Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah ada rezeki kita bertemu dengan Disember.

Maknanya masih ada ruang kita untuk memperbaiki diri dalam pelbagai aspek.

Walaupun kedut makin banyak kita kena bersyukur kerana berjumpa hari ini.

Ramai orang tidak berpeluang bertemu Disember 2023 kerana telah pulang ke dunia abadi.

Al-Fatihah untuk semua saudara kita.

Hidup memang keras terutamanya bagi rakyat marhaein dalam golongan M40 dan B40.

In sya Allah kita usahakan apa yang mampu ye.

 

Disember 2023 adalah bulan yang awesome untuk orang Selangor.

Sebab birthday Sultan Selangor jatuh pada Isnin (11 Disember).

Yeay boleh bermalas-malasan di rumah dengan jayanya.

In sya Allah den nak makan nasi lemak sambal udang kecil-kecil yang boleh dimakan dengan kulitnya tuh pada hari cuti itu.

Den bab-bab makan ni memang bersemangat hehehehhee.

Tidak dilupa juga cuti Krismas yang akan turut jatuh pada hari Isnin.

Yeay boleh tidur dengan jayanya lagi hehehhehe.

 

12 Disember 2023 genap 1 tahun arwah abah meninggal dunia.

Masa arwah emak meninggal dunia pada Oktober 1988, den berumur 10 tahun.

Den sedih tetapi sebab mungkin den masih kecil jadinya macam den terbiasa membesar tanpa arwah emak.

Abah meninggal dunia masa den berumur 45 tahun, jadinya kesedihannya tuh sangat berbeza.

Kadang-kadang bila ternampak pakcik-pakcik yang ada vibes macam abah lagi-lagi pakcik yang berambut ikal dan bermisai, den boleh sebak tiba-tiba di situ.

Kadang-kadang bila baca Quran tuh teringat sangat dekat abah.

Tengok KDrama ada watak bapa pun buat hati den sayu.

Mungkin sebab den sendiri sudah tua, jadinya cepat terpleot perasaannya.

Begitulah.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk abah den, Bahashim bin Khalid ye.

 

Jadual kerja di bulan Disember ini penuh banget.

Berenyut-renyut seminar, bengkel, mesyuarat, lawatan tapak dan lain-lain.

Siap ada yang bertindan antara satu sama lain programnya.

Bersemangat deme semua ni bekerja hehehehehehe.

Patutnya Disember kita santai-santai sudah kan hehehehhe.

Dalam banyak-banyak program yang telah memenuhi planner den, den teruja hendak melawat tempat pembuatan dan pemprosesan sabut kelapa.

Den suka pergi tempat macam ni.

 

Berdasarkan analisis semasa, memang tidak akan sempat den baca semua buku yang tersusun di merata tempat di rumah den tuh.

Jadinya kita pasrah la baca apa yang sempat ye.

In sya Allah den rancang hendak pergi ke Pesta Buku Selangor yang akan berlangsung pada 1 - 10 Disember 2023.

Ini memang bisa mengundang kepada tambahan gugusan buku TBR (to be read).

Adoi la.

Susah hendak berjanji tidak akan jatuh cinta dengan buku ni.

 

Disember juga adalah masa untuk membuat bayaran Zakat Pendapatan.

Boleh je bayar secara atas talian.

Tetapi den suka pergi ke Lembaga Zakat Selangor sebab dapat calendar hehehe.

Orang Malaysia dan kasih kepada barang percuma berpisah tiada hehehehe.

Jangan lupa bayar Zakat Pendapatan sebelum 31 Disember 2023.

Bagi diambil kira untuk pelepasan cukai pendapatan 2023.

 

In sya Allah akan ada 2 farewell gatherings Disember ini.

Seorang sunbae yang banyak sangat menolong den akan menamatkan perkhidmatan pada 15 Januari 2024.

Jadinya marilah kita berparti buih bagi meraikan persaraannya eh hehhehee.

Ini akan jadi sesi makan-makan yang penuh emosi.

Seorang sunbae yang sentiasa membantu apabila diperlukan.

Hilang sudah kawan menyanyi karaoke dalam kereta bila di dalam kesesakan jalan raya.

Tiada sudah orang yang akan melayan soalan ‘bila kita hendak kaya kan?’

Sunbae yang selalu cerita perkara-perkara kelakar dan buat den gelak sampai tak cukup nafas.

Geng makan cakoi, puri dan cendol.

The one kind of sunbae.

 

Lagi satu farewell adalah untuk anak buah satu pasukan yang akan berpindah tempat kerja.

Orang kanan den nih.

Akan patah sebelah sayap den nanti ni sebab dia adalah anak buah paling senior di dalam pasukan.

Tetapi bak kata Don Vito Corleone, The Godfather ‘I’ll make him an offer that he can’t refuse’.

Begitulah tawaran yang diberikan kepada syarikat baru kepada anak buah den.

Berbaur perasaan kehilangan anak buah nan seorang ini.

Happy banget dia dapat better offer tetapi sedih sebab den akan hilang my wingman.

Tiada siapa nanti akan bagitau KDrama terkini yang best untuk ditengok.

Hilang sudah konco untuk makan makanan Korea.

Dengan berat hati den lepaskan dia bagi perkembangan kerjaya yang lebih cemerlang.

Didoakan semoga dia akan terus berjaya di tempat baru.

Didoakan juga agar dipertemukan dengan jodoh yang molek-molek.

 

16 Disember 2023 - 1 Januari 2024 akan bermula cuti sekolah.

Yeay jalan raya akan lengang.

Mudah hendak pergi kerja hehehhehee.

Den tiada rancangan hendak ke mana-mana sebab tentunya penuh sakan semua tempat tumpuan pelancongan.

Hanya plan hendak peluk kiddos lama-lama.

Sebab tak tau sampai bila den ada rezeki nak peluk deme.

 

KDrama yang den hendak tengok Disember ini adalah Our Summer (3 Days Vacation).

Akan ditayangkan di Neflix bermula 6 Disember.

Baca sinopsis macam sejenis KDrama dalam kategori slice of life.

Ada sedikit vibes macam KMovie Little Forest.

Sejenis drama realiti kehidupan yang tiada CEO kaya kayak jatuh cinta dengan damsel in distress.

Den suka drama genre sebegini walaupun biasanya buat ayaq mata merambu.

 

Begitulah cerita den di bulan Disember.

Penuh jadual kan?

Begitulah kehidupan.

Mahu tidak mahu kena jalan terus.

 

Semoga Disember 2023 menjadi bulan yang terbaik dan cemerlang, gemilang dan terbilang bagi menutup tahun 2023.

In sya Allah.

Moh kita.


 

0 Comments