7 Tempat Menarik Denai Warisan Batu Gajah (Batu Gajah Heritage Trails) Tempat Menarik Perak 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun 2024 ini adalah tahun melawat Perak dan Perlis.
Ada banyak cerita dalam tentang Perak dan Perlis dalam kenangan.
Ada trip bersama konco-konco ke Perlis pada akhir 2022.
Sesi berjimbaan ke Perak memang banyak sehingga akhir 2023.
Udah macam kampung teman Perak tuh.
Chewah.
In sya Allah coretan tentang Jalan-Jalan Cari Makan pada tahun 2024 ini dimulakan dengan kisah den berjimbaan di Batu Gajah.
Sepintas Lalu Tentang Batu Gajah
Batu Gajah Bandar Bertuah adalah bandar yang berdekatan dengan Ipoh, Tronoh, Pusing, etc
J.W.W. Birch, Resident British Pertama di Perak pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875.
Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.
Untuk pembacaan lanjut sejarah Batu Gajah boleh baca di
https://ptg.perak.gov.my/portal/web/batu-gajah/sejarah
Denai Warisan Batu Gajah (Batu Gajah Heritage Trails)
Ada banyak tempat yang dikategorikan sebagai heritage trails atau denai warisan di Batu Gajah ini.
Yang paling terkenal udah tentu la Kellie’s Castle.
Tapi ini den belum pernah sampai.
Sebab kiddos tidak minat hendak pergi tempat sebegini.
Kena tunggu konco-konco ada masa hendak berjalan ke sini.
Kalau hendak diikutkan terdapat 15 denai warisan.
7 denai warisan ini adalah yang den sempat pergi setakat ini.
Ini ikut kepala den je heritage trails nya hehehhehee.
Mahkamah Lama - Bangunan Kediaman Jururawat - Gaol Kinta - Tanah Perkuburan God’s Little Acre - Gereja Anglikan Holy Trinity - Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah - Stesen Keretapi Lama
Separuh hari kome udah boleh pergi ke semua tempat ni.
Kome boleh meletakkan kereta di satu tempat.
Kemudiannya kome boleh berjalan kaki kesemua 6 tempat tersebut kecuali Stesen Keretapi Lama sebab di sebelah kawasan lain.
Kebanyakan tempat den cuma ambil gambar papan tanda je huhuhuhu.
Bangunan Kediaman Jururawat dan Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah den masuk sampai ke dalam.
1. Mahkamah Lama (Old Courthouse)
Mahkamah Lama ini terletak di dalam Kompleks Pentadbiran Daerah Kinta, Batu Gajah.
Bangunannya memang nampak tersergam indah dan kukuh binaannya.
Bangunan yang siap pada 1892 ni memang terserlah ciri kolonialnya ye.
Tidak pasti orang awam macam kit ani boleh ke masuk perkarangan mahkamah ni sebenarnya.
Itu yang den bergambar dekat depan tuh sahaja.
Udah baca maklumatnya tapi itu la lupa sudah apa ceritanya |
Den rasa den ada ambil gambar maklumat yang terletak di hadapan bangunan ini.
Tapi itu la tidak jumpa cari pula gambarnya.
Adakah harus den ulang datang ke sini?
2. Bangunan Kediaman Jururawat
Dari Mahkamah Lama, kita hanya perlu berjalan kaki tidak sampai 5 minit untuk sampai ke Bangunan Kediaman Jururawat.
Bangunan kayu 2 tingkat ni memang bagi vibes old school sangat.
Dibina sekitar 1880an, bangunan ini masih digunakan sebagai pusat pentadbiran.
Klasik sangat bangunannya kan |
Ada mini muzium di Tingkat 2 bangunan ini tau.
In sya Allah den cerita dalam post yang akan datang ye.
Bukti hadir melawat di tingkat 2 bangunan ini
3. Gaol Kinta (Penjara)
Ianya terletak sebaris dengan Bangunan Kediaman Jururawat.
Tidak sampai 3 minit berjalan kaki.
Tetapi orang awam tidak boleh masuk ke sini ye.
Penjara yang dibina pada 1888 ini berada di dalam kawasan Pusat Pemulihan Akhlak Jabatan Penjara Malaysia.
Jadinya den pun tidak nampak kelibat bangunan penjara itu.
Ambil gambar papan tanda di pintu masuk je.
4. Tanah Perkuburan God’s Little Acre
Dari Gaol Kinta, kita akan berjumpa dengan Tanah Perkuburan God’s Little Acre.
Ianya berada di hujung jalan.
Tidak sampai 5 minit berjalan kaki.
Ini pun kawasan yang den tidak masuk.
Lebih 600 orang dikebumikan di tanah perkuburan ini seawal 1891.
Sini pun den cuma ambil gambar papan tanda maklumat sahaja.
5. Gereja Anglikan Holy Trinity
Betul-betul sebelah Tanah Perkuburan God’s Little Acre, kita akan berjumpa dengan Gereja Anglikan Holy Trinity.
Gereja ini dibina pada 1895.
6. Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah
Ianya boleh dikatakan terletak di belakang Gaol Kinta.
Tidak sampai 5 minit berjalan kaki.
Den berkesempatan masuk ke dalam rumah ini dan diberi penerangan oleh kakitangan yang bertugas pada ketika itu.
Almarhum Sultan Azlan Shah tinggal di sini dari 1939 - 1949.
Di dalam rumah ini terdapat keratan akhbar, gambar, etc yang berkaitan dengan Alharhum Sultan Azlan Shah.
In sya Allah den akan ceritakan dalam post akan datang ye.
In sya Allah berbaloi kome menjejakkan kaki ke 6 tempat di dalam Denai Warisan Batu Gajah ini.
Terutamanya kepada peminat sejarah.
Cuma jangan lupa bawa payung, topi, cermin mata hitam dan air mineral ye.
Sebab Batu Gajah ni sokmo panas lit-lit.
7. Stesen Keretapi Lama
Naik kereta dalam 5 minit untuk sampai ke Stesen Keretapi Lama dari Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah.
Den tidak teringat hendak ambil gambar persekitaran kawasan ni.
Cuma den sempat ambil gambar latarbelakang kedai nasi ayam je kat sini huhuhu.
Stesen ini dijadikan gerai makan dan kedai gunting rambut.
Ada banyak lagi bangunan yang disenaraikan di dalam Denai Warisan Batu Gajah ni.
Sri Subramaniyar Swami Kovil, Bangunan Teater Wah Onn, Kuarters Pekerja Keretapi, Batu Gajah (batu berbentuk gajah), Pekan Lama, Tokong Kuan Tay, Royal English School, Rumah Rehat Kerajaan, Kelab Kinta Gymkhana, Rumah Pegawai Daerah dan Gereja Roman Catholic St. Joseph.
Kome bole baca di sini ye https://www.malaysia-traveller.com/batu-gajah.html
Den melalukan je Rumah Pegawai Daerah, Rumah Penghulu, kuil, etc tetapi setakat ini tidak terasa hendak singgah ambil gambar lagi.
Den tidak pasti Perpustakaan Awam Batu Gajah termasuk atau tidak dalam senarai Denai Warisan ini.
Bangunan ini dibina pada 1918.
In sya Allah den akan ceritakan pasal Perpustakaan Awam Batu Gajah di dalam post akan datang ye.
Banyak kan tempat bersejarah di Batu Gajah, Perak ni?
Walaupun comel aje keluasannya tetapi tetap mempunyai cerita tersendiri.
In sya Allah ada rezeki den kongsi lagi cerita JJCM Perak.
Moh kome kita melawat Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 ni.
Moh kome.
0 Comments