Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung cerita berjimbaan di Singapura hari pertama di dalam siri sinetron Bida Travel Sorang ke Singapura😂.

Post yang penuh dengan gambar ye.

Bertabahlah.

 

Rasanya turun di Stesen Bayfront bukan Stesen Promenade dalam post yang lepas.

Dari situ den menapak menghala ke arah Sun Pavillion.

Banyak juga perhentian sebab banyak tempat hendak diambil gambarnya.

Acah-acah hendak ambil gambar berseni begitu
Biasa kejadian gambar-gambar den jadi macam ni. Begitulah bila berjalan seorang ye.

Sepanjang jalan ada kerja-kerja ubahsuai sedang dibuat di beberapa kawasan.

Mana-mana agensi kerajaan Malaysia kalau melawat Singapura bagi pengurusan sumber air memang akan datang ke marina ni

Sayang den terlupa hendak singgah di kawasan medan selera di sini.

Patutnya makan la Satay By The Bay ke apa.

Udah ditulis arah Satay By The Bay tuh. Boleh den tidak terpegi. Haish.

Banyak Taman Rekreasi Garden By The Bay

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dibuat dan tempat percuma berdekatan dengan Garden By The Bay.

Antara lalu hendak menapak di sini sebab kawasannya besar. 

Boleh bersantai, beriadah, berkelah bagai semua sesuai di beberapa taman.

Kome boleh tengok pelbagai taman ada sini. 

Memang boleh dapat lebih 10,000 langkah kalau jalan-jalan di sini
Ini baru bahagian selatan ye. Memang luas kawasannya.

Garden By The Bay ni memang konsepnya kembali ke alam semulajadi, bersantai dan berehat bersama keluarga dan teman, mengumpul lebih 10,000 langkah.

Den pun buat siasatan menyeluruh sebelum datang ke sini. 

Jadinya tidak tersempat pergi ke semua taman.

Makanya haruskah ulang datang ke sini😅?

 

Avatar: The Experience at (Cloud Forest + Flower Dome)

Den pun tidak pasti kenapa den pergi beli tiket Garden By The Bay Avatar: The Experience at (Cloud Forest + Flower Dome) di Klook🤔.

Den bukanlah peminat Avatar + fanatik bunga ke apa.

Begitulah kadang-kadang den buat keputusan dalam hidup yang den pun tidak pasti kenapa😅.

Lebih kenapa moh la tengok ada apa dekat sini udah alang-alang ke sini sebab Singapura tidak pernah termasuk dalam senarai negara yang den hendak pergi.

Faktor utama sudah pasti karena nilai matawang nya.

Mungkin den tidak akan datang lagi ke sini.

 

Mula-mula den berjalan di Avatar Experience dalam Cloud Forest.

Ada la makhluk The Ikran macam dalam movie Avatar tuh. 

Kepalanya dok bergerak dan dia keluarkan bunyi.

Ada makhluk lain juga.

Budak-budak pasti suka ni.

Udah nama Avatar haruslah kita bergambar ala-ala Neytiri begitu ye. 

Tapi den paling suka dekat bahagian lampu-lampu yang ala-ala ikut pergerakan kita.

Ada dalam 30 minit den lepak dekat lampu-lampu ni je. 

Beginilah hasil telefon cap ayam. Pasrah je la ye.

Macam-macam spesies flora ada dekat sini.

Ada tempat yang den lepak lama gila sebab bau bunga yang best. 

Udah macam dalam cerita Jurassic Park

Ada rasanya dekat 2 jam den berjalan sana sini tengok Avatar Experience ni.

 

Flower Dome - Tulipmania Origin of Tulips

Kebetulannya Flower Dome sedang buat pameran tulips dari Istanbul macam tuh la.

Makanya moh la kita tengok tulips di Singapura karena entah bila la ada rezeki hendak tengok tulips di Istanbul. 

Kalau tiada pameran tulips ni pun memang Flower Dome akan penuh dengan pelbagai spesies bunga. 

Ada sebahagian kawasan yang dihiasi dengan bunga selain tulip.

Memang cantik la taman bunga dipenuhi dengan pelbagai spesies tulips yang berwarna warni. 

Sayang den tidak reti bergambar sendiri makanya tidak dapat la fefeling Thumbelina di sini.

Macam ni je la gambar-gambar den

Tetapi den sempat tengok seorang mamat ni ambil video bunga tulips dengan begitu bergaya.

Orang lain mungkin dah lama tau cara ambil video macam ni.

Den je baru tau.

Jadinya den pun tiru la sekupang dua cara ambil video bunga tulips macam tuh.

Benda simple macam ni pun boleh buat den happy😊. 

Dalam 2 jam juga den melepak di sini.

 

Supertree Observatory

Disebabkan selepas merayap berjam-jam masih ada banyak masa untuk tunggu light show pukul 745 malam, makanya den beli tiket untuk masuk ke Supertree.

Makanya den naik sampai atas supertree untuk tengok pemandangan Singapura dari puncak tertinggi begitu.

Pertunjukan cahaya akan mewarnai pokok-pokok supertree termasuklah menara pokok yang den naik ni. 

Cuaca udah mendung + kamera cap ayam. Begini la hasil gambarnya.

Lepas selesai berjalan-jalan di Superfree Observatory dalam 45 minit, den berjalan-jalan dan berehat-rehat di sekitar supertree sementara menunggu light show pukul 7.45 malam.

 

Garden By The Bay Light Show

Ini antara perkara wajib dibuat apabila datang ke Garden By The Bay.

Dia macam kalau kome pergi ke Kuala Lumpur tetapi tidak singgah ke KLCC begitu😅.

 

Garden By The Bay Light Show yang berlangsung selama 15 minit ini merupakan penutup ulung bagi aktiviti di sini.

Ada 2 sesi pertunjukan lampu iaitu pada 745 malam dan 845 malam.

 

Masa den tengok pertunjukan pada 745 malam tuh temanya Sounds of Cinema (kalau tak silap den la).

Sepintas lalu macam muzik dan lagu yang ada vibes cerita-cerita kartun Disney Princess.

Ada juga muzik macam zaman kegemilangan wayang Hong Kong. 

Lagu Hindustan pun ada.

Den tidak ambil banyak gambar semasa light show ni sebab kamera cap ayam.

Tidak beberapa jelas pun gambarnya.

Jadinya den letak telefon dalam beg dan menghayati light show dengan santai.

Punya la orang hendak tengok Garden By The Bay Light Show ni sanggup orang menunggu dalam hujan renyai-renyai.

Den la salah seorang daripadanya😅.

Dengan takde payung dan baju hujannya.

Main belasah je berlindung di sebalik pokok😅.

 

Habis je light show dalam pukul 8 malam terus je den gerak balik.

Den tidak tunggu light show pukul 8.45 malam sebab takut tiba-tiba hujan lebat.

Tidak pasal-pasal kena menyanyi lagu memori daun pisang sebab basah kuyup dalam hujan😅.

Lagipun den memang tidak siasat keretapi terakhir pukul berapa😅.

Begitulah asal boleh je den ni.

MRT terakhir di antara 9.30 malam hingga 12 malam berbeza ikut arah laluan.

Kali ini den naik MRT Garden By The Bay.

Den melintasi Dragonfly Bridge untuk sampai ke stesen MRT ini.

Kome tidak perlu masuk pun tempat berbayar macam Flower Dome, Supertree Observatory, Cloud Forest, Floral Fantasy dan OCBC Skyway.

Kome boleh berjalan-jalan bersantai di taman-taman yang ada di sekitar sini.

Tapi memang wajib tengok Garden By The Bay Light Show sebab inilah keunikan tempat ni.

Dan ianya percuma.

Kome datang dalam pukul 5 petang sedang elok.

Berjalan dulu sekupang dua di sekitar taman sementara tunggu pertunjukan cahaya yang bermula pada 7.45 malam dan 8.45 malam. 

Setiap pertunjukan dalam 15 minit.

 

Kepada mereka yang pertama kali datang ke Singapura wajib singgah sini ye.

Den macam perlu datang ke sini sebab tidak sempat ke semua taman yang ada di sekitar sini😅.

2 Comments