Assalamualaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah ini cerita terakhir dalam siri Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) pada penghujung Januari 2024 yang lepas ye.

Lebih pada den hendak berkongsi gambar struktur warna-warni di sini sebenarnya.

Gambar favourite den di sini

Ahli rombongan disambut mesra oleh AJK Kg. Warna Warni (Kg. Seberang Ramai).

Kami diberikan taklimat ringkas.

Projek warna-warni ini melibatkan 7 buah kampung  dengan 400 buah rumah.

Terdapat pelbagai jenis tema.

Ada rumah-rumah 7 warna.

Ada rumah-rumah 2 warna (biru kuning warna bendera Perlis).

Ada Laman Congkak, Laman Nenas, Laman Pokok Kertas, etc.

Kita boleh sewa basikal, motorsikal atau cholek (macam tuk tuk) untuk ronda-ronda dekat kampung ni.

Tapi untuk first timer macam den sesuai berjalan kaki sebab banyak tempat boleh singgah untuk bergambar dan beli barang.

Ada yang jual kuih putu, dodol, kuih siput, air, etc.

 

Memang unik dan ceria semua rumah di sini.

Hiasan pun macam-macam siap ada belangkas, siput, kerang bagai.

Rajinnya la deme menghias dengan jaring semua tuh ha.

Rajin pun iya juga sebab ada yang ubah tema warna setiap tahun.

Klinik Kesihatan, klinik gigi, kedai runcit, etc berwarna warni.

Disebabkan tidak cukup masa, ada kawasan yang kami tidak sempat lalu.

Tempat wajib singgah adalah Jambatan Tuanku Syed Putra atau Jambatan Warna Warni tuh ye.

View Sungai Perlis dari tengah jambatan memang awesome teruk.

Waktu malam katanya ada lampu warna warni juga.

Tapi kalau kome ada kelapangan, mohon ambil masa 2-3 jam untuk jalan ke seluruh pelusuk kampung nih ye.

Memang berenyut-renyut kawasan instagrammable.

Cantik teruk semua pelusuk kawasan di sini.

Alhamdulillah tamat juga cerita lawatan mahabbah ni.

Masih banyak cerita lawatan yang den tidak tercerita di dalam blog ini.

Hendak memerah otak mengingatkan maklumat kisah 2,3 tahun lepas memang jenuh ye.

Lepas tuh hendak mengarang pula ye.

Belum cerita hendak edit dan kurangkan resolusi gambar bagai.

Itu yang termalas langsung hendak letak watermark tuh ha hehehehehe.

 

Nanti la ye den usahakan berkongsi cerita.

In sya Allah.

 

 

0 Comments