Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Bawa anak-anak ke mana cuti sekolah ni?

Heaven sangat cuti sekolah sebab tidak ada kesesakan lalu lintas bila hendak ke tempat kerja.

Ini yang paling awesome sebenarnya bila cuti sekolah.

 

Kome kalau berjalan-jalan ke Ipoh sempena cuti sekolah ni.

Bersama keluarga atau kawan-kawan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Boleh pertimbangkan untuk makan dimsum di Dim Sum Discovery by Canning, Gunung Rapat, Ipoh.

Baru sangat buka ni.

Minggu lepas den ada mesyuarat di Ipoh.

Jadinya selepas habis mesyuarat den singgah sebentar di sini.

Menu makanan

Sama dengan menu yang disediakan di Canning Dim Sum Ipoh.

Ada pelbagai jenis dim sum yang kita boleh pilih.

Disebabkan selepas mesyuarat den telah makan tengahari di tempat mesyuarat, makanya tidak la terasa lapar sangat.

Jadi den cuma makan 5 menu sahaja.

Chee cheong fun udang, kaki ayam, dimsum ketam, radish meal dan dimsum goreng.

Tema buat-buat merasa begitu.

Makanannya ada rasa dan sedang elok untuk tekak den.

Harga memang la hipster tetapi udah nak merasa kan?

Makanya pejam mata dan bayar aje ye.

 

Kome nengok la kan.

Macam mana tidak membulat.

Lepas makan nasi tengaharinya, tidak sampai setengah jam makan dim sum pula.

Oh my cholesterol sungguh.

Haish.

 

Persekitaran

Lokasi Dim Sum Discovery by Canning ni dalam salah satu gudang di Gunung Rapat.

Makanya ia agak panas walaupun telah diletakkan berenyut-renyut kipas.

Tema kedai mungkin pink barangkali sebab sana sini warna pink.

Ada pelbagai tempat menarik untuk OOTD.

Cumanya tiada siapa hendak layan den bergambar huhuhuhu.

Makanya gambarnya ada sekupang dua aje la.

Menarik kalau dapat makan di dalam sarang burung.

Masa den sampai, semua sarang burung penuh.

Jadinya kami duduk makan di tempat duduk biasa.

Rezekinya masa hendak balik ada sarang burung yang kosong, jadinya dapat la bergambar sekupang.

 

Dekat luar gudang juga tersedia sebuah bas lama yang diletakkan maklumat tentang Dim Sum Discovery by Canning.

Tak tau la kalau esok-esok kita boleh makan dim sum dalam bas ni juga.

Pakej Kiddos Dim Sum Workshop

2 perkara unik di Dim Sum Discovery by Canning ni adalah:

1. kita boleh tengok macam macam dim sum dibuat kerana terdapat ruang pembuatan dim sum dalam gudang ni; dan

2. Pakej Kiddos Dim Sum Workshop

Pakej Kiddos Dim Sum Workshop yang paling istimewa di Dim Sum Discovery by Canning ni.

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas boleh sertai bengkel membuat dim sum.

Mak ayah kalau hendak sertai sekali pun boleh ye

Menarik sebenarnya pakej ni.

Tapi disebabkan kami tidak tahan panas lit-lit dan mengejar masa, tidak la kami sertai bengkel ini.

In sya Allah lain kali kita usahakan.

Maklumat tentang Pakej Kiddos Dim Sum Workshop:

Kome jangan lupa jadi ahli juga tau sebab boleh dapat sebiji pau percuma selepas pendaftaran hehehee.

Kesimpulan

Pelbagai menu makanan yang ada rasa.

Tempat selesa dan luas.

Banyak tempat untuk OOTD.

Ada pakej aktiviti untuk kanak-kanak.

 

Cumanya kalau tanya den.

Jika hendak makan bersantai dan bergossip di persekitaran yang kondusif.

Ayat gomen sudah keluar heheehehehee.

Den lebih berkenan untuk lepak di Canning Dim Sum Ipoh sebab persekitaran yang lebih sejuk.

Itu je.

Boleh baca di sini ye tentang kedai di Ipoh:

https://www.dinohauz.com/2023/11/tempat-makan-sedap-di-ipoh-canning.html

Tetapi tetap juga Dim Sum Discovery by Canning, Gunung Rapat ini menarik untuk dikunjungi.

 

Lokasi dan Waktu Operasi

26, Hala Rapat Baru 21, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta Jaya, 31350 Ipoh, Perak

https://maps.app.goo.gl/st5wSrTYUDcNXhYbA

8 am - 4 pm (Selasa tutup)

Telefon: 016-709 1535

Facebook: https://www.facebook.com/canningdimsumipoh

 

Jadinya selamat menjamu selera makan dim sum di sini.

Kalau ada kesempatan jangan lupa sertai bengkel buat dim sum ye.

Jadi kome moh la kita ke Perak 2024 ni.

Moh kita.

 

4 Comments

  1. cantiknya.. macam sangkar burung gergasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tempatnya cuma agak berbahang dan panas

      Delete
  2. Tahun ni pon tahun melawat Melaka 2024..
    Dah mai melaka belum? hehe

    ReplyDelete
  3. In sya Allah next week nak pergi Melaka😊

    ReplyDelete