Perkongsian Ilmu oleh Pondok Pak Man (Pondok Moden Nadbah), Batu 12, Bukit Besar, Alor Setar
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Sekejap aje kan sudah masuk Ramadhan yang ke 16.
Moh la kita sambung cerita Lawatan Mahabbah yang entah bila hendak habis tuh ye hehehhehehe.
Seusai selesai perkongsian ilmu oleh Masjid al-Busyro, Merbok, Kedah, rombongan Cik Kiah bertolak ke Pondok Pak Man (Pondok Moden Nadbah), Batu 12, Bukit Besar, Alor Setar pada 4 petang.
Kami sampai di Pondok Pak Man dalam 5.00 petang.
Terus sahaja diberi taklimat oleh pengusaha pondok.
Latar Belakang Pondok Pak Man
Pondok Pak Man ini diasaskan pada tahun 1946.
PAS Negeri Kedah diasaskan di pondok di sini.
Pengajian agama diajar dari selepas Subuh hingga tengah malam.
Pelajar dari merata tempat seperti Kemboja, Thailand, Indonesia, etc.
Pengasas Pondok Pak Man meninggal dunia pada 1987.
Terdapat sekolah dan asrama untuk asnaf di bawah pengurusan yang sama berdekatan dengan kawasan pondok
Pondok Pak Man Sejak Tahun 2000an Hingga Kini
Circa 2000an, Pondok Pak Man antara yang terawal terlibat dengan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Lulusan STAM ada yang sambung belajar di Universiti Al Azhar.
Taklimat oleh pengusaha pondok, Ustaz apa lupa dah den namanya
2012 - pondok moden mula dibina.
2013 - penghuni mula masuk sini.
Pondok ada menerima bantuan Pusat Zakat dan individu yang bekerja di Qatar.
Surau berada tidak sampai 2 minit berjalan kaki dari setiap bilik yang ada di pondok ini
Sekarang ada 40 bilik di Pondok Pak Man.
Setiap bilik muat untuk katil bujang, almari dan meja kecil.
Setiap bilik mempunyai ruang dapur sendiri yang ditandakan mengikut nombor bilik.
Bilik air dan tandas berkongsi di ruang luar.
Dapur berada di tengah-tengah antara semua 40 bilik
Pondok Pak Man hanya untuk penghuni wanita.
Terdapat 36 bilik berpenghuni sekarang.
Penghuni berumur 50 tahun ke atas.
Penghuni paling veteran berumur 83 tahun.
Semua yang hendak masuk ke sini akan ditemuduga terlebih dahulu.
Yuran masuk RM160 sekali bayar sepanjang menetap di sini.
Yuran RM60 sebulan/penghuni untuk bayaran bil elektrik dan bil air.
Makan perlu diuruskan sendiri.
Imam dan ustaz yang mengajar di sini tiada bayaran.
Pengajian pagi Ahad - Khamis.
Lepas Zuhur - mengaji masing-masing.
Lepas Maghrib ada kuliah.
Jemaah rombongan dijamu dengan bihun goreng yang dimasak oleh penghuni pondok.
Siap dengan kuih bagai.
Memang meriah depa ni meraikan kami.
Mereka ada menanam di kebun mini sekitar kawasan pondok.
Ini kali pertama sepanjang 45 tahun umur den menziarah pondok pengajian agama.
Ada pelbagai perasaan semasa ziarah ini.
Rasa kagum dengan pengurusan pondok ini.
Terkesima dengan ustaz dan imam yang mengajar tanpa bayaran.
Tersentuh hati melihat semua penghuni pangkat emak dan nenek yang bersemangat dan bersungguh-sungguh mengaji agama.
Den haruslah berdiri di belakang ahli rombongan sebab den kan tinggi macam model...eceh.. Bersama penghuni pondok yang menyantuni ahli rombongan dengan begitu berhemah. As usual den berdiri di belakang sekali
Terkenang tentang diri sendiri.
Adakah akan sampai masa den juga akan ke pondok seperti ini?
Atau sempat tak den panjang umur untuk belajar agama seperti di pondok ini?
Macam tuh la perasaannya bercampur baur.
Penghuni dekat sini yang den sempat sembang sekupang dunia nampak ceria dan bersemangat.
Den siap beli bedak sejuk buatan seorang penghuni.
Udah lama tidak jumpa bedak sejuk macam ni.
Teringat arwah atok dulu suka suruh den buatkan bedak sejuk.
Ini adalah lawatan pertama den ke pondok pengajian agama.
Semoga ianya bukan menjadi pondok pertama dan terakhir yang den lawat.
In sya Allah semoga den akan dapat melawat pondok pengajian agama yang lain di masa depan.
0 Comments