Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Udah habis ganti puasa ke?

Nih soalan untuk diri den sebenarnya huhuhuhuhu.

Ada 2 hari lagi belum ganti ni.

Entah sempat ke idok ganti sebelum Ramadhan 2024 ni.

Sekali sekala den akan terjumpa dengan KDrama yang den jatuh cinta teruk.

KDrama Knight Flower ini adalah salah satu daripadanya.

Den tidak sangka akan sakan terpesona dengan KDrama yang satu ini.

Dia dalam kategori KDrama yang den tidak sabar-sabar hendak tunggu episod seterusnya.

Tajuk: Knight Flower

Episod: 12

Genre: Aksi + Komedi

Sinopsis Ringkas:

Cho Yeo-hwa (lakonan Lee Hanee) merupakan seorang balu yang suaminya meninggal dunia 15 tahun lepas semasa hari pernikahan deme. Zaman Joseon ni kalau balu atau janda memang dalam kelompok orang buangan padahal bukan salah deme pun jadi begitu.

Siangnya Yeo-hwa ni menjalani kehidupan sebagai balu yang begitu bosan sambil melayan emak mertuanya (pelakon veteran mantap Kim Min-kyung).

Malamnya si Yeo-hwa menjadi ala-ala Robin Hood membantu rakyat jelata dalam kesusahan.

Dia pakai ala-ala ninja semasa misi menjadi hero ni.

Dalam dia dok membuat misi menyelamat bagai ni, dia sokmo bertembung dengan Kapten Park Soo-ho, seorang pegawai kerajaan yang tegas dan ikut buku.

Ada banyak rahsia juga melibatkan Maharaja, bapa mertua Yeo-hwa, abang Soo-ho, etc.

Memang one captivating drama from the start until the end.

 

5 Sebab Kenapa Korang Kena Tengok KDrama Knight Flower:

1. Tiada Episod Yang Bosan dan Meleret

Cerita ni dari episod 1 sampai episode 12 memang fast pace.

Tiada satu adegan pun yang bosan.

Jalan cerita membuatkan kita macam ala udah abis ke?

Tak sabar hendak tunggu episod seterusnya.

Setiap epilog kebanyakannya mengundang gelak ketawa.

Dia macam kenapa cerita best macam ni 12 episod je.

Patutnya buat la 16 episod.

20 episod pun den sudi je nak tengok macam tuh.

 

2. Genre Aksi Komedi

Biasa drama sageuk berat macam asyik la Menteri Kanan la Menteri Kiri la dok sakan berkomplot hendak menjatuhkan Maharaja sedia ada la, pemberontakan la, apa la.

KDrama ini ada juga plot jahat oleh bapa mertua heroin, Left State Councillor terhadap Maharaja tetapi diolah dalam bentuk yang tidak begitu berat.

Funny, light and heartwarming begitu.

Aksi berlawan pun tidak banyak.

Memang kurang la adegan berlawan pedang dan memanah dalam cerita ni.

Ia lebih fokuskan pada kehidupan Yeo-hwa sebagai masked vigilante, jenuh melayan karenah emak mertua dan perbezaan pendekatan dengan Kapten Park Soo-ho di samping menyiasat kelicikan Seok Ji-sung.

 

3. Heart Fluttering Unexpected Romance

KDrama yang satu ini tidak dipromosi beriya tau sebelum tayangannya.

Dia macam den tengok KDrama ni sebab genre aksi komedi.

Tapi den terpesona dengan unexpected romance yang terselit secara organik dalam drama ni.

Dia macam tolonglah happy ending untuk hero dan heroin.

Kalau sad ending rasa den yang patah hati lagi teruk.

Tiada adegan berpelukan ke cium ke tetapi ini adalah among the sweetest love story ever.

Bukan setakat kisah hero dan heroin tetapi juga pelakon pembantunya.

My kind of favourite love story.

Dia macam la…..kenapa sweet sangat tiba-tiba ni padahal tengah bincang pasal misi menyelamat bagai.

The twirl….oh my heart.

 

4. Lakonan Berkesan oleh Semua Pelakon

Ramai orang tengok KDrama ni sebab pelakon utama wanita Lee Hanee.

Ini merupakan ala-ala a comeback drama untuk dia selepas dia berkahwin dan melahirkan anak pada 2022.

Tapi akhirnya den jatuh suka dekat semua pelakon dalam drama ni termasuklah the villain.

Seok Ji-sung, Left State Councillor memang mengundang rasa hendak disantau aje layaknya hehehhehee.

Contoh manusia lembut gigi dari lidah.

Acah prihatin tetapi raksasa begitu.

Maharaja, orang kanan Maharaja, pembantu Yeo-hwa, pemilik pusat perniagaan, emak mertua, dsb semuanya melengkapkan drama ini dengan begitu berkesan.

 

5. Lee Jong-won

Pertama kali den tengok Lee Jong-won berlakon.

Terus terpesona teruk.

Renungan matanya, gaya tegasnya, senyumannya, etc memang macam watak Kapten Park Soo-ho ditakdirkan untuk dia.

Walaupun ini adalah KDrama pertama beliau sebagai pelakon lelaki utama.

Tetapi chemistry dia bersama Lee Hanee dan Lee Ki-woo memang awesome.

Kalau ada rezeki pilih naskah drama dan movie best di masa akan datang, dia akan jadi antara male lead yang akan mencuri tumpuan apabila muncul di layar.

Lee Jong-won ni mengingatkan den kepada Ryu Jun-heol dan Woo Do-hwan.

Sharp jawline, dazzling smile and mesmerizing soothing voice.

 

KDrama nan satu ini akan menjadi salah satu KDrama favourite den.

KDrama yang akan diulang tengok apabila melalui hari-hari yang agak suram.

One of the best KDrama for 2024.

Bila den tengok episod terakhir Knight Flower, terus jadi macam:

Jadinya KDrama apa pula den nak tengok ni.

Dia bila kita udah tengok KDrama yang best, akan mengambil masa untuk move on begitu.

 

0 Comments