Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Kita dalam kategori rakyat marhaein ini sebenarnya dapat pergi ke Lotus pun udah gembira konsepnya.

Traveller, tourist, wanderlust dan seumpama dengannya kebiasaannya memerlukan uang yang bukan sedikit.

Jadinya den doakan kita semua dikurniakan Allah rezeki untuk menjelajah ke pelbagai tempat pada suatu masa nanti.

Kalau den dapat travel ke Sabak Bernam pun biasanya sudah gembira habis hehehehehe.

In sya Allah den kongsikan 12 tempat awesome yang den ada rezeki jejak pada tahun ini.

 

1. Jepun (Kobe, Osaka, Kyoto dan Nara)

Alhamdulillah ini rezeki yang memang den tidak sangka.

Terjumpa hebahan tentang kursus tajaan ini seminggu sebelum tarikh tutup.

Pulun sediakan semua dokumen yang diperlukan.

Semasa temuduga atas talian, den demam teruk, makanya sakan mengelap hingus begitu.

Tidak sangka den terpilih untuk sertai kursus tajaan Kerajaan Malaysia dan Jepun ini.

 

Kursus selama 14 hari pada Jun 2023 di negara matahari terbit ini memang awesome teruk.

Jepun adalah antara negara yang den teringin banget hendak pergi di dalam hidup den sejak den kecil lagi.

Ini adalah kali pertama den menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu.

Walaupun jadual kursus padat banget, sempat den berjalan sekupang dua.

Paling den happy sangat bila dapat melawat Jambatan Akashi Kaikyo, the second longest suspension bridge in the world.

Antara jambatan yang tersenarai di dalam 56 jambatan di dalam buku Bridges A History of the World's Most Spectacular Spanish by Judith Dupré.

Buku ini pun awesome teruk.

 

Den jatuh cinta dengan manholes covers yang den jumpa di Jepun ni.

Nanti kalau kerajinan yang entah bila tuh den cerita ye.

Kome boleh baca coretan den sedikit tentang Jepun di:

https://www.dinohauz.com/2023/07/18-sebab-kenapa-jepun-adalah-destinasi.html

 

In sya Allah hendak ulang pergi Jepun satu hari nanti.

Tidak pasti la kena menabung berapa tahun dapat pergi sendiri ke sini.

 

2. India (Delhi, Agra dan Kashmir)

Ini adalah trip yang menguji kesabaran.

Bukan sedikit wang yang terlibat.

Untuk acik bawang macam den yang tidak berani ke luar negara sendiri, ikut la pakej pelancongan begitu.

Lama den dan Eita menabung hendak pergi ke sini.

Kami bayar bulanan hampir 1 tahun setengah kepada tour agency.

 

Trip kami patutnya pada akhir Mac 2020.

Tetapi Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.

Jadinya memang lebur tiket penerbangan apa semua.

 

Ingatkan memang tiada rezeki kami untuk trip ini.

Hubungi tour agency pun idok berbalas bagai.

Pasrah kami mengenang nasib diri.

 

Akhirnya awal Januari 2023, wakil tour agency hubungi kami.

Maklumkan trip boleh dibuat dengan tambahan bayaran yang memang ngeri.

Tapi kalau tidak bayar, lebur terus pakej yang telah habis dibayar sebelum ini.

Jadi pejam mata bayar begitu.

 

Kami dapat melawat Taj Mahal, Agra Fort, tidur dalam houseboat, main salji di Gulmarg dan Sonmarg, etc.

Kuch Kuch Hota Hai gittew

Tobat lahum la tak lalu dah nak pi tempat salji.

Tak tahan sejuk kami ni.

 

In sya Allah ini kali pertama dan terakhir den berjalan dengan tour agency ini.

Serik bukan sebab hal PKP tetapi pengurusannya yang caca merba.

Dengan terkejar-kejarnya.

Macam-macam la kisahnya huhuhuhu.

Nanti la kalau rajin den cerita ye.

 

3. Singapura

Ini juga adalah antara perkara yang den tidak akan sangka akan berlaku.

Untuk orang cepat sesat barat dan kecut hati macam den, tidak pernah terfikir hendak solo travel.

Boleh baca di sini ye:

https://www.dinohauz.com/2023/06/solo-travel-ke-luar-negara-buat-pertama.html

 

Den sempat pergi Changi Airport, Pulau Ubin, MacRitchie Resevoir Park dan beberapa tempat lagi.

Super Tree Grove
MacRitchie Reservoir
Tree Top Walk
Chek Jawa Wetlands

Memang hendak dicoretkan dalam blog ini tapi itu la hehehehe.

 

In sya Allah mahu kembali ke Singapura satu hari nanti.

Tukaran wang nya keras tetapi negaranya menarik untuk den.

Boleh baca sini juga

https://www.dinohauz.com/2023/06/dua-belas-12-sebab-kenapa-orang.html

 

4. Semporna dan Mabul

Ini memang sesi berjimbaan yang paling awesome.

Cantik banget laut di sini.

Puas hati banget snorkeling di sini.

Dengan seafood segar.

Ini den cerita panjang dalam beberapa post dalam blog ini.

Boleh tengok kalau berkesempatan ye.

https://www.dinohauz.com/2023/06/pengalaman-4-hari-3-malam-di-semporna.html


Den juga sempat ke Mabul bersama konco-konco bloggers bersama keluarga mereka.

Tak tau bila nak cerita ni hehehehehehee.

In sya Allah den bercadang hendak ke sini lagi.

Masih banyak tempat yang perlu diteroka di Semporna sendiri.

 

5. Langkawi

Den tak tau kenapa den ada soft spot dengan Langkawi ni hehehehhehe.

Berapa kali pergi pun den tetap suka Langkawi ini.

Biarpun ada yang kata ‘ada apa je dekat Langkawi tuh’.

Den rasa macam ada banyak je tempat yang den belum pergi di sini.

 

Walaupun harga aneka perkara di Langkawi kadang kala bikin hati gundah.

Den berhasrat untuk ulang pergi Langkawi nanti.

 

Tahun ini rezeki den dapat pergi Langkawi dua kali.

Satu atas urusan rasmi yang menemukan den dengan sambal garing bilis dan kuih sepit yang sedap teruk.

Dia kalau pergi urusan rasmi, ada tempat yang best juga.

Tempat yang mungkin kita tidak akan pergi sendiri.

Laman Padi
Pementasan Mahsuri
Boat tour

Sekali lagi pergi berjimbaan dengan konco-konco.

Memang one of the highlights of 2023.

Bila hendak ceritanya?

Entah la tuh hehehehehehe.

 

6. Pulau Tioman

Pertama kali den pergi Pulau Tioman ni.

Pergi bersama rombongan Cik Kiah sebab urusan rasmi.

Biasanya kalau urusan rasmi ni ada banyak kekangan sedikit hehehehe.

Tapi kita layan begitu konsepnya.

Sakan stargazing di sini.

Best juga snorkeling di sini walaupun hidupan lautnya tidak semeriah di Semporna dan Mabul.

Tidak pasti bila hendak dicoretkan tentang Pulau Tioman ni hehehehe.

 

7. Pulau Ketam

Pertama kali den pergi Pulau Ketam ni padahal sepelaung aje dari Shah Alam.

Pergi atas urusan rasmi juga ni.

 

Comel aje rupanya Pulau Ketam ni.

Paling lama 3 jam udah siap berjalan ke setiap inci pulau begitu.

Hanya ada 1 gerai muslim di sini.

1 restoran muslim memerlukan booking awal untuk menjamu selera.

Bergambar depan balai polis pun jadi

Yang paling den suka adalah perjalanan 40 minit dari jeti Terminal Penumpang South Port ke jeti pekan Pulau Ketam.

Angin bukan main kuat macam hendak tercabut tudung.

Pemandangan laut, pokok bakau dan burung bangau.

Entah bila den nak ceritakan dalam blog ini ye hehehehhhee.

 

8. Batu Gajah Heritage Trails

Ini ikut kepala den je heritage trails nya hehehhehee.

Banyak tempat yang tidak terpegi pun.

Perpustakaan Awam - Mahkamah Majisterit - Bangunan Kediaman Jururawat -Tanah Perkuburan God’s Little Acre - Gaol Kinta - Gereja Aglikan Holy Trinity

Kebanyakan tempat den cuma ambil gambar papan tanda je huhuhuhu.

Perpustakaan Awam dan Bangunan Kediaman Jururawat den masuk sampai ke dalam.

Cantik, unik dan kukuh binaan bangunan tinggalan British ni.

Mahkamah Majistret
Bangunan kediaman jururawat


Gaol Kinta
Sempat pinjam buku di library Batu Gajah

Nanti lah kita cerita pasal ni satu hari nanti ye hahahahha.

 

9. Pekan Papan, Perak

Kawasan Papan ni macam kawasan tinggal.

Memang agak spooky di sini.

Kalau ada yang berminat hendak buat aktiviti paranormal sesuai kot.

Masjid Papan
Rumah Asal Raja Bilah

Budak-budak paling gembira mandi air terjun Papan.

Ini harus diulang lagi.

Next time den hendak mandi sekali.

In sya Allah den cerita kengdian ye pasal pekan comel ni yang hampir tiada orang ni.

 

10. Gunung Rapat, Ipoh: Geopark Lembah Kinta

Tasik Cermin 1 (Mirror Lake) - Tasik Cermin 2 (Hidden World) - Snake Mouth Cave - Kin Loong Valley

Ini tempat yang sedang viral dan trending sekarang.

In sya Allah memang berbaloi ke sini walaupun harga tiket agak keras.

Kome baca cerita lanjut den di sini la ye:

https://www.dinohauz.com/2023/11/tempat-menarik-gunung-rapat-ipoh.html

 

11. Taman Tugu Negara

Pertama kali den tau tentang kewujudan Taman Tugu Negara ni.

Menarik banget tempatnya.

Temanya sudah tentu riadah dengan jayanya.

Sempat den terberjalan di denai dengan kiddos.

Boleh baca di sini ye pengalaman kami:

https://www.dinohauz.com/2023/01/taman-tugu-kuala-lumpur-tempat-riadah.html

In sya Allah kalau ke sini lagi di masa akan datang, hendak pergi ke Tugu Negara sekali yang terletak sepelaung dari taman ini.

 

12. Arkib Negara

Jejak kaki di sini kerana ada urusan rasmi di auditoriumnya.

Kita boleh membaca aneka bahan bacaan dan rujukan di sini tapi tiada pinjaman bahan bacaan dibenarkan.

Menarik juga koleksi buku-buku terbitan Arkib Negara ni.

Akhir Kata

Eh jenuh juga hendak menyiapkan 12 senarai tempat menarik yang den pergi pada 2023 ni ye.

Banyak pula yang dibebelkannya ye hehehehehe.

 

Sebenarnya tidak kisah pun kita berjalan ke mana, jauh atau dekat.

Semuanya bergantung kepada ada bajet ke idok begitu.

Yang penting kita happy.

 

Kalau kita berjalan bersama keluarga, kita create the memories with kiddos begitu.

Kalau kita berjimbaan dengan konco-konco, kita berbahagia cara orang bujang.

Jangan difikirkan anak-anak yang ditinggalkan di rumah hehehehe.

 

Kalau pergi ke mana-mana atas urusan rasmi, kita cuba selitkan sesi berjimba walaupun sekupang.

Keroje ke kursus ke lawatan teknikal ke kita laksanakan amanah sebaik mungkin.

Sekiranya ada masa terluang, ayuh kita berjimba begitu.

Kita hargai kesempatan yang ada.

 

Tahun ini pertama kali di dalam hidup den solo travel.

Menarik juga walaupun banyak cabaran.

In sya Allah ada rezeki hendak solo travel lagi nanti.

 

Den akhiri coretan ini dengan petikan puisi daripada Imam Syafie.

There is no rest in residence for a person of culture
and intellect, so travel and leave where you’re residing!
Travel! You will find a replacement for what you have left.
And strive! The sweetness of life is in striving!

I’ve seen that water stagnates if still
becomes pure if it runs, but not if it doesn’t flow
If the lion doesn’t leave his den he cannot hunt,
and the arrow will not strike without leaving its bow.

If the sun stood still in its heavenly course
then people, Arab and non-Arab, it would bore
Gold dust is as the earth where commonly found,
and in its land, oud is but another wood in store.

If one travels, he becomes sought out
If one travels, he is honored like gold.

In sya Allah semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk travel pada tahun 2024 nanti.


0 Comments