Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Semua tengah pulun puasa 6 ke?

Atau sedang meriah dengan rumah terbuka raya?

 

First ever solo trip ke luar negara dalam hidup ni berlangsung pada hujung April 2023.

Boleh baca di sini https://www.dinohauz.com/2023/06/solo-travel-ke-luar-negara-buat-pertama.html?m=1

 

Udah 1 tahun berlalu rupanya cerita berjimbaan seorang diri ke Singapura ni tetapi sampai sekarang tidak tercoret di blog ini😅

Hendak mengarang malas.

Hendak edit gambar malas.

Hendak cuba mencari memori yang masih tersisa di kotak ingatan tentang sesi jalan-jalan seorang diri ni pun malas.

Pendek kata serba serbi malas la ceritanya.

Dasar belalang kunyit begitulah ye😅

Sampai sekarang den suka banget tengok pemandangan dari tingkap kapal terbang. Ini masa pelepasan semasa remang Maghrib

In sya Allah dengan semangat Syawal yang berkobar-kobar ni...eceh😂, den akan cuba kongsikan apa yang masih teringat dalam kenangan tentang perjalanan seorang diri ke luar negara tanpa menggunakan khidmat travel agent ini ye.

Sesiapa yang telah mengembara seorang diri ke antartika bagai tidak sesuai membaca coretan den ni ye.

Ini cerita orang amateur.

 

Kome kena faham ye yang den ni memang ada simptom sesat barat merata biarpun bergerak dalam pejabat + gold fish memory syndrom + blur blur ayam.

Biarpun sudah buat itinerari awal siap dengan stesen MRT mana yang den perlu turun serta siap arah jalan bagai, tetaplah juga den sesat barat dengan jayanya ye😅

Jadinya kisah perjalanan solo den ni penuh dengan drama di sana sini ye😅

Mohon bertabah jika sudi membacanya ye. 

 

Den kongsikan dulu itinerari 3 hari 2 malam den berjimbaan di Singapura ye.

SINGAPORE DAY 1

Merlion Park - Restoran Zam Zam - Bugis Street - Changi Airport - CapsulePod@Aljunied - Garden By The Bay (Cloud Forest + Flower Dome + Light Show) 

Masa den pergi ni ada pesta tulips dari Turki begitu di Cloud Forest. Jadinya memang cantik banget. Manusia pun berenyut.
Udah masuk pameran Avatar, makanya moh la kita jadi etnik Na'vi. Ada rupa Neytiri tak?
Walaupun hujan renyai-renyai gigih ye semua tengok persembahan cahaya ni

SINGAPORE DAY 2

MacRitchie Reservoir Park - Tree Top Walk - Sustainable Walk by SingapoRewards (Capital Spring + Marina Barrage + Garden By The Bay) - Changi Airport 

Lama den lepak dekat MacRitchie Reservoir Park sebab mengumpul nafas semula selepas sesat barat merata dari Stesen MRT hendak ke sini. Lepas tuh ada pula seorang pakcik ni main angklung ke apa. Jadinya memang best berehat sambil diiringi alunan muzik begitu

SINGAPORE DAY 3

Pulau Ubin - Check Jawa Wetlands - Changi Point Coastal Walk - Changi Airport (Canopy Bridge + Jewel) 

Suka jalan di Check Jawa Wetlands ni. Ramai juga pencinta burung sedang bird watching di sini.
Sejenis pemandangan yang tidak akan menjemukan. Bila nampak 2 aerotrains berselisih di sini lagi buat hati rasa nyaman

Begitulah itinerari ringkas den sepanjang 3 hari 2 malam di Singapura.

Entah kenapa penuh dengan sesi melawat ke alam semulajadi ye😅

Bukan sebab den ni peminat tegar alam semulajadi ke apa.

Lebih kepada tempat-tempat tuh percuma.

Den kena minimakan kos sesi berjimbaan sebab duitnya ala-ala je yang ada pun😂

 

Sim card, tiket Garden By The Bay dan Canopy Bridge Changi Airport semua den beli di Klook.

Penginapan CapsulePod@Aljunied den booking di Agoda.

Penginapan untuk malam terakhir tuh ingatkan hendak booking kemudian sebab hendak tengok ke mana kaki hendak pergi sebenarnya, udah akhirnya terpleot lalu tidur la di kerusi yang ada di Changi Airport🤣

Den dan drama berpisah tiada ye.

 

Selepas menempuh 3 hari 2 malam yang penuh dengan pelbagai anekdot cerita, masam manis pahit kelat payau semuanya ada, secara jujurnya den happy sangat den buat first solo trip ini walaupun tidak dirancang pada mulanya.

Sekarang den baru faham kenapa ada orang memang suka solo travel.

Kebebasan untuk menentukan itinerari sendiri, batalkan atau pinda itinerari ikut sesuka hati, makan apa yang terasa nak makan, etc tanpa perlu dapatkan persetujuan sesiapa adalah sesuatu yang awesome.

 

Solo travel memaksa kita keluar dari zon selesa.

Macam den nih introvert.

Memang malas pengsan hendak berkomunikasi dengan orang.

Tapi bila jalan sorang, mahu tidak mahu kena buka mulut bertanya bila sesat jalan, etc.

Seketul Melayu sesat di program Sustainable Walk oleh SingapoRewards. Yang berbaju merah tuh tour guide. 4 orang yang lain dari China. Dari kiri yang baju putih tuh PhD holder dalam neurosurgery otak macam tuh la. Gadis manis berbaju hitam tuh influencer. 2 jejaka tuh best friends, jurutera megatronik dan robotik macam tuh la. Semua bawah 30 tahun ye deme ni. Selain influencer yang datang berjimba, deme bertiga datang ke Singapura sebab ada conference.

Cumanya bila solo travel perkara keselamatan dan kesihatan kena bagi perhatian lebih.
Dengan umur hampir separuh abad + perempuan, memang den kena lebih berhati-hati.

Kena berusaha dan berdoa agar tidak ditimpa kecelakaan dan sakit.

Takaful perjalanan memang wajib la ye.

 

Solo travel juga bermakna semua kos ditanggung sendiri.

Ini memang sakit kalau pergi negara yang tukaran wangnya tinggi macam Singapura ni.

Nak nak pula nilai RM semakin merudum.

 

Untuk orang yang suka bergambar macam den ni, memang tragis la bila berjalan sorang ni.
Dengan tiada gajet apa, hanya seketul handphone + selfie stick yang rosak, makanya gambar-gambarnya sekadar apa yang tersempat aje la
🤣

Gambar-gambar den kebanyakannya macam ni hehehehehehe

Kesimpulannya, den memang happy banget den gamble berjimba ke Singapura seorang diri 3 hari 2 malam ni.

Akan ada second solo trip kah?

In sya Allah den akan sambung cerita tentang sesi berjimbaan ke Singapura ni dalam post yang akan datang ye.

 

0 Comments