Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari Jumaat yang barakah ini?

Tiba-tiba udah Februari 2024.

Macam eh udah masuk bulan Februari ke?

Haishhh.

 

Cepat benar masa berlalu.

Begitulah kalau kita tidak berpesan-pesan pada kebenaran.

Sememangnya kita rugi kerana masa yang pergi tidak akan bisa kita dapat kembali.

 

Januari 2024 untuk den macam blur-blur sedikit sebab den demam sakan 2 minggu terakhir tuh.

Demam pakej batuk, selsema dan sakit tekak bagai.

Memang banyak tidur je kerojenya.

Baru Januari udah sakan MC macam mana kan huhuhu.

 

Bila tidak sihat banyak program terpaksa dibatalkan.

Ada program yang telah dirancang sejak November 2023 pun terpaksa di let go.

Walaupun ianya termasuk dalam kategori once in a lifetime experience.

Memang terkilan sangat.

Tapi hendak diapakan ye tak kalau buka mata pun tidak lalu huhuhuhu.

 

Highlight bulan Januari adalah den berjaya membaca 22 buah buku.

Ini memang pecah rekod ye.

Den pun musykil macam mana den boleh terbaca buku banyak macam ni.

Mungkin penangan terperap dekat rumah akibat demam.

Mungkin juga banyak masa dihabiskan di dalam kenderaan awam.

 

Bulan Januari juga merupakan permulaan fasa den naik Bas Smart Selangor.

Pergi ke pejabat.

Balik dari pejabat.

Setakat ini okay.

Adegan tertinggal bas itu memang ada hehehehehe.

Bila hujan lebat memang agak dramatik dan mencabar hendak naik bas.

Terima kasih arwah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebab arwah yang mengilhamkan perkhidmatan Bas Smart Selangor ni.

Moh kita sedekahkan Al-Fatihah kepada MB favourite den nih ye.

Humble dan berjiwa rakyat sangat orangnya.

 

Januari juga adalah bulan den sakan tengok KDrama sampai rabak mata.

Sampai kepala weng.

Mungkin ini juga penyumbang kepada tidak sihat berpanjangan.

Sebab tidak cukup tidur.

Haish.

 

Bulan Februari ni adalah bulan untuk mengganti puasa dengan jayanya hehehe.

Itu pun kalau sempat la ye.

Dasar kesambet setan begitu la ye.

Ada 1 tahun sebenarnya untuk ganti puasa daripada berakhir Ramadhan 2023.

Tetapi tetap la terpleot bab-bab mengganti puasa ni.

In sya Allah den akan cuba sehabis baik bulan Februari ini.

Chaiyok chaiyok hehehhehee.

 

Kalau cerita bab kerja memang tidak akan pernah berkesudahan.

Jadual bulan Februari udah penuh dengan pelbagai mesyuarat dan lawatan tapak.

In sya Allah minggu kedua bulan Februari ni, pasukan kami akan lengkap ahlinya.

Seorang anak ikan akan kembali bertugas setelah habis cuti bersalin.

Semoga pasukan kami akan lebih cemerlang gemilang pada bermula Februari ini.

Hakikat keroje gomen menurut KDrama Poong The Joseon Psychiatrist

Cuti sekolah 1 bulan akan bermula pada 9 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024.

Setakat ini memang tidak merancang hendak ke mana-mana.

Tidak tahu la kalau tiba-tiba tersampuk angin kus-kus.

Udah terpergi ke mana-mana hehehheehe.

 

Sekarang ini dia punya malas hendap update media sosial memang ngeri ye.

Banyak peluang untuk kolaborasi den pandang sepintas lalu sahaja.

Padahal banyak aje kolaborasi yang menarik.

Jadi malas gila hendak buat permohonan kolaborasi.

Mana pergi entah semangat juang ni huhuhuhu.

Midlife crisis barangkali ye.

 

Den harap sangat den masih rajin hendak mencoret di blog yang satu ini.

Dia punya malas tuh kadang-kadang tidak boleh dibawa berbincang.

Ke laut terpaling dalam begitu.

 

Semoga den dapat terus membaca buku pada Februari ni.

Harap-harap tidak dijengah reading slump la.

Ada 5 buah buku den baru pinjam dari PPAS Gombak ni.

Ada 5 buah buku den pinjam daripada jiran den.

Ada 5 buah buku sedang ditunggu bungkusannya dari kedai buku terpakai.

Berjujuk buku di almari di rumah yang den belum sempat jengah.

Berenyut-renyut ebooks dalam telefon bimbit menanti untuk dibaca.

Sebuah ebook dengan 2791 mukasurat yang entah bila den berani hendak baca.

Jadinya berharap sangat den tidak akan terpleot bab membaca ni.

 

Walaupun kadang-kadang rasa terpleot hendak tidur aje.

Marilah kita tetap bangun berusaha bertahan hidup ye.

Kerana itulah kehidupan.

 

Semoga Februari 2024 akan menjadi Februari paling fabulous di dalam hidup kita ye.


0 Comments