Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Pejam celik udah masuk Mac 2024.

Masa begitulah ye.

Begitu cepat berlalu.

 

Tinggal lebih kurang 1 minggu sahaja lagi untuk anak-anak masuk persekolahan sesi baru.

Lebih kurang sama tempohnya kita akan menyambut Ramadan 2024.

In sya Allah semoga Ramadan 2024 menjadi Ramadan terbaik kita ye.

 

Kome udah habis ganti puasa ke belum tu?

In sya Allah den tinggal 1 hari lagi hendak kena ganti ni.

Haish….entah sempat ke idok hendak mengganti tu dengan macam-macam agendanya.

Agenda makan-makan sebenarnya hehehehhehe.

 

Tidak tahu kenapa selalu ada agenda makan-makan sebelum Ramadan ni.

Macam kan tidak boleh makan masa Ramadan hehehehhe.

Lebih pada hendak meraikan kawan-kawan sebenarnya ye.

Lepas tuh macam acah terkejut kenapa berat mencanak naik ye

Kalau hendak diikutkan sudah ada 5 agenda makan-makan ni.

Bersama pasukan kecil den di pejabat.

Dengan konco-konco jiran tetangga.

Dengan ex-housemates circa early 2000s.

Bersama the unexpected friends yang terjumpa masa blogging pada 2019.

Dengan konco-konco pejabat.

 

Ini belum cerita agenda pergi ke lawatan tapak yang den hendak selesaikan sebelum Ramadan.

Tinggal minggu depan aje ni hendak pergi melawat kawasan ni.

Isnin sudah ada janji hendak tengok projek pemuliharan kualiti air di Kuala Selangor.

Lawatan tapak ke 2 premis + 1 tapak kuil di Sabak Bernam pun hendak pergi minggu depan ni.

Penuh kan jadual?

 

Kalau hari minggu memang tidak dapat hendak puasa ganti.

Ada jemputan kenduri kahwin.

Agenda makan-makan yang diselitkan apabila hendak pulangkan buku di perpustakaan awam nanti.

Jadinya entah sempat idok puasa ganti 1 hari tu huhuhuhu.

 

In sya Allah pasukan den di pejabat akan menguruskan satu mesyuarat besar pada minggu ketiga bulan Mac.

Mesyuarat yang satu ini biasanya bikin kepala pusing sebab macam-macam hal.

Hendak tengok dokumen yang perlu dikemaskini pun udah rasa berdebar-debar begitu.

Memang lain macam mesyuarat yang satu ni hehehee.

 

Mac 2024 ni in sya Allah bulan sambutan hari lahir.

1 Mac suami den 46 tahun.

6 Mac anak bongsu kedondang sayang den 10 tahun.

25 Mac den 46 tahun.

Bengang je anak sulung den sebab dia sorang lahir bulan Julai.

Dia selalu tanya kenapa dia tidak lahir bulan Mac juga?

Kenapa dia dipinggirkan dari sambutan birthday secara berjemaah ni hehehe.

 

Jadinya memang sajak la bulan Mac ni den katakan sebagai bulan celebration.

Celebration untuk menyambut Ramadan Al Mubarak yang utamanya.

Celebration birthday kami 3 beranak.

Celebration budak-budak masuk persekolahan baru.

 

Kalau diikutkan macam ada 3 KDrama yang begitu hype akan ditayangkan pada Mac 2024 ni.

Kita tengok nanti ada tak yang berkenan di hati.

Den kalau cerita cinta pandang memandang sampai 10 minit memang la den idok minat.

Love story yang den berkenaan dooh adalah macam KDrama Knight Flower.

Unexpectedly super sweet.

Hoping to get a chance to travel after Aidilfitri nanti

Ada banyak cerita hendak dikongsikan di dalam blog ini.

Tapi itu la malasnya tuh bukan kepalang.

Media sosial yang lain pun sakan tidak update.

Ke elok dibatalkan aje semua akaun FB, IG, Twitter dan Tik Tok tuh.

Dia macam ala-ala rasa hendak berkongsi cerita.

Tapi pada masa yang sama macam hendak simpan sendiri ceritanya.

Lepas tuh malas la pulanya hehehhehee.

 

Den mendoakan bulan Mac 2024 adalah bulan terbaik untuk kita semua.

In sya Allah kita akan bertemu dengan bulan Ramadan.

Bulan yang paling barakah antara semua bulan.

Bulan penuh rahmah dan keampunan.

 

Let us heal from the wound, hurt, and story that we don’t tell others.

Let us rock March 2024 yar.

Semoga Mac 2024 kita awesome banget yar

 

 

1 Comments

  1. Sekejap jer dah masuk bulan 3 kan .. moga setiap bulan yang datang membawa manfaat untuk kita semua .

    ReplyDelete