Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Alhamdulillah kita telah hampir menghabiskan separuh Ramadhan.

Sebenarnya ejaan Ramadan ke Ramadhan ye?

Kalau ikut Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaannya Ramadan.

Ada yang kata Ramadhan sebab ejaannya huruf ض (dhod) bukan د (dhal).

Tapi apa yang penting moh la kita sama-sama merebut keberkatan Ramadhan ye.

Tajuk: Nabi Juga Seorang Manusia Meneroka Sisi Yang Hilang di dalam Meneladani Sirah

Pengarang: Khubaib Akhi

Mukasurat: 319

Sumber: Perpustakaan Awam Batu Gajah

 

Seperti biasa, kalau buku-buku sebegini biasanya den terambil dari rak perpustakaan asbab hendak mencukupkan jumlah buku yang dipinjam.

 

Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.

"Apa pandangan anda jika Nabi Muhammad SAW berada di hadapan anda ketika ini?"

Kebanyakan orang yang ditanya akan terpempan, terkaku dan terkelu lidah.

Biasanya air mata akan mengalir dahulu sebelum dapat berkata-kata.

Ramai yang cakap:

"Aku mahu Baginda ambil aku dan tinggalkan dunia ini"

"Aku ingin berbual dengan Baginda, tentang beratnya perjalanan hidup ini"

 

Ini adalah buku yang mengundang air mata dan sebak di dada walaupun di dalam keadaan yang kita sepatutnya kekal neutral (macam dalam perbincangan bengkel pelan tindakan pengurusan sungai😊).

 

Buku yang menyentuh hati.

Buku yang membuatkan kita membaca beberapa ayat Al-Quran.

Buku yang memberikan peringatan dan justifikasi agar tidak termasuk dalam 2 golongan esktrem iaitu Mendewakan/Mengsuperherokan Nabi Muhammad SAW atau Berlebihan Memanusiakan Nabi Muhammad SAW.

 

Nabi Muhammad SAW:

✅️menghadapi pelbagai ujian dalam menyebarkan dakwah Islam (dicemuh, dizalimi, dikhianati, diancam bunuh, dsb)

✅️menangis dan bersedih

✅️kehilangan orang yang disayangi

✅️tersilap, tercari-cari dan tidak pasti

✅️berkeluarga dan bermasyarakat

✅️sakit dan wafat

Setiap topik yang dikupas dikaitkan dengan kehidupan manusia di dunia ini:

✅️pelbagai ujian untuk setiap orang dan jangan berputus asa

✅️mempunyai whole range of emotion (marah, sedih, gembira, etc)

✅️apabila buat silap kita akui, insafi dan perbaiki

✅️diam, siasat dan belajar jika tidak tahu

✅️tunaikan hak diri sendiri, keluarga dan komuniti

✅️hindari toxic positivity (banyak dalam masyarakat sekarang ni)

✅️setiap hari kita semakin menghampiri lubang kubur (mati)

✅️cara mendekatkan diri dengan Rasulullah

 

Pengkisahan Sirah yang mudah dihadam oleh hati dan akal fikiran.

Satu buku yang bisa diulang baca.

0 Comments