Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Marilah kita sambung cerita tentang Lawatan Mahabbah Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis) pada akhir Januari 2024 yang lepas.

Entah bila hendak selesai ni entah la muhahhahhhaaha.

 

Selepas habis program dan sesi membeli belah di perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Prai, Pulau Pinang, rombongan Cik Kiah terus aje bertolak ke Masjid al-Busyro, Merbok, Kedah dalam 9.20 pagi.

Dalam 10.20 pagi, kami sampai di Masjid Al-Busyro.

Cantik kan ruang utama solat ni

Sementara hendak tunggu taklimat, den sempat tapau apam lenggang depan masjid.

Walaupun tidak sama rasa macam apam lenggang di Seberang Jaya tapi bisa mengubat rindu den pada apam lenggang.

Ada banyak reruai jualan makanan dan barangan di perkarangan masjid.

Memang menjadi tumpuan ramai selepas habis taklimat.

 

Taklimat oleh AJK Masjid Al-Busyro

Terdapat 3 fasa Pembangunan masjid:

1) Fasa 1 - buang pagar dan mencantikkan masjid.

2) Fasa 2 - buat tandas ala-ala di RR.

Memang mantap tandas dia.

Selesa siap ada pokok bagai.

Macam tandas di hentian RnR PLUS.

3) Fasa 3A - telaga wakaf, car wash, rumah sewa, kiosk vendor, food court

4) Fasa 3B - Al Busyra Bistro (cafe hipster, nasi Arab), telekomunikasi, etc.

Siap ada manicure pedicure ye

5) Fasa 3C yang paling banyak komponennya:

i) dobi, tandas mesra Muslimah dan taman permainan.

ii) Al Busyra cetak (percetakan - hasilkan merchandise masjid-mug, tumbler, mafla, fridge magnet)

iii) Al Busyra Studio (content creator dan media social)

iv) muslimah spa & salon, kedai gunting rambut.

 

Fasa 3B dan 3C lebih fokus pada untuk menarik hati anak-anak muda untuk dekat pada masjid.

Pengurusan masjid sedang dalam proses untuk membuat homestay.

Taklimat ditamatkan dengan selawat beramai-ramai.

 

Ahli rombongan Cik Kiah pusing sekupang dua di perkarangan kawasan masjid.

Ada yang sempat menjamu selera.

Ada yang membeli belah di reruai jualan pakaian Muslimah, cawan, etc.

Banyak juga reruai menjual makanan.

Boleh jadi rambang mata sekejap.

Sunbae belanja den makan cendol kelapa sawit.

Alhamdulillah rezeki den berpeluang mendengar tentang perkongsian pengurusan masjid yang menaiktaraf pelbagai kemudahan serta menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada anak muda.

Kot ada sesiap hendak beri sumbangan pada masjid nih ye

Ianya mengingatkan den kepada zaman kegemilangan perniagaan Al-Arqam.

Kalau tidak kerana Al-Arqam terpesong, barangkali boleh menjadi salah satu kuasa besar dalam perniagaan.

Apa jadi gamaknya ye pada tanah Al-Arqam di kawasan Penchala tuh?

Jemaah lain elok sopan berjubah bagai. Seketul den dengan seluar jeans nya. Haish.

 

 

 

0 Comments