Pengalaman Jalan-Jalan Semporna Hari Keempat
Hiking Bukit Tengkorak - Check out dari hotel - Shopping Ikan Bilis di Pasar Tanjung Tawau - Flight balik ke KLIA untuk kembali ke realiti kehidupan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhirnya setelah hampir memasuki tahun 2024, barulah kita sampai ke hari terakhir sesi berjimbaan ke Semporna pada Mei 2023 yang lepas.
Ini pun kira mujur yang berjaya juga dicoretkan.
Kisah sesi berjimbaan yang lain macam Miri, Langkawi, Kuantan, etc setakat ini masih terkubur.
Tidak tahu bila hendak diceritakan huhuhuhu.
Hari terakhir kami di Semporna dimulakan dengan breakfast with a view begitu.
Walaupun breakfast spread nya sempoi tetapi sedap banget.
Den makan bertambah bagai.
Popia goreng tuh memang sedap teruk untuk tekak den.
Den makan sampai 4 ketul.
Lepas tuh bingung ngapain beratnya makin meningkat.
Encik Zaki fetch kami di hotel dan hantar kami ke Taman Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.
Dalam 15 minit perjalanan ke sini.
Sampai je di sini ada kawan En Zaki tunggu untuk bawa kami ke kawasan untuk bergambar.
Naik tangga sekupang dua boleh nampak pemandangan cantik.
In sya Allah den cerita lagi tentang tempat ini di post akan datang ye.
En Zaki fetch semula kami di sini dan bawa ke hotel.
Selepas mandi kami terus aje check out dari hotel.
En Zaki tunggu sehingga kami naik kereta untuk ke Lapangan Terbang Tawau.
Dari sini kami naik pula kereta lain untuk ke Pasar Tanjung Tawau.
Dalam 40 minit perjalan dari airport.
Memang telah deal awal dengan encik grab supaya tunggu kami dalam 1 jam untuk kami shopping ikan bilis.
Kak Eita shopping sakan - ikan bilis, udang kering, sotong kering, ikan talang, etc.
Den tumpang sekaki membeli sekupang dua.
Semua yang dibeli dibungkus oleh anak-anak kecil yang bekerja di situ.
Kata boss kedai tempat kami membeli semua hidupan laut kering tuh daripada budak-budak itu merayau tidak ketahuan atau meminta sedekah, elok la mereka kerja.
Muda lagi budak-budaknya dalam umur tingkatan menengah rendah.
Tidak lama pun kami di sini.
Kami kemudiannya lepak aje di Lapangan Terbang Tawau.
Sempat makan soto di sini.
Boleh tahan sedap sotonya.
Lepas tuh kami tengok gambar-gambar yang telah diambil sementara tunggu boarding dan kembali ke realiti kehidupan.
Berakhir sudah sesi berjimbaan 4 hari 3 malam kami di Semporna.
Pakej yang diambil dengan Pakej Budak Merah memang awesome.
Memang mantap meletop awesome PBM💪💪💪
Terima kasih PBM 🥰
Kome kalau hendak pergi ke pulau-pulau di Semporna boleh berhubung dengan En Zaki PBM ye 0198993544
In sya Allah memang berbaloi.
Semua lima (5)
pulau yang kami pergi memang cantik semuanya.
Memang berpadanan dengan deskripsi crystal clear water, white sandy beach,
etc.
In sya Allah kena ulang pergi ke Semporna kerana tidak sempat menjejak kaki di Pulau Mantaking, Timba-Timba dan Pom-Pom.
Moh kome berjalan ke Semporna.
In sya Allah memang awesome banget.
0 Comments