Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Alhamdulillah kita telah selesai menjalani ibadah puasa 1/3 setakat ini.

In sya Allah semoga baki 2/3 Ramadhan kita dapat jalani dengan melaksanakan semua ibadah yang kita harapkan ye.

 

Lama den tidak buat resensi buku kan?

In sya Allah dalam bulan Ramadhan ni den akan kongsikan resensi buku-buku yang telah baca yang berkaitan Islam ye.

Tajuk: Tenang Kita Ada Al-Quran

Pengarang: Hafizul Faiz

Mukasurat: 297 mukasurat

Sumber: Perpustakaan Awam Batu Gajah, Perak

 

Selagi mana kita ada al-Quran, selagi itu kita ada harapan.

Begitulah intipati buku ini.

Den tidak sangka buku ini akan bisa menyentuh hati.

Den ambil buku ni dari rak Perpustakaan Awam Batu Gajah, Perak asbab hendak mencukupkan 6 buah buku yang hendak dipinjam.

 

Buku yang mengingatkan kita bahawa Allah sentiasa menunggu hambaNya kembali ke pangkal jalan.

Buku yang membuatkan kita membaca beberapa ayat Al-Quran.

Jarang den jumpa buku yang seolah-olah berbicara dengan den.

Buku ini adalah buku yang seolah-olah bersembang dengan kita.

 

Tafsiran, tadabur dan pengajaran daripada Surah Al-Fatihah dan Al-Kahfi membuatkan den baca bab ini berkali-kali bukan sahaja sebab hendak lebih memahami apa yang disampaikan tetapi pencerahannya terasa sampai di hati.

Kita mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Musa sudah banyak kali tetapi buku ini mengupas kisah dan ibrah perjalanan, kehidupan dan perjuangan Nabi Musa dengan begitu tersusun, terperinci tetapi mudah difahami.

 

Al-Quran sememangnya adalah magika.

Tidak kira selama mana kita tinggalkan Al-Quran, apabila kita kembali kepadanya, in sya Allah kebiasaanya kita akan tetap bisa membacanya biarpun merangkak-rangkak.

Ini sebenarnya yang sayu hati.

Kita mungkin pernah atau selalu terlupakan AlQuran yang sebenarnya sentiasa ada dekat dengan kita.

Ini antara buku yang in sya Allah sangat berbaloi untuk dimiliki.

Penulisan yang bisa difahami oleh orang biasa-biasa macam den ni.

Buku yang bisa diulang baca.

 

 

4 Comments

  1. pd bulan Ramadhan begini memang la bagus utk kita membaca dan menghayati buku2 Islamik. Insya Allah semoga mendapat lebih byk ilmu....

    ReplyDelete