di Geylang ini ada kawasan yang perlu extra berhati-hati.
Ah sudah.
Belasah aje la labu begitu konsepnya.
Masa mula sampai di bangunan yang menempatkan Capsule@ Aljunied ni, memang mendebarkan sebab ia di rumah kedai lama.
Macam ‘alamak kenapa rupanya macam rumah tumpangan yang ada banyak aktiviti yang mencurigakan ni?’
Don't judge the book by its cover konsepnya |
Alhamdulillah bila pergi ke kaunter pendaftaran di tingkat 1, rasa lega sebab keadaan premis adalah bersih dan selesa.
Dah kenapa perkataan gomen keluar ni ye?
Sebut premis macam hendak buat siasatan penguatkuasaan je😅.
Walaupun Capsule@ Aljunied ni mix dormitory room, masih ada privacy.
Cuma itu la ye tidak patuh syariah la pulanya ye.
Di dalam bilik den ada dalam 10 kapsul.
Den terbertembung dengan 2,3 orang mamat omputih masa malam je.
Itu pun depa duduk molek dalam kapsul deme.
Setakat bertukar senyuman je la.
Kapsul dan kemudahan di Capsule@ Aljunied memang awesome gila.
Den suka banget.
Love love love.
Kapsul tu privacy sangat.
Dia double decker capsule.
Den dapat kapsul tingkat atas.
Siap ada lampu untuk membaca lagi.
Kapsul boleh kunci dari luar dan dalam.
Ada plugpoint + 2 USB ports.
Siap ada cermin lagi.
Disediakan tuala.
Cadar, selimut & bantal bersih.
Free WiFi.
Bersih, kemas dan selesa. Just my kind of accomodation. |
Tangga nak naik ke kapsul atas comel je hehehehe.
Ini memang kena hati-hati, tersalah langkah memang tergolek la ke bawah😅.
Den bersiap dalam kapsul je lepas mandi.
Solat dekat di lorong sebelah kapsul.
Den tidak siasat ada ke idok seterika sebab den belasah je pakai tudung yang tidak bergosok.
Bilik air dan tandas bersih banget.
Tersedia shower cream + tisu
Memang selesa mandi manda.
Ruang makan yang comel dan locker yang disediakan |
Disediakan locker berkunci.
Free flow breakfast - roti bakar + cereals.
Free flow air sejuk + panas.
Ada peti sejuk dan microwave.
Pinggan, mangkuk, sudu dan garfu semua ada.
Ruang makan yang awesome dan comel.
Udah macam setting dekat café hipster.
Laundry room ada sabun dan pengering bagai.
Tidak sampai 5 minit berjalan kaki dari Capsule@Aljunied untuk ke Stesen MRT Aljunied.
Kiranya keluar je dari pintu Capsule@Aljunied nampak sudah stesen MRT nya.
Kedai mamak Mufiz Restaurant (6 am - 12 tengah malam) hanya 2 minit dari Capsule@Aljunied.
7E dan kedai serbaneka lain sepelaung sahaja.
Kedudukan Capsule@Aljunied jauh dari jalan besar.
Jadinya tidak bising.
Tidak pasti la den tidur mati ke apa sebab penat sangat tapi macam tidak terdengar bunyi keretapi MRT nya.
Rezeki den kan pertama kali perlu tidur hostel, dapat hostel yang awesome banget.
Senang berurusan dengan PIC via whatsapp dengan front desk untuk tanya apa-apa.
Boleh berlebih berkurang.
Den siap mandi waktu malam lepas early check out.
Den hendak booking 1 malam lagi menginap di sini tapi udah penuh.
Itu yang sudahnya tidur di Changi Airport😅.
Another story at another time ye.
Memang kena booking awal ye Capsule@Aljunied sebab dia antara hostel termurah.
Kalau tanya den, den memang berkenan dooh dekat Capsule@Aljunied ni.
Tetapi mungkin tidak sesuai untuk sesiapa yang claustrophobic.
Memang macam dalam kapsul cerita alien tuh.
In sya Allah kalau ke Singapura lagi suatu hari nanti, den akan pilih Capsule@Aljunied untuk penginapan.
Boleh tengok maklumat lanjut di sini ye https://capsulepodaljunied.singapore-sg.com/en/
0 Comments