Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini kita menjalani ibadah berpuasa pada hari ke 18.

Semoga Ramadhan kita bertambah baik setiap hari ye.

 

Hari ni den hendak kongsikan sebuah buku yang ada 4,5 kali den ambil dan letak dari rak Perpustakaan Awam Batu Gajah sebelum den akhirnya membuat keputusan untuk meminjam buku tersebut.

Tajuk: Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita Pesan-Pesan Sembuh daripada Ayat Kursi

Pengarang: Fakhri Fadzli

Mukasurat: 225

Sumber: Perpustakaan Awam Batu Gajah

Kupasan tentang surah teragung di dalam Al-Quran iaitu Ayat Kursi.

 

Buku yang menyebabkan kita membaca beberapa ayat Quran.

Buku yang mengingatkan kita tentang the magical Quran.

Quran sebagai healing of the hearts.

Untuk sembuh dengan Al-Quran, kita hendaklah memperbaiki hati dan emosi secara berterusan.

2 doa yang dicadangkan untuk diamalkan:

"Ya Allah, Jadikanlah al-Quran yang Agung ini musim bunga bagi hati kami, cahaya bagi dada-dada kami, penghilang kesedihan kami dan penghapus kegusaran kami"

"Ya Allah! Sembuhkanlah patah hati kami dengan al-Quran"

 

Buku yang bisa mengundang air mata bila dibaca dalam suasana yang hening sebab banyak ulasan dan pesanan yang membawa kepada hakikat Allah Yang Maha Mengampuni sentiasa memberi ruang kepada hambaNya untuk kembali kepadaNya.

Pulanglah kepada Tuhanmu yang sentiasa menjaga dan memeliharamu.

Den suka buku spesies macam ni.

Dalam kategori dakwah tetapi tidak begitu menghukum.

Buku yang memberi nasihat dengan penuh berhikmah.

Buku yang mengajak kita untuk kembali ke pangkal jalan.

Buku yang bisa diulang baca.

 

0 Comments