Patah hati keriuk-keriuk.

Semalam masa baca dekat Twitter pasal Lee Sun Kyun meninggal dunia, den ingat itu hanya untuk click bait.

Sekali baca benar rupanya berita itu.

Langsung terkesima dan terpempan.

Ramai orang kenal the profilic, talented and brilliant actor ni masa movie Parasite 2019 menang Oscar.

Den jatuh suka pada dia sejak KDrama Coffee Prince 2007.

Masa tuh ramai orang terpesona dengan Gong Yoo dalam drama tuh tapi den lebih minat Lee Sun Kyun sebab lakonan dia lebih mantap + masculin Korean look + mischievous look + his deep soothing voice.

Suara dia memang mahal untuk halwa telinga den.


Lepas tu den tengok banyak movies dan KDrama yang dia berlakon macam Pasta 2010.

Movie dia A Hard Day 2014 den suka ulang tengok lagi-lagi ending nya sebab dia ingat dapat duit terpijak 1 beg.

Alih-alih dapat duit 1 bilik macam tuh.

Den kan memang mata duitan.

 

KDrama My Mister 2018 solidified his status as the male lead who will always ooze charisma whenever he appears on screen.

Drama dalam slice of life ni agak berat dan suram.

Tetapi drama yang sesuai diulang tengok apabila den rasa down.

Dia sama spesies macam The Shawshank Redemption.

Tema ‘jangan berputus asa untuk teruskan kehidupan walau apa pun berlaku’.

 

Den suka ulang tengok Lee Sun Kyun dalam KDrama Diary of A Prosecutor (2019 - 2020).

Bengong drama ni hehehehe.

KDrama ni banyak mengundang gelak ketawa dan ceria sokmo.

Scenes makan pun banyak.

 

Bila berita pasal dia disiasat pasal dadah sejak Oktober lepas, den harap kes dia akan jadi macam kes G-Dragon, bukan Yoo Ah-in (ni salah seorang pelakon yang den minat teruk).

Kalau pasal affair yang diperkatakan, den harap dapat uruskan sebagaimana Lee Byung Hun buat.

Den jangka dia akan rehat untuk beberapa tahun sebelum buat comeback.

Jadinya den memang terkujat gila babi bila baca berita dia meninggal dunia.

Den tak tau la macam mana tahap kecaman media + KNetz sampai membuatkan Lee Sun Kyun rasa the only way to deal with all that was to take his own life and leave his wife and two young sons behind.

Tragis sangat k.

 

Kenapa kita tidak mahu berlapang dada dan memberi peluang pada dia untuk memperbaiki diri walaupun dia bersalah?

Adakah kesalahan dia terlalu besar sampai kita kecam dia keterlaluan lalu membuatkan dia buat keputusan untuk mengakhiri hidup dia?

Patah hati ye.

 

Dia antara oppa yang memang den suka sangat lakonannya.

Dok tertunggu-tunggu movie dan KDrama dia yang terkini.

Den memang sedih bila tengok berita pasal dia dari semalam sampai hari ni.

Sebab den suka hampir semua movies dan KDrama dia.

Untuk den, Lee Sun Kyun adalah dalam kelompok heroes seperti Namkoong Min, Jang Hyuk, etc.

Dia macam asal ada nama deme-deme ni, idok perlu baca sinopsis ke apo.

Kita layan terus begitu konsepnya sebab selalunya memang tidak akan mengecewakan begitu.

 

Tak tau kenapa berita pasal Lee Sun Kyun ni buat den terasa dan sedih sangat.

Mungkin sebab den sentiasa mengharapkan kita semua berpeluang untuk memperbaiki diri apabila kita tersalah langkah dalam hidup.

Mungkin sebab di dalam dunia yang macam-macam ni, I found comfort in most of his movies and dramas.

Because I believed he was a good guy, and he deserves better.

Walau apa pun yang berlaku, we should always choose kindness.

Gonna miss this legendary ahjussi.



 

0 Comments